Monday, June 23, 2014

BIODATA DAN INFO TERKINI KEADAAN REMAJA OKU, MUHAMMAD FIRDAUS DULLAH

remaja oku muhammad firdaus dullah
Alhamdulillah, itu sahaja yang ammboi mampu ucapkan dengan penemuan gempar seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.
Ammboi pasti kita semua bersyukur pihak berkenaan telah menemui beliau walaupun dalam keadaan beliau yang cukup azab dan menyiksakan. Untuk info, remaja berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan rapi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Bagaimanapun sehingga kini pihak hospital belum tahu lagi sejarah remaja ini kerana tidak menyimpan rekod mengenainya. Pihak polis juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap kes ini jika ada unsur penderaan dan pengabaian.
Dibawah ammboi lampirkan biodata ringkas mengenai remaja itu.
  • Nama: Muhammad Firdaus Dullah
  • Umur: 15 Tahun
  • Status: Orang Kurang Upaya – OKU “Celebral Palsy”
  • Asal: Sabah
Menurut sumber berita, ibunya juga telah ditahan dan dia juga berasal dari Sabah. Beliau sudah bercerai dengan suaminya dan terputus hubungan hingga memaksa untuk membuat keputusan yang menyedihkan dengan mengurung remaja OKU itu untuk bekerja mencari pendapatan.
p/s- nasiblah dijumpai kalu tidak tak thula nasib dia kan..semoga ibu dia insaf dan mendapat hukuman setimpalnya jika benar dia sengaja abaikan anaknya...dia tak sedar anak di akan jadikan ahli syurga

No comments:

Post a Comment