Wednesday, May 14, 2014

Informasi !!!! Hujan Meteor di Malaysia pada 23 dan 24 mei 2014 - Planetarium Negara



Berita menarik yang telah dimuat naik oleh laman web rasmi Planetarium Negara sebentar tadi bahawa akan ada peristiwa yang jarang berlaku di ruang angkasa negara pada 23 dan 24 mei 2014 nanti.

Sama ada ianya adalah berita yang menggemparkan rakyat Malaysia atau pun tidak, perkara tersebut di war-war di laman web rasmi mereka dengan menyatakan bahawa akan berlaku hujan meteor di ruang angkasa Malaysia sekitar jam 2 petang hingga 4 petang pada tarikh tersebut.

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.Peluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei, info, berita, terkini, fenomena hujan meteor

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.


“Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masapuncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan,” kata Angkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaranberbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870. Bernama / Langkawi National Observatory- Talk with Hand

No comments:

Post a Comment