KUALA NERANG - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengenal pasti empat pelatihnya mengalami virus H1N1 di Kem Latihan Pusat Khidmat Negara, Dusun Resort, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, seramai 61 daripada 368 pelatih dari PLKN di situ telah diasingkan dengan pelatih lain dan empat darinya dikenalpasti menghidapi H1N1 tetapi keadaan mereka adalah stabil.
Katanya, penyakit itu bermula pada 15 Mei lalu apabila pelatih dibenarkan pulang dan selepas mereka kembali mendapati beberapa pelatih mula menghadapi sindrom awal H1N1 seperti batuk-batuk, demam dan sakit tekak hingga terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapat rawatan selanjutnya.
“Bagaimanapun semasa pelatih dibawa ke HKN mereka telah dibenarkan pulang kerana demam mereka tidak begitu serius tetapi pada 17 Mei lalu selepas sampel kahak diambil dan dibawa ke makmal kebangsaan Sungai Buluh mendapati empat pelatih di sini telah menghidapi H1N1,” katanya semasa mengadakan lawatan di kem itu semalam.
Abdul Hadi berkata, pihaknya akan hadkan aktiviti di luar kelas kerana cuaca pada masa ini panas membolehkan pelatih terdedah demam hingga memudahkan lagi penyebaran virus H1N1 di pusat latihan itu.
“Pihak kami akan sentiasa memantau pelatih di kem ini dalam segala aktiviti dan ia juga turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kesihatan serta sentiasa mengarahkan pelatih supaya sentiasa menjaga kebersihan dan ikut segala arahan yang diberi oleh PLKN.
“Keadaan yang semakin terkawal ini juga menyebabkan pihak kami belum lagi memutuskan untuk menutup kem ini kerana belum mendapat sebarang arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah.
Bagaimanapun saya menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang dan tidak perlu melawat jika tidak mempunyai urusan penting kerana keadaannya semakin baik,” katanya.
Menurutnya lagi, punca sebenar penyebaran virus H1N1 di kem itu sedang disiasat dan terdapat kemungkinan virus tersebut dibawa dari luar kem selepas pelatih dibenarkan pulang pada cuti yang lalu.

No comments:
Post a Comment