Monday, March 31, 2014

Kejutan Nama Pak Lah Teratas, Diawasi Ejen Keselamatan Amerika


abdullah pak lah
Nama Pak Lah Teratas, Diawasi Ejen Keselamatan Amerika | Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.
Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.
Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.
Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.
Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA.
Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.
Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.
Berdasarkan pendedahan Snowden, laporan meluas dibuat menyatakan Kedutaan Australia di Asia digunakan untuk merakam panggilan telefon dan data.
Sebelum ini, Der Spiegel menyiarkan peta bertarikh Ogos 2010, yang menunjukkan kehadiran 90 kemudahan perisikan elektronik di seluruh dunia, termasuk di Kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Snowden mendakwa, Singapura membantu aktiviti perisikan ini, dengan menggambarkan negeri itu sebagai pihak ketiga yang utama memberikan laluan kepada sistem komunikasi Malaysia.
Snowden adalah pusat kepada pendedahan 200,000 dokumen yang menunjukkan pencerobohan Amerika ke seluruh dunia, antaranya menunjukkan Washington menjalankan stesen pengawasan di kedutaannya di Kuala Lumpur bagi merakam dan mengawasi telefon dan rangkaian komunikasi.
Ketika Pak Lah menjadi perdana menteri, keluarganya dikaitkan dengan skandal minyak untuk makanan di Iran di samping syarikat Scomi yang dipimpin oleh anaknya dikaitkan dengan pakar nuklear Pakistan.

Kerajaan beliau juga tidak stabil ekoran serangan bertalu-talu daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – 30 Mac, 2014.

Belon Udara Panas Mendarat Cemas


belon udara panas
Belon Udara Panas Mendarat Cemas | Sebiji belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di sini Ahad.
Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi Ahad.
“Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya,” kata kenyataan itu.
AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.

Akaun Twitter Maria, Anak Ketua Pramugara MH370 Digantung

Akaun Twitter Maria, Anak Ketua Pramugara MH370 Digantung | Akaun twitter anak perempuan kepada ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari, digantung baru-baru ini dan menyebabkan ramai peminatnya hampa.
Punca sebenar akaun lama Maira dengan nama @Gorgxous digantung tidak pula diketahui sesiapa namun jangan risau kerana beliau sudah mewujudkan satu akaun baru yang menggunakan nama @MairaElizxbeth.
Setakat ini, akaun baru tersebut sudah mempunyai lebih 2,000 peminat dan semakin meningkat secara mendadak setiap hari.
Sementara itu, Maira mengakui statusnya sebagai orang biasa dan bukannya selebriti telah memudahkan untuknya menjawab pertanyaan-pertanyaan dari kalangan pengikut beliau di twitter berhubung tragedi pesawat MH370.
maira elizabeth nari Akaun Twitter Maria, Anak Ketua Pramugara MH370 Digantung
“I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan. Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat

'CNN cuba gambar imej negatif Zaharie'

Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah meminta agar juruterbang itu tidak dipersalahkan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Jalil Saad berkata beliau tidak berpuas hati dengan laporan nagatif pihak media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie.

Beliau berkata media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.

"Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas," katanya hari ini.

Beliau berkata juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.

"Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai," tambahnya.

Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.

Bendera turut dinaikkan separuh tiang.

Bernama

Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini!


AGENDA AWANI MH370
Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Terbaru…
Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.

Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China

Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :
Gambar MH370 ChinaGambar Pusingan Kanan Mh370
  • Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah
  • Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang
  • Dan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman berdasarkan (TEORI DI SINI)
  • Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru inu dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yangmengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja
  • Buat pertama kalinya, pesawat Mh370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan
  • Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat Mh370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang
  • Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, Mh370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia
  • Jikalau pesawat Mh370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu Mh370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti
  • MH370 RadarDan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?
  • Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakanlaluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar. 

Kronologi Lengkap Detik-detik Kehilangan MH370 8 mac 2014

Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014)
  • Pesawat Mh370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi
  • Pergi ke Penang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi
  • Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat Mh370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat Mh370 ini
Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.
P/S : Kapten Nik Huslan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat Mh370 mengalami kerosakan tidak benar. Apa respon balas anda pula?

Aisyah Zaharie Nafi Laporan Daily Mail tentang Bapanya

Daily Mail semalam menerbitkan berita mengenai juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah kononnya beberapa minggu sebelum itu berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan terganggu.
Latar belakang Kapten Zaharie mula disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal hilang. FBI mengesahkan, simulator milik juruterbang  yang berpengalaman 18,000 jam penerbangan di udara itu BERSIH dan sekaligus membersihkan nama Kapten Zaharie dari tuduhan liar media antarabangsa mengenainya.

