Wednesday, February 20, 2013

Diet untuk Kurus - Mengurangkan kandungan kalori dalam makanan

Sumber gambar dari katalog cara makan sihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Entry kali ini, aku nak kongsi cerita pasal aku tengah diet sekarang ni.. nak cuba kuruskan badan sehingga ke berat badan yang aku idamkan.. kalau nak ikutkan zaman sekolah dulu aku pernah berisi.. than sejak umur aku 18 tahun, aku cuba diet tanpa makan nasi.. disamping tu, aku bekerja di syarikat-syarikat swasta, boleh dikatakan kerja lasak jugala.. sehingga berat aku turun ke 48kg.. fuh kurus gillak time tu.. hinga la aku kawin, berat badan aku mantain je sehingga 50-52kg, itupun masih kurus.

Tapi sejak dua menjak ni.. bila dah masuk anak ke 3... berat badan aku naik sehingga 60++kg(rahsia tau!)..:( sedihnya.. berisi sangat... dagu pun rasa dah berlapis..:D masa mengandung selera makan naik tinggi.. orang lain mengandung makan tak lalu.. aku mengandung semakin banyak makannya.. Alhamdulillah aku tak pernah ada alahan sangat.

Dari dulu aku diet betul-betul tanpa menggunakan konsep kalori makanan. Sebab itula kadang-kadang kita diet tapi berat masih sama, tak berubah. Jadi, awal Mei 2011 ini, aku ada berjumpa dengan seorang Pegawai Zat Makanan bertanyakan macamana cara diet yang betul. Rupanya cara diet yang betul adalah, mengetahui nilai kalori makanan dan sasarkan kepada berapa nilai kalori yang kita perlu ambil untuk diet. 

Ini beberapa nasihat yang aku dapat:

1) Keperluan 1500 kalori sehari adalah bagi kanak-kanak, wanita yang sangat tidak aktif dan warga emas.
2) Keperluan 1800 kalori sehari adalah bagi kebanyakan pekerja pejabat.
3) Keperluan 2000 Kalori sehari adalah bagi remaja, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif.
4) Keperluan 2500 Kalori adalah bagi remaja lelaki, lelaki dan wanita yang aktif serta lelaki dan wanita yang kurang berat badan.

Bercakap mengenai nilai kalori di atas, ada formula bagaimana pengiraan kalori badan yang kita boleh ambil sebenarnya. Nanti saya akan share. Kalau tak silap aku, nilai kalori yang aku patut ambil hanya 1500 sahaja untuk diet. Tapi melalui beberapa pembacaan, aku buat keputusan, untuk diet dan makan nilai kalori 1000-1200 sahaja sehari! rasa cam gillak kan? nak makan apa yer 1000 sehari! tapi sebenarnya kita boleh lakukan.. masih makan nasi.. masih makan roti dan masih makan makanan berkhasiat tetapi kita kurangkan daripada jumlah biasa yang kita ambil.

Untuk pengetahuan pembaca, contoh satu sajian (setiap kali makan yang disarankan) Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk Bijirin dan Ubi-ubian ialah:

(Kali ini kita kena fikir yang nilai kalori senarai dibawah adalah hampir sama)

1) Nasi: 2 Senduk nasi atau bersamaan 1 cawan nasi =174 Kalori
2) Roti: 2 Keping roti putih = 156 Kalori (60gm)
3) Capati: 1 Keping = 180 Kalori (60gm)
4) Kentang: 2 Biji = Nilai kentang kurang pasti, yang ada nilai kentang yang telah dimasak seperti kentang lecek.
5) Bijiran Sarapan : 1 Cawan = 160 Kalori (Nilai Conflakes kosong)
6) Mee: 1 Cawan = Mee sahaja kurang pasti, yang ada nilai mee yang telah dimasak. 
7) Bubur Nasi: 2 Cawan
8) Biskut Krim Kraker: 6 Keping sahaja, jangan lebih!

No comments:

Post a Comment