Thursday, June 5, 2014

Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 Waktu Malaysia

FIFA World Cup 2014
Piala Dunia Brazil 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 dengan 12 lokasi perlawanan. Ini merupakan kali kedua Brazil menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia, sebelumnya pada 1950, juga kali pertama negara dari Amerika Selatan menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali. Diharap semuanya berjalan lancar nanti.

Mengikut waktu tempatan kita, kejohanan akan bermula dari 13 Jun hingga 14 Julai 2014. Siaran langsung perlawanan adalah seawal 12:00 pagi3:00 pagi4:00 pagi6:00 pagi dan ada satu perlawanan peringkat kumpulan sepak mulanya selewat 9:00 pagi.

Senang cerita, di bawah ini ada beberapa pilihan Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia (GMT+8). Pilih salah satu yang berkenan dan simpan atau cetak untuk kemudahan masing-masing.


jadual piala dunia waktu malaysia gmt+8

jadual piala dunia waktu malaysia gmt+8

jadual piala dunia waktu malaysia gmt+8

Setiap pasukan yang mengambil bahagian akan menerima sekurang-kurangnya $8 juta. Juara Dunia akan menerima $35 juta, manakala tewas di peringkat akhir akan menerima $25 juta. Pasukan yang kalah dalam pusingan 16 akan menerima $9 juta dan suku akhir menerima $14 juta.

Kelab-kelab di mana pemain mereka berlepas untuk bermain di Piala Dunia juga akan menerima sejumlah bayaran sebagai pampasan bagi kos insurans dan perbelanjaan yang akan diagihkan melalui persatuan kebangsaan masing-masing. Secara keseluruhannya, FIFA akan memperuntukkan$576 juta, satu rekod baru dan peningkatan daripada $420 juta yang diperuntukkan di Afrika Selatan. (Mata wang dalam AS Dolar/US Dollar)

Pautan: Wikipedia


No comments:

Post a Comment