Daily Mail melaporkan Kapten Zaharie mempunyai masalah rumah tangga dan merupakan penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Status Aishah Zaharie di Facebooknya semalam:

"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air...

"May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you," 

Tabloid British itu melaporkan Kapten Zaharie banyak menyendiri dan menghabiskan masa dengan simulatornya berbanding dengan keluarga.

Menurut tabloid itu juga, mereka telah menemuramah isteri dan anak Kapten Zaharie yang menggatakan Kapten Zaharie terganggu beberapa minggu sebelum kehilangan pesawat tersebut. 

DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI

Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana daratan. Dataran terdekat adalah Selatan India, lebih kurang 1.790 km.

Pulau ini pertama kali ditemui oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa dunia ke II tahun 1942, Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang Jepun di Samudera Hindia.

pangkalanamerika
Tahun 1966 Inggeris sepakat memberikan Amerika Syarikat mendirikan pangkalan militan di pulau Diego Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk operasi militan AS di sekitar Samudera Hindia semasa era perang dingin.
Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pengebom dan tempat pembekalan logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat ‘inteligent’ AS dengan segala kelengkapan canggihnya.

Beberapa operasi militan yang digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun 2003.
Daerah ini juga dikatakan bebas dari imbasan satelit mahupun radar negara mana pun. Ini yang membuat mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah hilang tanpa jejak.

Berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah sisipan misteri dan berita konspirasi.
Beberapa bukti menguatkan andaian ada pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia.

Ustaz Darul Manzil Bermimpi Lagi? Bertemu Penumpang Dan Krew MH370 Di Sebuah Pulau?

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ…. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.


Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (USTAZ MIMPI PUNCA MH370 TERHEMPAS DI LAUTAN?)

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar…

Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————

PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian.. 

Cerita aneh 'penumpang MH370'

SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Cerita aneh 'penumpang MH370'
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.

'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing
sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal-sinarharian 

MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?

Satelit

KUALA LUMPUR:Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semakin kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Teknologi yang ada pada satelit pula tidak berupaya untuk mengesan objek dalam air.

Ini kerana ia hanya boleh mengesan objek pada permukaan air sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astronautic Technology Sdn. Bhd.(ATSB),  Datuk Ahmad Sabirin, keupayaan teknologi satelit sememangnya ada had.

Namun,  teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.


Isnin lalu, tentera laut Amerika Syarikat menghantar pengesan kotak hitam untuk digunakan pasukan yang menjejak MH370 di lokasi carian.

Sistem pengesan itu bergantung kepada isyarat akustik untuk membantu mencari kotak hitam pesawat tentera atau komersil yang terhempas dan terdampar sehingga 6,000 meter di bawah aras laut.


Objek ditemui disahkan sampah

SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.
Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan.


Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.
Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.

Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.
"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.
"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.

Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.
"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. - DPA, BERNAMA



MH370: Pendedahan mengejutkan isteri Kapten Zaharie -

MH370: Pendedahan mengejutkan isteri Kapten Zaharie kepada media asing.Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.
Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
MH370
  • Menurut Daily Mail:
Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.
Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,
“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”
Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.
Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.
Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.
“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”
Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.
“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.
Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.
Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.
Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.
Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?
Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.
Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.
Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau.

Thursday, March 27, 2014

MH370: ANAK KAPTEN ZAHARIE YAKIN AYAHNYA MASIH HIDUP

#MH370: SAYU, AYAH MASIH HIDUP - AHMAD SETH ZAHARIE | Subang Jaya: “Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup,” jelas anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.
“Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi. 


AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.

Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin.
Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.

Gurauan Kapten Zaharie sebelum #MH370 Hilang



Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.
Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.
“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.
“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.
Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;
“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.

Kenyataan dari Muhammad Fairuz, adik ipar pasangan mangsa ‪#‎MH370‬

Bacalah kenyataan dari Muhammad Fairuz Hamid, adik ipar pasangan mangsa #MH370, 
Razahan Raz & Norli Akmar Hamid | :

Minta maaf pd semua. Doa dan prhatian dri anda smua amat kami hrgai.. bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat2 dengan berita terbaru ini.

Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”.. di “sini”.. Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban.

Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dah penumpang terkorban”.

manakotakhitammh370Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat.
Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang.

Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut.

Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :

1) Kotak Hitam (black box) – Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat – Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali “Pesawat dikesan di Lautan Hindi” “Pesawat dikesan di LCS” “Pesawat di Lautan Andaman” dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali – “pesawat ditembak jatuh” “pesawat terhempas” “pesawat meletup diudara” “pesawat dihijack dan disorok”
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar?

Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”. Dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi.

Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian.

"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang Intan pada anak


"Papa pergiwork,tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.

               "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

            "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''
- Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akanmove on,saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan"I love you''menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.

Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

               "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

               "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''
- Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama - Awani