Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali membaca berita sedih keluarga arwahHasni Hardi pasti terasa sangat sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Alhamdulillah dari berita yang sahih jenazah jurutera muda antara 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang sudah dikenal pasti dan antara yang paling lengkap anggota badan. Ibu bapa arwah, Kak Siah dan Abang Parlan sudah berada di Amsterdam untuk mengiringi jenazah untuk dibawa pulang keMalaysia dan dikebumikan di Tanah Wakaf, Batu 8, Kampung Paya Luas, Segamat.
Raya baru ini sempatlah aku bercerita panjang dengan Mak Cik Som, atok kepada arwah Hasni dan Kak Milah, Mak Long kepada arwah. Aku tak dapat bersua muka dengan Kak Siah dan Abang Parlan yang setiasa sahaja dikunjungi tetamu dan wartawan. Dapat juga maklumat kisah sebenar bekas isteri arwah yang banyak mendapat liputan media. Tabik kepada Kak Siah dan Abang Parlan yang tak terkejar-kejar nak dapatkan wang pampasan walaupun sudah diumumkan oleh MAS. Kak Siah kata dia tidak akan ambil duit pampasan selagi semuanya belum selesai.
Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang tetapi sedih kerana mengiringi jenazah anak sendiri,” kata Asiah Rajikon, 57, ibu Hasni Hardi Parlan, 31, jurutera perkapalan yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine – Harian Metro.
Pada 22/8/2014 Malaysia akan menerima 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan disambut di KLIA pada jam 10 am dengan upacara rasmi yang akan dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta ahli keluarga mangsa. Malaysia akan berkabung dengan mengibarkan jalur gemilang separuh tiang. Jenazah Hasni Hardi diiringi oleh ke dua ibu bapanya akan dibawa terbang dari KLIA dengan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, Muar sebelum dibawa ke rumahnya di Batu Anam untuk majlis pengkebumian.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan, garis panduan untuk dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara, Jumaat ini, sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda hanya melibatkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang. Sehubungan itu, peraturan lain dalam kenyataan jabatan itu semalam, adalah terbatal. Arahan garis panduan yang dibatalkan termasuk supaya semua radio dan televisyen menangguhkan rancangan hiburan, penangguhan semua acara hiburan dan tata cara berpakaian sepanjang tempoh berkabung itu –Utusan Online
Semuga Kak Siah dan Abang Parlan dapat menatap wajah anak kesayangannya buat kali terakhir sebelum di bawa terbang dari Amsterdam ke KLIA dengan pesawat khas pada Khamis jam 6 pm waktu Malaysia.
Nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba 22/8/2014
Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.
Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)
Di sinilah pada 18/7/2014 segalanya bermula …
Dan pada 22/8/2014 di sinilah pengakhiran arwah Hasni Hardi Parlan … kita belum tentu di mana …
Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah untuk arwah Hasni Hardi Parlan seorang anak yang sangat baik kepada keluarga dan saudara mara. Semuga tempat mu di Syurga anak ku. Al Fatihah juga untuk semua mangsa muslim yang lain. Kepada semua keluarga mangsa bersabarlah pasti ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya.
No comments:
Post a Comment