Monday, August 11, 2014

Adam AF Dan Fiza Elite Rujuk Semula Kerana Cinta

Tahniah buat Adam Af dan Fiza Elite yang rujuk kembali. Berita gembira buat peminat mereka. Ramai yang terkejut bila pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite mengambil keputusan untuk bernikah pada 26 September tahun lalu, namun lebih ramai terkejut apabila pasangan itu bercerai pada 28 April lepas, kira-kira 7 bulan selepas berkahwin.

Namun hari ini Adam memberitahu melalui Bipop bahawa dia dan Fiza telah rujuk pada 19 Ramadan lepas dan telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi Selasa baru-baru ini untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.

Mereka berkenalan pada Ramadan tahun lepas dan berkahwin setelah mengenali selama dua bulan. Memberitahu mereka rujuk semula kerana cinta, keduanya menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah.
Bersamalah kita doakan kebahagiaan rumahtangga mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment