Wednesday, December 16, 2009

Remaja Sekarang Hilang Maruah


Bila kita perkatakan tentang remaja, perkara yang pertama kita akan terlintas ialah tentang masalah sosial mereka. Kebelakangan ini remaja seolah-olah dilabelkan sebagai remaja liar. Yelah macam2 perkara dan tingkahlaku mereka lakukan yang mana sangat berbeza dengan remaja suatu ketika dahulu. Bab pakaian tak usah cakaplah mcm2 fesyen mereka pakai, orang tua cakap seperti pakai baju tidak cukup kain.

Tapi apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah tentang tingkah laku remaja skrg yang sgt memalukan dan seolah2 mereka tidak mempunyai maruah apatah lagi jati diri. Saya tersentuh apabila membaca artikel hari ini yang bertajuk "Adengan Terlampu" remaja. Ianya berlaku di satu daerah pendalaman yang mana kita menganggap mereka masih mempunyai ciri2 kesopanan tapi yang nyata gejala sosial sudah merebak seluruh alam meskipun tempat terpencil.

Kita sebagai ibu bapa mesti terkejut apabila remaja bawah umur sanggup melakukan perbuatan tersebut dgn beberapa lelaki dan merakamnya pula sehingga ke pengetahuan keluarga. Mereka bukan sahaja berani melakukan zina bahkan sanggup merakamnya. Tidak sedarkah mereka yang tingakah laku mereka itu sangat tidak bermoral.

Oleh itu sesiapa yang menjadi ibu bapa pada zaman ini mestilah sentiasa mendalami ilmu pendidikan ibu bapa dan cubalah mendidik anak-anak dengan ilmu agama serta ilmu sivik. Ini kerana tanpa pemantauan daru ibu bapa anak2 pasti akan hilang arah. Ibu bapa yang baik juga akan menjaga kebajikan anak2 supaya akan tahu bahawa ibu bapa mereka akan sentiasa ada dan menjada mereka dan mereka tidakan mencari keseronakan di luar yang akan merosakkan masa depan mereka.

2 comments:

  1. cik ajevoli, nape kali ini artikel anda tidak menggunakan bahasa loghat kelantan? Ini kerana, pd pendapat saya, bahasa anda mencerminkan blog anda yg lain dr yg lain. Justeru, saya harap artikel ini diolah menggunakan loghat kelantan.. tq

    ReplyDelete
  2. Pada akak la kan.......yang dah bergelar ibu bapa ni....dan pernah melalui zaman REMAJA ni jugak.....jangan salahkan ibu bapa....Jika remaja menyatakan hidup mereka dikongkong....tiada kebebas....tanyakan kepada mereka KEBEBASAN yang macam mana mereka inginkan.......Jangan mudah untuk menyalahkan ibu bapa yang telah mendidik kita ke jalan yang baik.........Jika mereka sneidir yang memilih jalan yang HITAM......jangan nak salahkan ibu bapa pula yang tak reti nak didik anak.....semua sudah besar panjang....seharusnya akal juga berkembang....banyak kes yang akak tengok lebih dari 70% remaja yang bermasalah menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cara didikan Ibu Bapa Mereka........ini adalah satu masalah yang besar di MAlaysia....cuba kita fikirkan bersama cara bagaimana untuk mendidik anak-anak zaman sekarang.....Malah pernah ditanya kepada mereka siapa PEMIMPIN IDOLA mereka...jawapanya Adalah ANWAR IBRAHIM....apa ini semua.......

    ReplyDelete