Tuesday, May 20, 2014

Isteri pramugara MH370 selamat lahir anak lelaki



PUTRAJAYA 19 Mei - Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya di sini hari ini. Intan Maizura, 34, melahirkan Muhammad Mohd Hazrin kira-kira 4 petang tadi.


Suaminya Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.



Dalam tempoh tiga jam sahaja gambar Muhammad yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh Era FM & Era TV menerima lebih 63,000 'Likes'. Terdahulu, Intan Maizura memuat naik gambar tangannya yang memakai tag hospital dalam Instagram ketika menunggu untuk melahirkan anak keduanya itu.



Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.-BERNAMA


No comments:

Post a Comment