Wednesday, September 3, 2014

MH17: Jenazah tiga beranak akan disimpan seketika

JENAZAH tiga beranak akan disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi . - Foto Zulfadhli Zulkifli.
KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon tempatan Subashini J Retnam; suaminya warga Belanda, Paul Goes dan anak mereka, Kaela Maya Jay Goes yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini.
Ketua Pegawai Operasi Perhubungan Awam NV Group, Datuk Freddy Chan, berkata anggota keluarga mangsa belum memaklumkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut seperti upacara sembahyang dan pengebumian.
"Kami (pihak Nirvana) tidak pasti untuk berapa lama jenazah mereka akan disimpan di sini dan kami masih menunggu maklumat lanjut daripada anggota keluarganya," katanya kepada pemberita di sini.
Subashini pernah muncul dalam beberapa drama bersiri termasuk Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam teater pentas seperti Fourplay dan Charley's Auntie.
Ketika tragedi itu, Subashini, 38, bersama suami dan anaknya, yang berusia 21 bulan dalam perjalanan pulang dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sebanyak 43 warga Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini, 32 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia sudah dikenal pasti dengan 31 daripadanya telah dibawa pulang ke Malaysia.
- BERNAMA

Rakan Kapten Wan Amran usung keranda sebagai penghormatan terakhir



JENAZAH Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, Juruterbang pesawat MH17 yang ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur disambut Juruterbang MAS ketika tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
SHAH ALAM: Rakan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) mengusung keranda jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin yang tiba di sini sebagai penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka itu.
Berpakaian lengkap juruterbang, lebih 10 rakan Allahyarham Wan Amran mengambil alih proses tersebut daripada Angkatan Tentera Malaysia sejurus tiba di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10.20 pagi untuk disembahyangkan.
Suasana sayu menyelubungi lebih 500 rakan serta sanak saudara Allahyarham yang hadir pada upacara solat jenazah di masjid berkenaan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada juruterbang berumur 50 tahun berkenaan.
Hampir 300 jemaah menyertai upacara solat jenazah itu yang diimamkan pemangku Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hata Ahmad.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk disemadikan.
Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang memandu pesawat Boeing 777-200 milik MAS membawa 283 penumpang dan 14 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.
Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi dan Pengerusi Badan Pehubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar. - BERNAMA

Aliff, anak tunggal Allahyarham Sharifah Aini nikah Oktober ini


Aliff, anak tunggal Allahyarham Sharifah Aini nikah Oktober ini

KUALA LUMPUR: Anak tunggal kepada biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Ogos lalu bakal bernikah tidak lama lagi. Menurut sumber, perkahwinan mereka akan diadakan pada minggu pertama bulan Oktober.

Aliff Omar, 32 bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor gigi yang berasal dari Subang Jaya, Selangor Nur Athira Syed Azmi, 28 setelah dua tahun berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga Allahyarham Sharifah Aini ini, Nur Athira ialah seorang gadis yang bersopan-santun dan berbudi bahasa.

Menurut laporan Harian Metro, bapa Aliff, Ali Bakar, 60 berasa bersyukur kerana anaknya itu telah bertemu dengan pilihan hatinya.

“Sebagai ayah, saya bersyukur kerana Aliff sudah bertemu dengan wanita pilihannya," kata Ali.

“Maaf, saya tidak dapat bercakap panjang kerana ia adalah atas permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka berdua” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Majlis pertunangan telah berlangsung secara sederhana pada 23 Ogos lalu di Shah Alam.

Ibu tiri Aliff,  Zalinda Haron telah menyarungkan cincin ke jari Nur Athirah sebagai tanda ikatan pertunangan mereka.

Aliff kini sudah pulang ke Madinah untuk menyambung pelajarannya sebelum pulang pada September ini untuk membuat persiapan perkahwinannya.

Sekumpulan juruterbang usung keranda Wan Amran

  • Jenazah Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin diusung masuk ke Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah untuk disembahyangkan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Jenazah Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin diusung masuk ke Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah untuk disembahyangkan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 1 / 1 
SHAH ALAM - Sekumpulan juruterbang MAS mengusung keranda jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin yang tiba di sini sebagai penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka itu.
 
Berpakaian lengkap juruterbang, lebih 10 rakan Allahyarham Wan Amran mengambil alih proses tersebut daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus tiba di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10.20 pagi untuk  disembahyangkan.
 
Suasana sayu menyelubungi lebih 500 rakan serta sanak saudara Allahyarham hadir solat jenazah di masjid berkenaan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada juruterbang berumur 50 tahun berkenaan.
 
Hampir 300 jemaah menyertai upacara solat jenazah itu yang diimamkan pemangku Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hata Ahmad.
 
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk disemadikan.

Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang memandu pesawat Boeing 777-200 milik MAS membawa 283 penumpang dan 14 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
 
Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.
 
Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi dan Pengerusi Badan Pehubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar. - Bernama

Tuesday, September 2, 2014

BIADAP!!! Dua Pengguna Twitter Lempar Kenyataan Kurang Ajar Terhadap PDRM dan Ketua Polis Negara..


KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan Nasional'. 

Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan. 



"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya pada Sabtu. 

Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar. 



Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. HenrichHimmler of Malaysia". 

Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan." 

Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman. - Bernama

MH17: Baca Kisah Serta Pengalaman Pegawai JAKIM Memandikan Jenazah MH17 di Belanda..

Gambar Hiasan

“Assalamualaikum. Siapa pun kamu, apa jua keadaan kamu, kami hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

“Bantulah kami dalam menyempurnakan jasad kamu sebelum dikebumikan nanti. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.”

