Monday, August 11, 2014

Emma Maembong bertudung sejak 1 Syawal

Emma Maembong bertudung sejak 1 Syawal

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong nekad bertudung pada 1 Syawal lalu. Kekasih hati Zizan Razak ini mengikuti jejak Neelofa, Umie Aida, Uqasha, Sheera Iskandar dan Fara Fauzana.

Hal itu diakui sendiri pelakon drama Yes Boss itu kepada BH Online. 


sekaligus menamatkan teka teki peminat mengenai hijrahnya sebelum ini. 

"Saya tidak mahu terburu-buru dalam hal ini. Biar ia terjadi tanpa paksaan atau dorongan sesiapa. Malah ramai yang suka perubahan ini.

"Zizan sendiri antara yang menyambut baik hijrah saya ini. Sebelum ini saya perlahan demi perlahan menetapkan hati untuk bertudung dan Alhamdulillah ia dipermudahkan," katanya.

No comments:

Post a Comment