Heboh di laman sosial pertikaman lidah antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali berkenaan selfie pada hari menyambut jenazah mangsa MH17 baru-baru ini. Ini gara-gara Azwan Ali telah memuat naik beberapa gambar selfie beliau dalam keadaan yang semua rakyat Malaysia tengah berkabung.
Secara tiba-tiba, pelakon Diana Rafar tampil pula memberi komen tentang sikap sebenar Azwan Ali yang mengejutkan semua pihak yang membacanya.
Ini komen Diana Rafar yang dipetik:
“Mashaallah takut baca komen manusia yg menilai syurga dan pahala seseorang… kami sekeluarga kenal rapat dgn @divaazwanavazz yg sgt berhati mulia…. majlis2 agama pun selalu @divaazwanavazz buat yg tak diberi tahu org…. sblm arwah bapa saya meniggal dia selalu puji azwan baik hati dan suka tolong org…. bila ada tahlil ke apa azwan lah yg suka minta anak2 tahfiz doakan…. subhanalllah kita tak tau mana tempat kita syurga ke neraka… kita pun semua blm sempurna kan… ada jugak sifat buruk kita yg blm kita perbaiki termasuk saya dan peringatan utk diri saya juga”
Kita tidak berhak menilai sesorang dari luaran, apa pun hanya Allah sahaja yang mengetahuinya niat seseorang hambanya. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar kepada kita, buang yang keruh ambik yang jernih.
No comments:
Post a Comment