Wednesday, November 3, 2021

18 penuntut UPNM didapati bersalah








Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh.
*Hebat betolkan peguam mereka ini, takkan kesan terbakar akibat saterika panas di badan mangsa menunjukkan mereka ini tak de niat nak bunuh, saya tak dapat bayangkan kesakitan Zulfarhan ketika itu, semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua, semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham zulfarhan, Al Fatihah