Monday, March 24, 2014

Adam Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah





Agak lama kita tidak mendengar perkembangan semasa penyanyi Adam. Penyanyi yang berasal dari Sabah ini turut dikatakan lagi dari pihak media sebelum ini apabila ditanya mengenai hal rumah tangga yang dikatakan bergoyang. Hal ini segera dinafikan Adam yang mendakwa berita tersebut tidak benar dan ianya adalah salah faham dari kedua dua belah pihak.

Bukan itu saja, Adam turut mendakwa dia  tidak pernah melarikan diri dari memberikan apa-apa komen kepada media. Dia turut memberitahu dia sekarang agak jarang menghadiri mana-mana majlis dan hanya terlibat dengan program berbentuk keagamaan sahaja.

Sementara itu, ditanya pula mengenai kehidupan rumahtangganya sejak bergelar suami kepada aktres Fiza (Elite) atau Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, mereka berdua sedang bahagia dan menepis dakwaan mengenai hubungan yang sedang goyah. Adam turut bersabar menantikan detik bahagia untuk menjadi seorang bapa dan menyerahkan urusan tersebut kepada Allah.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman turut kesal dengan tuduhan yang diberikan dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab kembali menjernihkan keadaan. Mengenai perkembangan semasa, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Penggodam Jiwa. Selain dari itu, pemuda berusia 31 tahun ini bakal muncul dalam filem Apokalips.

Kepada peminat setia Adam, dia bakal muncul dengan sebuah lagu terbaharu ciptaan sepenuhnya oleh komposer Indonesia, Bajai, berjudul Marmie Maafkan Aku. Lagu tersebut turut dikatakan bertaraf antarabangsa apabila ianya telah diadun di Amerika Syarikat dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat nanti.- Era

No comments:

Post a Comment