Monday, August 25, 2014

MH17: WARIS MANGSA MH17 DILARANG BUKA KERANDA


WARIS MANGSA MH17 DITEGAH BUKA KERANDA

#MH17: WARIS-WARIS MANGSA MH17 DILARANG BUKA KERANDA | SEPANG - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta waris mangsa-mangsa insiden MH17 agar tidak membuka keranda yang akan diterima selepas Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang akan berlangsung pada Jumaat.

“Pada malam ini (Khamis) saya akan berjumpa lagi dengan waris-waris mangsa insiden ini bagi meyakinkan mereka bahawa jenazah-jenazah telah diuruskan dengan begitu sempurna di Amsterdam.

“Sebelum ini saya sudah memaklumkan mengenai perkara ini kepada mereka, dan kebanyakan waris sudah bersetuju untuk tidak membuka (keranda ) jenazah ini,” katanya pada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, Khamis.

Rohani berkata, semua jenazah disempurnakan mengikut agama masing-masing di Amsterdam dan telah diuruskan dengan baik.

”Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada di sana untuk memastikan segala urusan jenazah yang akan dibawa balik ini diuruskan dengan baik.

“Pada istiadat itu nanti juga, lebih kurang 120 ahli keluarga atau waris jenazah-jenazah dijangka hadir.

“Lima waris yang berada di Amsterdam akan balik ke Malaysia melalui penerbangan komersial malam ini (Khamis) dalam dijangka akan tiba pukul 6 pagi.

“Semua waris itu akan ditempatkan di beberapa buah hotel berdekatan bagi menghadiri majlis penghormatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rohani memberitahu bahawa pihak waris memerlukan ‘privacy’ dan tidak mahu ditemuramah oleh media pada majlis nanti.

“Mohon jasa baik pihak media agar menghormati permintaan mereka ketika majlis istiadat ini berlangsung,” tambah beliau, lapor mStar.

No comments:

Post a Comment