Wednesday, September 3, 2014

Sekumpulan juruterbang usung keranda Wan Amran

  • Jenazah Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin diusung masuk ke Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah untuk disembahyangkan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Jenazah Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin diusung masuk ke Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah untuk disembahyangkan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 1 / 1 
SHAH ALAM - Sekumpulan juruterbang MAS mengusung keranda jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin yang tiba di sini sebagai penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka itu.
 
Berpakaian lengkap juruterbang, lebih 10 rakan Allahyarham Wan Amran mengambil alih proses tersebut daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus tiba di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10.20 pagi untuk  disembahyangkan.
 
Suasana sayu menyelubungi lebih 500 rakan serta sanak saudara Allahyarham hadir solat jenazah di masjid berkenaan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada juruterbang berumur 50 tahun berkenaan.
 
Hampir 300 jemaah menyertai upacara solat jenazah itu yang diimamkan pemangku Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hata Ahmad.
 
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk disemadikan.

Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang memandu pesawat Boeing 777-200 milik MAS membawa 283 penumpang dan 14 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
 
Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.
 
Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi dan Pengerusi Badan Pehubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar. - Bernama

No comments:

Post a Comment