Tuesday, March 18, 2014

MH370: Tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara Kazakhstan dan Kyrgyzstan

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pesawat tidak dikenali yang melalui ruang udara Kazakhstan dan Kyrgyzstan pada Sabtu, 8 Mac.

Kenyataan daripada Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazahstan yang diperoleh agensi berita Reuters itu sekaligus mengurangkan kemungkinan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dilencongkan ke arah utara melalui Thailand.MH370: Tiada pesawat tidak dikenali melalui ruang udara Kazakhstan dan Kyrgyzstan

Menurut kenyataan itu lagi, sekali pun pesawat itu berjaya tiba di ruang udara negara terbabit, ia sudah semestinya akan dikesan oleh mereka.

“Jika difikirkan secara hipotesis sekali pun, pesawat ini akan terlebih dahulu dikesan oleh negara-negara di sepanjang laluannya sebelum tiba ke ruang angkasa Kazakhstan. Maka kami sudah pasti akan menerima pemakluman daripada negara-negara terbabit terlebih dahulu,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh timbalan ketua suruhanjaya terbabit, Serik Mukhtybayev.

"Walaupun semua peralatan di dalam pesawat dimatikan, adalah mustahil untuk pesawat tersebut terbang dalam mod senyap. Terdapat juga badan-badan ketenteraan yang mengawal ruang angkasa negara ini,” tambahnya.

Malaysia Airlines mempunyai sembilan penerbangan biasa yang melintasi ruang udara Kazakhstan untuk perjalanan ke Eropah pada tarikh 8 Mac itu.

Negara jiran Kazakhstan, Kyrgyzstan menerusi pihak berkuasa penerbangan awamnya berkata, mereka menolak sebarang kemungkinan bahawa pesawat itu hilang di atau berdekatan ruang angkasa Kyrgyzstan.

Naib presiden lapangan terbang awam Manas berhampiran bandar Bishkek, Dair Tokobayev berkata, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal itu tidak melalui ruang angkasa Kyrgyzstan.

Sekiranya pesawat terbabit merentasi negara tersebut, ia sudah pasti dikesan oleh dua pangkalan tentera udara – masing-masing milik Amerika Syarikat dan Russia – yang ada di negara itu.

India pada awal Isnin menolak dakwaan bahawa negara itu mungkin menjadi sasaran serangan ala 9/11 menggunakan pesawat MH370 terbabit.

Perdana menteri Manmohan Singh sebelum ini menjanjikan bantuan maksima dalam misi mencari pesawat itu sementara menteri luar India berkata adalah penting misteri kehilangan pesawat itu diselesaikan segera - Awani

Video Tribute Kapten Zaharie #MH370


Landasan Diego Garcia Antara Ditemui Dalam Simulator Kapten Zaharie

KUALA LUMPUR: Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

“Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie,” kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

2
Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. -AstroAwani




Spekulasi terhadap ayah adalah satu penderitaan dan kesakitan kepada keluarga- Aishah Zaharie



Beberapa hari lalu sehingalah ke hari ini, spekulasi mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam penglibatan rampasan pesawat MH370 masih bertiup kencang. Media barat khususnya masih menerbitkan artikel pendedahan maklumat yang mana pemberita Malaysia sendiri tidak ketahui.

Di samping itu, spekulasi "kehilangan" keluarga kapten Zaharie turut dimainkan, mendakwa Keluarga tersebut telah berpindah sehari sebelum kejadian itu berlaku.
Namun pada hari ini, Daily Mail telah melaporkan anak perempuan kepada kapten Zaharie telah terbang dari Australia untuk kembali ke pangkuan keluarganya, di Malaysia.

Aisyah Zaharie telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".
Sumber laman web Mirror pula berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar & tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".
Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

Lagi Gambar Aishah Zaharie (Sumber Dailymail):

Monday, March 17, 2014

#MH370 :Dimanakah Keluarga Kapten Zaharie



Apa yang menarik perhatian dalam perbincangan di dalam media sosial dan forum-forum dalam dan luar negara ialah persoalan di mana dan ke mana perginya keluarga Kapten Zaharie?

