Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira pukul 7.40 malam semalam. Bayi tersebut sihat dengan berat 2.9 kilogram.
Menurut ibunya, Datin Habsah Simpon, Liyana yang bersalin normal itu kini berada dalam keadaan baik dan saat ini Liyana belum memberitahu nama yang bakal diberi untuk anak sulungnya itu.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.
"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," ujar Habsah.

"Syukur alhamdulillah.. such a beautiful morning," demikian pula kata Liyana sehari selepas melahirkan anaknya.
Untuk rekod, Liyana dan suaminya Fathuddin Mazlan berkahwin pada 2 Februari 2013 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment