Friday, June 27, 2014

DAPHNE KING TERSENTUH, ANAK SULUNG PANDAI BACA JAWI DAN BERWUDUK

Seperti ibu bapa lain, pengacara dan pelakon Daphne Iking dan suaminya, Azmi, sedaya upaya memberikan kasih sayang juga pendidikan yang terbaik kepada kedua-dua anak mereka, Isobel Daniella, 6, dan Iman Daniella, 3.
Namun ada yang mengatakan yang pasangan suami isteri ini tidak pandai mendidik anak-anak mereka terutama dari segi memberikan pendidikan agama. Bagaimanapun baru-baru ini Daphne ada memuat naik sekeping gambar anak sulungnya mendapat markah penuh dalam latihan jawi. Sebagai ibu, kata Daphne, dia tidak menyangka yang anaknya sudah boleh menulis jawi. Malah kebolehan anak sekecil itu cukup menyentuh perasaannya.
Tentang tomahan mereka suami isteri tidak pandai mendidik anak-anak, hal itu sikit pun tidak membuatkan dia berkecil hati atau terasa. Malah bekas pengacara proram Bella ini punya cara tersendiri cara untuk membesarkan anak-anaknya.
“Isobel adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama saya dan itu bukan urusan sesiapa pun. Ada ramai yang bertanya, dia sudah masuk Islam atau belum? Macam mana dia nak masuk Islam, sebab dia masih kecil lagi. Tapi yang pasti dia membesar di dalam sebuah rumah Islam, dengan cara kehidupan Islam.
“Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel mengaji. Tapi kalau kami balik ke rumah ibu bapa saya di Sabah, nenek dia ada juga bawa die ke kelas bibble. Bagi saya, nanti bila dia sudah besar biarlah dia buat pilihan sendiri. Saya tidak memaksa dia.
“Tapi seperkara yang saya cukup bangga apabila dia sudah pandai menulis jawi. Bayangkan, ketika itu saya pulang dari kerja dalam keadaan yang sangat letih. Tapi bila dia tunjukan pada saya hasil tulisan jawinya, saya sangat terkejut, bangga dan tersentuh. Walaupun saya tak pandai baca tapi saya tengok tulisan dia cantik. Saya bersyukur sangat. Dalam hati saya berkata, “Ya Allah, saya dah buat sesuatu yang betul”, kongsi Daphne Iking kepada Malaysia Digest tentang gelagat anak-anaknya, ketika ditemui di Kompleks Kraf semalam.
Kongsi Daphne lagi baru-baru ini Isobel sekali lagi membuat dia hampir mengalirkan air mata. Kata Daphne:
“Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau dirumah, bila saya nak solat Isya’, saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.
“Satu lagi yang buat saya tersentuh, baru-baru ni Isobel beria-ria beritahu saya yang dia nak “duk”. Mulanya saya tak faham apa yang dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yang dia sudah pandai berwuduk. Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solah dan berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya. Dalam usia sekecil itu sekurang-kurangnya sudah pandai tulis jawi dan semakin belajar sedikit demi sedikit tentang kewajipan sebagai orang islam”, katanya.
Sumber: MD

Wartawan Dan Blogger Terkenal, Mazidul Akmal Sidek Koma, Masuk Hospital PMC



Menerusi Portal Media Hiburan hari ini, Wartawan dan Blogger terkenal iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan telah diserang penyakit angin ahmar sejak beberapa hari yang lepas. Beliau telah menerima rawatan di Hospital Pantai Medical Centre dan berada dalam keadaan koma sementara atau 'Induced Coma'. Namun Mazidul sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin sebelum menjalani pembedahan

Murid diculik, dicabul

Suspek diberkas polis ketika cuba melarikan diri selepas dia bertindak melanggar kenderaan MPV polis di Sungkai, semalam.

TANJUNG MALIM 26 Jun - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.
"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.
Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.
Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.

"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.
"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.

"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.
Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun serta anak lelakinya (dua tahun) dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan. Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.


Emma punca kemelut Zizan-Marina?

  • Zizan Razak
 1 / 2 
KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.

Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.

Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.

Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.

Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.

Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.

Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.

Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.

"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.

"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.

"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.

Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.

Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.

"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.

"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.

"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.


Selesai cara baik

Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.

Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

"Saya harap Zizan dapat luangkan masa  bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.

"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.

"Saya tiada perancangan membawa perkara ini ke peringkat yang serius dan hanya berhasrat menyelesaikan dengan cara baik," akhirinya.

Nak Masuk Butik Fareeda Perlu Tunjuk Slip Gaji 3 Bulan?

Hai, makin hari makin banyak pula cerita menunjukkan kehebatan butik tudung Fareeda.

Daripada kisah pelanggan sanggup tidur depan butik semata-mata mahu menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.




Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.

Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

Jadi kenyataan bahawa penyata gaji diperlukan untuk masuk Butik Fareeda adalah satu tindakan yang amat tidak logik dan kemungkinan besar, disebarkan untuk menggambarkan harga tinggi tudung di butik eksklusif Fareeda sahaja. 

Sumber mynewshub.my

Thursday, June 26, 2014

Nota Terakhir Mona Fandey [pengalaman wartawan]

AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.

Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?

Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).

Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.

Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci.

Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.

Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.

Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.

Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.

Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?


Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.

Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.

Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.

Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. 

Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”

Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.

Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri.

Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.

Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.

Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.

“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.

Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.

Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.

Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.

Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.

Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.

Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.

Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.

Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.

Cemburu tandanya sayang, maafkan Diana - Farid Kamil

Cemburu tandanya sayang, maafkan Diana -  Farid Kamil
KUALA LUMPUR: “Cemburu itu tandanya sayang… Biasalah dalam diri setiap wanita pasti akan terselit sedikit rasa cemburu, itu adalah perkara normal.

“Saya harap mereka faham mengapa Diana membuat tindakan yang sebegitu.

"Saya juga berharap agar mana-mana pihak yang terasa dengan kenyataan isteri saya itu... maafkanlah dia,” begitulah luahan Farid Kamil ketika diminta mengulas mengenaiisu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap sekeping foto aktres Nora Danishberpegangan tangan bersama Farid untuk tujuan promosi filem terbaru berjudul ‘Pengantin Malam’.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari  berkata dia tidak menafikan bahawa dirinya berasa terkejut sebaik sahaja mengetahui kenyataan yang dibuat oleh isterinya menerusi laman instagram tersebut.

Namun aktor berusia 33 tahun ini bagaimanapun telah memaafkan tindakan isterinya itu.

“Masa mula-mula dapat tahu mengenai perkara ini, memang saya terkejut… Tetapi apa yang saya mahu katakan ialah saya sudah pun memaafkan tindakan isteri saya.

“Biasalah... perkara-perkara sebegini membabitkan perasaan dan hati seorang wanita… Perkara yang terjadi ini hanyalah salah faham kecil dan tidak patut diperbesarkan.

“Saya tidak marah Diana mahupun mempersoalkan tindakannya itu… Ini adalah isu biasa yang sepatutnya tidak menjadi masalah.

“Boleh dikatakan usia perkahwinan kami masih baharu dan saya anggap perkara-perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang baharu dalam hidup kami,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kad amal dan kad ucapan Hari Raya filem ‘Lagenda Budak Setan 3’ bertempat di Red Box Sogo, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Tambah Farid lagi, pihak pengurusannya telah menguruskan isu ini dengan baik malah aktor tinggi lampai ini juga mengesahkan bahawa hubungan diantara isterinya dan Nora Danish tidak mempunyai sebarang masalah.

Minggu lalu, isteri kepada pelakon Farid Kamil, Diana Danielle telah memuat naik status bernada cemburu terhadap sekeping foto pelakon Nora Danish bersama suaminya namun tindakannya itu telah memakan diri apabila mengundang pelbagai reaksi masyarakat sehingga mencetuskan kontroversi.

Status tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh Diana. --Astro Gempak

Dukung Adik Selepas Diugut Bunuh dan Ditinggal di Tepi Jalan








KUALA LUMPUR  Tanpa setitis air mata, kanak kanak lelaki ber­usia sembilan tahun yang baru di­ugut bunuh oleh seorang penjenayah yang melarikan kereta ibunya hari ini, tabah berdiri sambil mendukung adiknya berusia empat bulan di tepi jalan selepas ditinggalkan. Dalam kejadian kirakira pukul 7.15 pagi itu, keduadua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong dekat sini, kirakira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah tersebut di Jalan Dahlia, Puchong Perdana. "Nak turun, atau kau dan adik kau aku bunuh." Itulah ugutan penjenayah berpakaian seragam sekolah menengah tersebut sambil mengacukan pisau ke leher kanakkanak ber­kenaan, yang turut dilarikan bersama kereta Proton Gen 2 biru tersebut. Perasaan kasih dan sayang me­nebal kanakkanak itu terhadap adik­nya, membuatkan dia memilih untuk turun dari kereta tersebut.

 Selama dalam ‘tebusan’ penje­na­yah tersebut di dalam kereta itu, kanakkanak itu memeluk erat adiknya. Setelah turun, walaupun dalam keadaan masih ketakutan dan terpingapinga, anak kecil itu terus mendakap dan mendukung adiknya sambil berdiri di tepi jalan untuk mengharapkan bantuan. Mujurlah, 10 minit kemudian seorang pekerja kilang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu berhenti dan menyapa mangsa. Lelaki itu berbuat demikian kerana berasa aneh melihat seorang kanakkanak kecil lelaki berdiri di tepi jalan sambil mendukung bayi. Berpandukan buku tulis di dalam beg sekolah yang digalas mangsa, lelaki itu membantu menghantar mereka ke Sekolah Kelas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA) Intergrasi Madrasatul Ikhwan, Puchong di mana ibunya mengajar kirakira pukul 7.35 pagi.

 Terdahulu, suspek mengambil kesempatan melarikan kereta tersebut yang ditinggalkan tanpa dimatikan enjinnya oleh ibu mangsa, Karni Yurtini Ishak,35, yang menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh di Jalan Dahlia pada kirakira pukul 7.10 pagi. Sementara itu, sejurus keduadua anaknya dihantar oleh lelaki itu, ibu mangsa yang berada di sekolah tersebut bersama suaminya, Mohd. Rashid Drahman, 37, ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan. Ketika ditemui pemberita, Karni Yurtini berkata, walaupun masih trauma dengan kejadian, beliau dan suaminya bersyukur dua anak lelaki­nya itu selamat. Menceritakan semula kejadian, wanita itu memberitahu, sebaik sahaja menyedari keretanya dilarikan, dia berlari keluar dari rumah pengasuh dan terus mengejar kenderaan itu sambil meminta tolong kerana dua anaknya berada di dalamnya. 

"Saya kejar sehingga ke Sekolah KAFA Intergrasi Madrasatul Ikhwan iaitu kirakira satu kilometer. Saya gagal menahan penjenayah tersebut kerana dia memecut kereta dengan laju. Saya hanya mampu menangis sambil meminta bantuan guruguru dan pengawal di sekolah. "Alhamdulillah, setengah jam kemudian seorang lelaki datang ke sekolah ini membawa dua anak saya," katanya. - See more at: http://www.sembangape.com/2014/06/dukung-adik-selepas-diugut-bunuh-dan.html#sthash.4z7xoWam.dpuf




10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia


3
Bandar Johor Bahru
Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
3
bandar Pulau Pinang
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.
Adakah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?
Pada pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.
Selamat menyambut Tahun Baru 2014
 


Luahan Bapak Tiri Adik Firdaus..

2
Biarpun bekas pengasuh adik Firdaus sudah menjelaskan bahawa ibunya tidaklah sekejam yang dilaporkan oleh media, namun masyarakat masih enggan percaya dan menolak penjelasan itu secara total.
Kali ini, giliran bapa tiri adik Firdaus pula tampil meluahkan perkara yang sebenarnya.
Benar ataupun tidak, hanya tuhan yang tahu. Baca luahan hati bapa tiri adik Firdaus di bawah
“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun yang lalu,” kata Abdullah, 40-an.
Abdullah berkahwin dengan Puan Lola pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.
“Sebelum berkahwin, Lola ada memberitahu saya bahawa dia mempunyai seorang anak OKU. Dia sentiasa berkongsi masalah dan bercerita mengenai penderitaan serta kesusahan yang dialaminya. ”
Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.
Namun saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Firdaus.”
Demikianlah luahan hati bapa tirinya. Jika isteri pertamanya tahu, pastinya rumah tangga berantakan serta merta atau sebaliknya?
Sungguhpun luahan hati bapa tiri Firdaus ini menjelaskan Puan Lola tidak bertindak kejam terhadap anaknya itu, namun video dan gambar adik Firdaus yang tersebar sejak beberapa hari lalu menimbulkan pelbagai persoalan di minda masyarakat, apakah benar ibunya itu terpaksa meninggalkan anak demi sesuap nasi?
Kredit teks: MyMediaHub

MH370: Isteri Kapten Zaharie akhirnya bersuara




Lebih tiga bulan selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, isteri juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah akhirnya bersuara. Faizah Khan memberitahu dua wartawan New Zealand yang menulis buku berkenaan kapal terbang hilang itu, suara semasa ucapan terakhir dari penerbangan itu adalah milik suaminya Zaharie, lapor akhbar harian di United Kingdom, The Telegraph hari ini. Beliau berkata anak sulungnya mengenal pasti suara yang mengeluarkan kata-kata “sign-off” akhir adalah bapanya. 