Dari hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan sehingga ke hari ini, tiada satu gambar, kenyataan dan temubual yang disiarkan oleh mana-mana media alternatif mahupun arus perdana mengenai keluarga Kapten Zaharie.
Malah maklumat nama ahli keluarga Kapten Zaharie juga tidak dapat diperolehi oleh pemberita. Tidak seperti kebanyakan keluarga penumpang dan krew pesawat yang lain yang mana telah berada di lapangan terbang sejak hari pertama menantikan berita terkini mengenai insiden itu.

Perkara itu bukan sahaja disedari oleh orang awam yang sentiasa mengikuti berita kehilangan pesawat ini. Media antarabangsa seperti The Mirror, The Huffington Post dan The Telegraph turut menimbulkan persoalan dimanakah lokasi "keluarga" kapten Zaharie sekarang.

Menurut Laporan The Mirror, isteri dan tiga anak Kapten Zahari telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum berlakunya insiden MH370 itu.

Walaupun Pihak Berkuasa Malaysia mengatakan siasatan tidak tertumpu kepada kapten pesawat, namun kini jelas kapten Zaharie menjadi individu yang menjadi tumpuan dunia.

Melalui pendedahan gempar akhbar tabloid DailyMail semalam menjelaskan faktor kecenderungan penglibatan Kapten Zaharie dalam politik menjadi kemungkinan salah satu punca rampasan pesawat berlaku.

Kapten Zaharie dikatakan penyokong "Fanatik" Anwar Ibrahim. Beliau juga didakwa menghadiri perbicaraan Kes Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum penerbangan MH370.

Justeru, akhbar berpangkalan di Britain itu mendakwa keputusan Mahkamah yang tidak memihak kepada ketua pembangkang mungkin menjadi faktor kelakuan "luar jangka" Kapten Zaharie.


MH370: Mesej terakhir dihantar selepas komunikasi dipadam

MAS370
Kerajaan Malaysia mengesahkan orang yang mengawal pesawat Malaysia Airlines MH370 menghantar mesej terakhir kepada pusat kawalan trafik udara selepas sistem komunikasi pertama dipadam, menambah kepada kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu dirampas, lapor The Guardian.
Pendedahan terbaru ini mencadangkan orang yang menghantar mesej “All right, good night” kepada pusat kawalan udara Kuala Lumpur sebelum Boeing-777 hilang daripada radar pada 1.22 pagi dan dialihkan dari destinasinya ke Beijing turut sedar Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dipadamkan secara manual, lapor akhbar Britian itu lagi.
Sebaik sahaja pautan ACARS hilang, transponder pesawat ditutup pada 1.22 pagi pada 8 Mac, menyebabkan ia hilang daripada radar komersial dan berpatah balik di pantai Kelantan seperti yang disahkan oleh radar tentera, pesawat berpatah balik ke semenanjung menuju Selat Melaka.
Ini menimbulkan kemungkinan teori pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin  dirampas.
Putrajaya berkata sebelum ini mereka kini memberikan tumpuan untuk menyiasat penumpang MH370 termasuk dua juruterbang, 10 anak kapal dan 227 penumpang pesawat yang hilang itu.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan polis menggeledah rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid di Shah Alam, Selangor.
Polis mengklasifikasikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines sebagai tindakan keganasan yang juga bermaksud rampasan dan sabotaj, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau memberitahu pemberita semalam, semua terpakai di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Katanya, ia juga termasuk penyiasatan di bawah Akta Kesalahan Penerbangan.
Khalid berkata, polis masih memberi tumpuan kepada empat bidang penyiasatan termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi.
“Itu tidak berubah,” katanya pada satu sidang media bersama Hishammuddin semalam.
Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan pada Sabtu bahawa kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, sengaja dialihkan dan peranti penghantaran kapal dimatikan untuk mengelak daripada dikesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan penutupan hubungan komunikasi adalah perbuatan sengaja tetapi tidak mengatakannya sebagai rampasan pesawat.
Polis pada Sabtu mengeledah rumah Zaharie dan merampas sebuah simulator penerbangan. Tindakan yang sama juga dilakukan di rumah Fariq.
“Dengan perkembangan terbaru ini, kami pergi ke rumahnya dan mengambil simulator penerbangan miliknya.
“Kami mengambilnya dari rumah dan memasangnya di pejabat. Kami akan mendapatkan pakar untuk memeriksanya,” kata Khalid.
Apabila ditanya mengapa carian tidak dilakukan lebih awal, Khalid menjawab pihak berkuasa tidak melihatnya sebagai satu keperluan sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.
Khalid berkata, Malaysia masih belum menerima laporan mengenai pemeriksaan latar belakang ke atas semua penumpang  MH370 yang hilang daripada negara masing-masing.