Itu antara ucapan, doa dan amalan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaik sahaja menerima mana-mana jenazah pesawat malang MH17 untuk upacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam.

Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, jenazah kemudian melalui lima proses penting.

Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.

Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah mayat itu, pasukan JAKIM terdiri daripada pakar bahagian pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh kedutaan Malaysia di Belanda, Malaysian Airlines (MAS) atau agensi yang dilantik untuk menguruskan jenazah mengikut agama Islam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Mohd Ajib Ismail berkata jenazah yang diletakkan di dalam bilik yang ditetapkan rumah mayat itu kemudian akan menjalani proses ‘embalming’ sebelum boleh dimandikan atau dikafankan.

“Sekiranya jenazah tersebut lelaki, proses embalming akan dilakukan oleh pekerja lelaki Monuta Innemee.

“Kemudian, kami akan meminta pasukan pemandi jenazah lelaki dan perempuan (bergantung kepada jenazah) untuk bersedia menjalankan tugas dengan kelengkapan pakaian khas dan peralatan memandikan jenazah yang dibawa dari Malaysia.

“Ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk memandikan jenazah menggunakan air atau sebaliknya berdasarkan kepada keadaan mayat atau jenazah yang diterima pada masa itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Seorang pemandi jenazah yang enggan dikenali berkata dalam memudahkan tugas di fasa ini, beliau akan cuba ‘berbual’ ringkas dengan jasad dan ‘buat seperti biasa’ tanpa ingin tahu siapa jenazah tersebut.

Seterusnya, Mohd Ajib yang juga koordinator pasukan JAKIM sepanjang tugasan di Belanda itu berkata jika sesuai dimandikan atau boleh menggunakan air atau dialirkan air, maka jenazah tersebut akan dimandikan.

Jelasnya, proses seterusnya dilakukan dengan kelengkapan set pemandian atau peralatan jenazah seperti kebiasaan yang dilakukan apabila memandikan jenazah Malaysia.

“Proses mandi akan dimulakan oleh ketua pemandi jenazah dengan dibantu oleh semua anggota pasukan berdasarkan pada jantina jenazah. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit berdasarkan kepada keadaan jenazah.

“Jika jenazah tidak boleh kena air atau dilalukan air dan boleh luput bila terkena air, ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tayamum dan kelengkapan tayamum perlu disediakan di tempat pemandian yang juga dibawa khas dari Malaysia.

“Proses tayamum akan dimulakan berdasarkan jantina jenazah dan proses ini makan masa sekurang-kurangnya 30 minit,” katanya.

Mohd Ajib menambah setelah proses mandi atau tayamum selesai, ketua pemandi jenazah akan memulakan proses mengkafan jenazah dengan bantuan anggota pasukan.

Beliau berkata jenazah tersebut akan diangkat ke pangkin bersih di sebelah pangkin mandi yang telah dihamparkan kain kafan berserta kapas dan keperluannya dengan lapisan keduanya, lapisan plastik memandangkan jenazah ini akan dibawa (pulang) jauh sebelum diikuti dengan lapisan kain putih yang lain.

Menurutnya, selepas dikafankan, jenazah akan diangkat ke dalam keranda jenazah oleh kakitangan rumah mayat itu untuk proses selanjutnya sebelum diletakkan ke dalam sebuah bilik khas.

Difahamkan antara proses itu ialah ‘menghias dan mencantikkan keranda’ selain meletakkan bendera Jalur Gemilang.

Sebaik selesai proses tersebut, jenazah kemudian disolatkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abd Manaf Mat yang turut menganggotai pasukan itu sebelum dipersiapkan untuk dihantar pulang.

Sementara itu, Mohd Ajib berkata pasukannya seringkali ditanya sesetengah pihak mengenai bagaimana keadaan fizikal jenazah yang telah lama meninggal itu.

Jelasnya, baik mana-mana jenazah sekalipun, tugas mereka hanyalah menyempurnakan upacara pengurusan jenazah dan tidak akan sekali-kali membuka aib atau rahsia jenazah.

“Jenazah telah pun pergi. Tidak perlulah diketahui akan keadaan mereka sebaik sahaja kami terima kerana itu tidak penting, yang pentingya jenazah selamat disempurnakan.

“Apa yang patut kita semua lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mana-mana jenazah agar tenang di alam seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Khamis lepas berkata di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) esok (2 Sept) dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.

Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas Malaysia Airlines.

Satu lagi jenazah dihantar pulang pada Sabtu lepas manakala tiga jenazah dihantar pulang pada Ahad.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

GUAN ENG DAN DAP NEGERI AKAN LAWAN HABIS-HABISAN ISU PPS

Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi menyelamatkan pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggota pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan polis selepas perarakan hari merdeka pagi kelmarin.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS sebuah badan sah.

Katanya, PPS dibentuk pada 2010 untuk menangani kes bencana alam dan memberikan khidmat masyarakat itu. Lim juga berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS, kerana ia dibentuk sebagai badan bawah kerajaan.

Guan Eng juga secara sinis berkata bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memberikan amaran untuk menyerbu rumah anggotanya.

Selepas lebih 150 anggotanya ditahan kelmarin, Khalid menulis di Twitter, menggesa anggota PPS selebihnya menyerah diri sebelum polis menyerbu kediaman masing-masing.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

Sebelum ini Guan Eng menjelaskan, PPS tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tetapi agensi bawah kerajaan negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/09/guan-eng-dan-dap-negeri-akan-lawan.html#sthash.HYUWxxJu.dpuf