Pada mulanya didedahkan para pegawai Malaysia sehari selepas kehilangan penerbangan MH370 bahawa kata-kata akhir dari kokpit adalah “Allright, goodnight”, dan ia dikatakan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid. Bagaimanapun pada 31 Mac, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mendedahkan kata-kata terakhir “Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong”, dan tidak dapat dipastikan sama ada suara itu milik juruterbang atau pembantu juruterbang. Panggilan dibuat dari kokpit kepada pengawal trafik udara di Kuala Lumpur semasa pesawat berada di Laut China Selatan dan meninggalkan ruang udara Malaysia, kurang daripada satu jam selepas berlepas. Penerbangan MH370 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur, tidak lama selepas tengah malam pada 8 Mac, menuju ke Beijing, di mana ia dijadualkan tiba pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.

Menurut The Telegraph, Geoff Taylor, timbalan pengarang Waikato Times New Zealand, beliau dan pengarang bersama, Ewan Wilson bercakap dengan adik ipar Zaharie, Asuad Khan di Pulau Pinang dan kemudian isteri juruterbang berusia 53 tahun itu. Asuad pada mulanya mendakwa suara dari kokpit bukan milik Zaharie tetapi selepas memanggil kakaknya di hadapan kedua-dua wartawan, beliau mengesahkan suara itu milik suaminya. “Dalam tempoh lebih kurang tiga bulan, sejak penerbangan hilang, tiada media berjaya mendapatkan kenyataan daripada isteri Zaharie itu,” kata Taylor yang dipetik oleh The Telegraph. “Kami bernasib baik berjaya mendapatkan pengesahan daripada dia bahawa Zaharie adalah individu yang berada dalam kokpit.” Dilaporkan pada Ahad oleh sebuah lagi akhbar UK, The Sunday Times, Zaharie kekal sebagai suspek utama kehilangan pesawat MH370. Sambil menambah, kegagalan mekanikal atau keganasan tidak dapat diketepikan, akhbar itu berkata polis percaya jika ia tindakan manusia, kapten adalah pelaku yang paling berkemungkinan. Laporan itu, yang juga disiarkan dalam The Australian, berkata polis cawangan khas Malaysia memberi tumpuan siasatan terhadap Zaharie selepas pemeriksaan perisikan gagal menemui sebarang bukti mencurigakan pada orang lain di dalam pesawat itu. 

Laporan memetik seorang jurucakap polis Malaysia berkata: “Siasatan polis masih lagi dijalankan. Setakat ini tiada kesimpulan yang boleh dibuat tentang punca kepada insiden dan ia akan menjadi sub judice untuk berkata demikian. Bagaimanapun, pihak polis masih mencari meneliti semua sudut yang berkemungkinan.” Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak laporan The Sunday Times dengan memberitahu media tempatan bahawa “kita tidak perlu melayan teori konspirasi”. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengkritik laporan akhbar UK itu, mengulangi bahawa sebarang kenyataan mengenai siasatan ke atas kehilangan penerbangan MH370 akan datang secara langsung daripada pihak polis dan bukan melalui media asing, lapor TMI.

Tuesday, June 24, 2014

nNASIHAT 'BIADAB' SEMPENA RAMADHAN



Bulan Ramadhan bakal tiba beberapa hari lagi. Nasihat diberi tanpa henti. Alhamdulillah kalau ada yang menerima nasihat orang. Akan tetapi berbeza pula dengan seorang gadis yang bernama Esther Yeam ini yang memberikan nasihat berbentuk 'penghinaan' terhadap agama Islam.

Berikut status kontroversi beliau:
My advice to people yang akan berpuasa tidak lama nanti. Your really need to take this advice into consideration.

Saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kerana kalau tidak buat macam itu, nafas kamu sangat berbau dan sangat menganggu orang sekitar. 

Sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. Nonsense. - Esther Yeam

Sama ada benar atau tidak, tampillah buat penafian dalam masa 24 jam. Lebih dari 24 jam, menjawablah kau dengan pihak berkuasa. - My Media Hub

UM LARANG PELAJAR BERPURDAH SEMASA EXAM

Seorang pelajar perempuan Universiti Malaya (UM) berang dengan tindakan kakitangan UM mengarahkannya menanggalkan purdah.

Zulaikha Adam diarahkan keluar dari dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah ketika dia sedang sibuk menjawab soalan peperiksaan.

Zulaikha mempertikaikan kenapa tiada notis di pintu masuk yang mengatakan "NO Niqab" atau amaran lisan sebelum dia masuk ke dewan peperiksaan.

Zulaikha juga turut mempersoalkan mengapa pelajar-pelajar lain yang berpakaian seksi tidak dikenakan sebarang tindakan dari pihak UM.

Seorang pelajar perempuan Universiti Malaya (UM) berang dengan tindakan kakitangan UM mengarahkannya menanggalkan purdah.

Zulaikha Adam diarahkan keluar dari dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah ketika dia sedang sibuk menjawab soalan peperiksaan.

Zulaikha mempertikaikan kenapa tiada notis di pintu masuk yang mengatakan "NO Niqab" atau amaran lisan sebelum dia masuk ke dewan peperiksaan.

Zulaikha juga turut mempersoalkan mengapa pelajar-pelajar lain yang berpakaian seksi tidak dikenakan sebarang tindakan dari pihak UM.

Untuk pengetahuan, mana-mana peperiksaan ini melibatkan identiti dan boleh je berlaku penipuan dengan mengupah orang lain masuk exam bagi pihak calon. - My Media Hub


Tuah Wani




BELUM ada single atau album sulung, namun remaja ini sudah memuat naik sebanyak 114 video lagu yang dinyanyikan semula di YouTube sejak setahun lalu. Biarpun dia bukan siapa-siapa namun bakatnya itu ditonton oleh hampir tujuh juta penonton.
Siapa sangka ekoran sambutan hangat daripada pelayar YouTube, akhirnya ada syarikat rakaman terpanggil untuk melamar NurSyazwani Selamat atau ingin dikenali sebagai Wani, 17, sebagai artis naungan mereka.

Remaja kelahiran Batu Pahat, Johor itu telah dilamar menjadi artis rakaman di bawah label syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) dan telah menandatangani kontrak selama lima tahun sebagai artis rakaman dan komposer muda.
Jelas anak bongsu dari dua beradik ini, dia mula menunjukkan bakat menyanyi sewaktu di sekolah rendah dengan aktif memasuki pertandingan nasyid, kugiran sekolah dan juga dalam pertandingan majlis tilawah al-Quran.

Wani yang masih menuntut di tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan, Batu Pahat ini turut menunjukkan minatnya untuk bermain gitar. Kerana minatnya itu, dia telah mendaftarkan dirinya menghadiri kelas latihan bermain gitar sejak setahun lalu.
Lagu pertama yang dimuat naik ke akaun YouTube miliknya, Wani adalah lagu Patah Seribu, dendangan Shila Amzah yang dinyanyikan dengan gayanya yang tersendiri.

“Lagu kedua yang saya rakamkan balik ialah dari pemilik asal lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang nyanyian Tegar. Syukur alhamdulillah sambutan di luar jangkauan apabila ramai yang meminati nyanyian saya," katanya memulakan perbualan.
Di samping berbakat bermain alat muzik, Wani turut mempunyai bakat dalam mencipta lagu sendiri. Single pertama I Cinta Jer yang digubah sendiri oleh Wani telah mendapat sentuhan susunan muzik dari komposer terkenal, AG Coco.

Memandangkan Wani masih di bangku sekolah dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mungkin proses pembelajarannya akan sedikit terganggu yang memerlukan dia untuk memenuhi undangan persembahan.
“Memandangkan saya akan menduduki SPM pada hujung tahun nanti, saya terpaksa terima undangan pada musim cuti persekolahan atau pada hari minggu sahaja. Saya perlu berulang-alik dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur setiap kali jika ada persembahan.

“Pihak pengurusan tahu bahawa waktu saya hanya pada hari Sabut sahaja buat masa ini kerana memandangkan cuti mingguan di Johor berbeza dengan di Kuala Lumpur. Ternyata mereka sangat memahami dan akur dengan permintaan saya sehingga peperiksaan SPM berakhir," ujarnya mengakhiri perbualan.

MISTERI SEORANG AHLI FARMASI


Aku duduk di Ipoh dan berkerja di hospital di ipoh sebagai ahli farmasi. Nama aku Izat, umur aku 29 tahun dan masih bujang. Sepanjang aku hidup, baru 2 kali aku bercinta di universiti dan sekarang ini di uni. 2 tahun bercinta tapi putus di tengah jalan dan sekarang, aku dengan Nini gadis dari Tambun

Bahagia betul aku dengan dia, hampir 4 tahun kami bercinta dan aku bertuah Rupa paras Nini boleh dikatakan cantik, puti, tinggi dan bergaya. Aku pula? Computer nerd! Kaki online game! Kaki Naruto! Kaki anime! Memang ni antara sebab aku takde awek. Sebab aku dengan dunia aku sendiri.

Boleh dikatakan setiap kali raya, aku akan cuba nak tamatkan zamqn bujang dengan Nini. Every puasa aku selalu cakap yang aku nak hantar rombongan pada dia pada raya ke 5 bla bla bla... tapi hambar. Nini mesti tolak dengan alasan masih awal. Waktu itu Nini berumur 24 tahun dan aku diam dan pujuk hati sendiri.

Aku rasa sudah mampu untuk berkahwin. Duit simpanan aku hampir RM30K! Hasil simpanan dan menang tournament game yang membuatkan aku pergi sampai ke USA!

Suatu hari, pada raya kedua. Aku nekad aku akan pinang Nini. Oleh itu, abang aku, Bad dan 3 orang kawan aku jadi wakil.

Cincin? CHECK!
Kek buah? CHECK!
Pulut Kuning? CHECK!

Lengkap persiapan untuk merisik dan aku pun tunggu di hujung simpang selama sejam.

Dari jauh, kereta Bad bagi lampu suruh gerak dalam. Bukan main seronok aku turun kereta dan,
"Izat, mak bapak diorang tolak mentah! Diorang tak nak kau, si betina tu pun merayu-rayu jangan pinang dia".

Aku terdiam terduduk.

Mak bapak dia tak nak aku, Nini pun tak nak aku. Habis tu aku ini apa? Bila difikirkan, Nini tak pernah kikis aku pun. Sekadar belanja beli beg, baju, makan dan tak pernah dia minta aku beli macam-macam sebab dia pun kerja di KFC. Aku menjadi binggung.

Sejurus hari itu, aku dapat call dari Nini. Dia minta aku lepaskan dia, jangan kacau dia dan bla..bla..bla..

Sebulan aku bangkit, aku Overtime, kerja kaw-kawa, main game, beli barang-barang XBox, Playstation etc. Duit RM6,000 untuk tunang, aku belanja beli apa yang aku nak.

2 bulan selepas aku dan Nini break up, aku mula perasan yang bibir aku mula pecah-pecah. Sampaikan bila aku bangun dari tidur, bantal aku sure kena darah. Macam banyak gila.. Rambut mula gugur, selera makanan menurun. Macam tanda-tanda sakit. 

Segera aku jumpa doktor, tetapi doktor pula kata aku penat dan stress.

Pelik? Aku tak merokok dan hampir setiap malam aku main badminton dan aku memang happy gila-gila. Langsung lupa pasal kes break up. So apa yang stress?

Di bilik ubat-ubatan, masa aku kerja shift malam, kira-kira jam 3 pagi, 3 orang budak praktikal aku bagi break kejap sebab kesian tengok diorang berjaga camtu.

SREEKKKK!

Bunyi macam orang mencakar rak-rak ubat. Aku jenguk, terhenti.. 

SREEKKKK!

Bunyi lagi... aku jenguk, nah!

Ada lembaga tanpa kepala sedang menampan rak ubat.

SREEKKKKK!

Tangannya sengaja dicakar di rak.

Belum sempat aku telan air liur, lembaga tu terus melompat ke atas aku. Aku pengsan, budak-budak praktikal itu yang sedarkan aku. 

Bagi aku normal la, kerja kat hispital mesti ada kes macam ni dan aku pun banyak dengar cerita dari kawan. Tetapi aku silap.