Kehilangan MH370 ‘tindakan keganasan’ – KPN

Polis mengklasifikasikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH370 sebagai tindakan keganasan yang juga bermaksud rampasan dan sabotaj, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau memberitahu pemberita hari ini, semua terpakai di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ia juga kata beliau termasuk penyiasatan di bawah Akta Kesalahan Penerbangan.
Khalid juga menegaskan polis masih memberi tumpuan kepada empat bidang penyiasatan termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi.
“Itu tidak berubah,” katanya.
KPN-Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan semalam bahawa kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, sengaja dialihkan dan peranti penghantaran kapal dimatikan untuk mengelak daripada dikesan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan penutupan hubungan komunikasi adalah perbuatan sengaja tetapi tidak mengatakannya sebagai rampasan pesawat .
Tumpuan siasatan kini terhadap juruterbang berusia 53 tahun, Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang berusia 27 tahun, Fariq Abdul Hamid
Polis semalam mengeledah rumah Zaharie dan merampas sebuah simulator penerbangan. Tindakan yang sama juga dilakukan di rumah Fariq.
“Dengan perkembangan terbaru ini, kami pergi ke rumahnya dan mengambil simulator penerbangan miliknya.
“Kami mengambilnya dari rumah dan memasangnya di pejabat. Kami akan mendapatkan pakar untuk memeriksanya,” kata Khalid.
Apabila ditanya mengapa carian tidak dilakukan lebih awal, Khalid menjawab pihak berkuasa tidak melihatnya sebagai satu keperluan sebelum ini.
Beliau juga mendedahkan Malaysia masih belum menerima laporan mengenai pemeriksaan latar belakang ke atas semua penumpang  MH370 yang hilang daripada negara masing-masing.
“Masih terdapat beberapa negara belum memberi respons terhadap permintaan kami untuk pemeriksaan latar belakang. China dan India sudah melakukannya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau juga menyatakan beberapa agensi risikan sudah menyiasat semua penumpang tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut , lapor The Malaysian Insider.
“Kami sedang menyiasat semua penumpang dan anak kapal. Hanya beberapa agensi melakukannya tetapi bukan semua,” katanya.

Kisah Sebaliknya tentang Kapten Zahari (mesti baca)

BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun? 

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman.


sumber http://infodalamtalian.blogspot.com/2014/03/kapten-zaharie-ahmad-dan-kisah.html

Wednesday, March 5, 2014

Fauzi Nawawi Sindir Sharnaaz Ahmad

Krisis antara Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan Lisdawati menjadi bualan hangat hari ini selepas berita mengenainya didedahkan oleh akhbar Harian Metro. Selain menghubungi Sharnaaz, GUA juga mendapatkan komen daripada Fauzi Nawawi.
Menurut suami kepada Lisdawati ini, semuanya bermula di set penggambaran drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

"Saya sendiri tak tau apa yang terjadi di lokasi yang melibatkan Sharnaaz dan isteri saya. Tetapi menurut Lisda, salah faham berlaku apabila pelakon-pelakon menghilangkan tekanan dengan mengetawakan mereka yang tersalah dialog pada hari terbabit.
Kemudian Sharnaaz tiba-tiba melenting, lalu menengking isteri saya. Untuk menjernihkan keadaan, saya menghubungi Sharnaaz namun tiada respon. Saya menghantar SMS kepadanya dan dibalas dengan ayat berbaur gengster.Tujuan saya hanya untuk mendapatkan penjelasan Sharnaaz di atas tindakannya, bukan untuk mencari pasal,” ujar Fauzi.

