Thursday, June 26, 2014

Luahan Bapak Tiri Adik Firdaus..

2
Biarpun bekas pengasuh adik Firdaus sudah menjelaskan bahawa ibunya tidaklah sekejam yang dilaporkan oleh media, namun masyarakat masih enggan percaya dan menolak penjelasan itu secara total.
Kali ini, giliran bapa tiri adik Firdaus pula tampil meluahkan perkara yang sebenarnya.
Benar ataupun tidak, hanya tuhan yang tahu. Baca luahan hati bapa tiri adik Firdaus di bawah
“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun yang lalu,” kata Abdullah, 40-an.
Abdullah berkahwin dengan Puan Lola pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.
“Sebelum berkahwin, Lola ada memberitahu saya bahawa dia mempunyai seorang anak OKU. Dia sentiasa berkongsi masalah dan bercerita mengenai penderitaan serta kesusahan yang dialaminya. ”
Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.
Namun saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Firdaus.”
Demikianlah luahan hati bapa tirinya. Jika isteri pertamanya tahu, pastinya rumah tangga berantakan serta merta atau sebaliknya?
Sungguhpun luahan hati bapa tiri Firdaus ini menjelaskan Puan Lola tidak bertindak kejam terhadap anaknya itu, namun video dan gambar adik Firdaus yang tersebar sejak beberapa hari lalu menimbulkan pelbagai persoalan di minda masyarakat, apakah benar ibunya itu terpaksa meninggalkan anak demi sesuap nasi?
Kredit teks: MyMediaHub

No comments:

Post a Comment