Selang 3 hari, aku jumpa benda yang sama. Kali ini semasa aku ke bilik air. Selepas selesai membuang, aku ke sinki dan basuh muka. Bila toleh ke cermin, benda tu bertenggek di belakang badan aku. Kali ini aku macam nak pengsan. Tetapi aku kuatkan diri, jerit dan keluar dari toilet. 

Bermula dari saat itu, aku selalu diekori oleh lembaga itu sampai ke rumah, ke kampung even semasa bercuti di Pangkor.

Aku ke Pangkor nak release tension. Sebab asyik kena gnaggu dengan lembaga tu. Masa duduk di sebuah chalet, tengah tidur, ada suara memanggil aku. Bila aku celikkan mata, nah! Benda tu melekap di atas siling. Dapat aku rasa habuk-habuk tanah, darah dan nanah melekat jatuh ke  atas badan aku. Aku pengsan...

Itu pun aku sedar bila aku tak buka pintu masa diorang hantar breki. Diorang kata mata aku terbeliak putih dan mulut berbuih. Doktor cakap aku kena sawan. Mana pernah aku ada sakit sawan??

Semasa di rumah, sedang aku layan Naruto di laptop, kaki aku kena tarik. Kali ini benda tu datang dengan kepala dia. Dia tenyeh kepada dia yang putus dari badan dia ke arah muka dan badan aku. Aku muntah selepas itu. Dalam keadaan yang terkejut, aku sempat azan dan sejak hari tu selera makan aku semakin susut!

Aku menjadi takut, nak kerja pun malas. Nak balik kerja pula benda tu bertenggek depan hud kereta. Pergi ke jamban, dia tunggu merangkak di luar. Bila nak makan, makanan berbau tahi. Orderlah apa sekali pun, makanan tetapi berbau tahi. McD pun aku bau tahi. Bila suruh kawan hidu, diorang kata ok je.

Sampai satu tahap, aku jumpa seorang ustaz perubatan Islam di Ipoh. Sah! Sah aku terkena buatan orang. Serius aku terkejut dan aku tak tahu siapa yang dengki sangat tu. Sebulan aku berubat, aku sihat semula. Syukurr.....

Beberapa minggu kemudian aku dapat panggilan dari Nini. Dia kata mak dia sakit kuat. Atas dasar simpati, aku jenguk mata dia. Mak dia dah macam jembalang dah aku tengok. Berkain batik dan meracau-racau.

Jenuh orang-orang dalam rumah bacakan yassin. Yang memeranjatkan, kejap-kejap nanti si Nini dan bapak dia kena histeria. Menari-nari sampai buka-buka baju.

Aku terus call ustaz yang tolong aku. Half and hour ustaz tiba dengan tiga orang kawannya. Proses mengubat pun berlaku.

2 jam kemudian:

"Izat, diorang ni dah menyimpang jauh. Saya tak tahu apa yang diorang buat. Tetapi dari dialog yang saya buat dengan jin tu dalam bilik tadi, diorang guna benda tak elok untuk jahanamkan kamu. Kamu tanya la anak perempuan tu. Diorang dah okay sikit. Dia nak jumpa kamu," ujar ustaz.

Aku jadi binggung, apa hal? Apa kaitan dengan aku?

Aku jumpa Nini, dalam bilik itu ada parent dia sekali.

"Izat, selama ini i yang buat u! Mak i yang buat u! Kitorang cari mayat takde kepala untuk dibuat sebagai syarat nak jahanamkan u. Kitorang pergi sampai ke Pengkala Hulu sampai ke Siam. Kitorang buat sebab takut. Takut u balas dendam dengan kami sebab kami tolak pinangan u. 

I dah berkahwin! Suami i kerja di Sarawak. I sunyi kat sini. Mak i pun tak kisah i buat macam tu. Janji jangan bagi u datang sini pinang i bla..bla..bla.."

Baru aku teringat. Setiap kali raya, memang Nini tak bagi aku datang ke rumah dia. Patutlah Nini ni biang gila. Ajak aku buat macam-macam kat hotel, rupanya tak tahan. Dan yang bestnya, dah ada anak seorang.

Aku pula rasa bersalah sebab dah pernah nak ajak dia kahwin. Nak elak perkara tu terjadi lagi, dia gunakan aku. Aku diam tak tahu nak cakap apa.

Alasan Nini memang bodoh. Takut aku berdendam dengan dia.. Kau memang bodoh Nini.

TAMAT

Diceritakan oleh TheFlash