Tambah Fauzi lagi, keadaan bertambah panas apabila Sharnaaz terus menengking Lisda sebaik sahaja Lisda sampai ke lokasi drama bersiri tersebut pada keesokan harinya.

“Beberapa orang krew produksi cuba menenangkan Sharnaaz, namun mereka telah ditolak oleh Sharnaaz. Mujur Lisda belum sempat keluar dari kereta dan sempat beredar dari situ. Saya tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya isteri saya telah keluar dari kereta pada ketika itu,” katanya.

Bagi menjamin keselamatan keluarganya, Fauzi telah membuat laporan polis berhubung perkara ini kerana bimbangkan keselamatan Lisdawati.

“Isteri saya sedang hamil lima bulan dan perkara ini memberi tekanan kepadanya. Selepas insiden itu dia mengalami tekanan darah tinggi. Saya bimbang ia akan menjejaskan kesihatannya dan juga bayi dalam kandungan. Bagi saya, kalau ingin menjadi pejuang, lebih baik dia (Sharnaaz) masuk pasukan pertahanan di Lahad Datu bagi mempertahankan negara dan agama, bukan buat macam ini,” sindir Fauzi mengakhiri bicara- Gua

Hormat Tempoh Edah, Erra Fazira Kurangkan Adegan Bersentuhan

Primadona filem Melayu, Erra Fazira menjelaskan dirinya berasa gementar untuk beraksi di ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ yang sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya. Erra bergandingan bersama Awie dan Ziana Zain dalam persembahan yang bakal berlangsung sehingga 9 Mac ini.

“Saya masih gementar, sampai sekarang pun masih terasa. Untuk bergandingan dengan nama-nama hebat seperti Ziana dan Awie, saya rasa gemuruh, lagi-lagi saya perlu menyanyi bersama mereka. Sudah lama saya tinggalkan dunia nyanyian. Saya juga terpaksa mengubah ‘mood’ dengan begitu cepat. Habis sahaja saya nyanyikan lagu sedih, saya terus kena menyanyikan lagu rentak rancak. Tapi saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar,” ulas Erra ketika ditemui usai ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ di Istana Budaya pada Isnin.
Ada ketika Erra kelihatan sebak apabila dia selesai menyanyikan lagu sedih, namun begitu menurut Erra, dia sebak kerana menjiwai cerita yang cuba disampaikan di pementasan ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’, bukannya berkenaan dengan perkara lain.

Mengulas mengenai adegan bersentuhan yang dikurangkan kerana menghormati tempoh edah Erra selama tiga bulan selepas perceraiannya, Erra menjelaskan kekurangan adegan tersebut tidak menjejaskan perjalanan cerita yang cuba disampaikan.

“Kekurangan adegan tersebut tidak menjejaskan perjalanan cerita. Bagi saya, ada atau tidak adegan bersentuhan, tidak mengapa, asalkan apa yang cuba disampaikan itu betul-betul difahami penonton. Cara itu saya lihat selamat, jadi harus diteruskan,” ujar pelakon filem ‘Cinta Kolestrol’ ini.

‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ kini sedang hangat dipentaskan bermula dari 3 Mac sehingga 9 Mac depan. Menggabungkan persembahan hebat dari Ziana Zain, Awie dan Erra Fazira, persembahan ini  menampilkan unsur nyanyian dan lakonan, antaranya dari filem ‘Sembilu’, ‘Maria Mariana’, ‘Tragedi Oktober’ dan ‘Merah’. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket bagi ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ boleh layari www.ticket2u.biz untuk urusan pembelian tiket -Gua