Seorang penulis blog, Jumie Samsudin, adalah merupakan sahabat baik kepada Asmaa Aljuned, isteri kepada Pembantu Juruterbang Pertama MH17, Ahmad Hakimi Hanapi. Di dalam blognya, beliau menceritakan, tentang saat-saat terawal selepas MH17 ditembak jatuh. Jumie berada di sisi Asmaa di saat-saat kritikal untuk memberikan sokongan yang diperlukan.
Ini cerita beliau:
Aku dah bersiap nak tidok. Malam Jumaat. Laki pulak kerja, tak balik lagi. Aku pun baring depan TV. Biasanya aku akan terlena depan TV tunggu laki aku balik. And memang dah habit pun, kalau nak tidok suka mengadap TV sampai TV mengadap aku. Kalau TV ni makhluk yang hidup, aku rasa dia dah menyampah takmau duduk kat rumah aku. Aku check henfon aku, ada sikit notifications tapi aku abaikan. Aku just setting alarm bangun sahur esok.
Tapi aku sempat terbaca notifikasi ringkas dari aplikasi Astro Awani.
“Sebuah kapal terbang MAS terhempas di Ukrain. Kemungkinan ditembak oleh pengganas.”
Dengan secepat dan sepantas yang boleh, aku hantar mesej ringkas melalui Watsapp group yang aku join.
“TENGOK NEWS NOW. ADA KAPAL TERBANG KITA JATUH LAGI.”
Kimi love Asmaa 4ever
MIMPI NGERI
Aku tak ingat kat group mana yang aku hantar. Aku hantar ja kat mana mana yang duk active chatting. Aku teruih letak fon aku kat tepi dan sambung charger. Jam menunjukkan sekitar 11.30 pm. Laki aku pun balik kerja. Dia bawak sebungkus nasik kandar. Ini bukan baru nak berbuka puasa ka apa ka. Ini adalah SUPPER. Itulah satu lagi tabiat buruk anak Tangkak, Johor yang aku nikahi. Nak buat macam mana?
Suami duduk sebelah aku sambil memakan nasi kandar. Nasi lebih, ayam goreng, kuah tak berapa banyak. No sayur. No telur. Bau nasi kandar menusuk hidung aku. “Mau?” dia tanya. “TAK MAUUUU” aku jawab dengan bengis.
Muka aku duk asyik tengok TV!!!! Duk tengok Astro Awani. Seorang pembaca berita yang nampak amatlah tidak bersedia langsung, mata dia sembab, make up pun tak cover dengan betul. Maybe sebab semuanya last minute, dia tak ready apa pun. Dia duk cakaplah entah apa apa yang dia terpikiak secara spontan. Satu Malaysia nak tau apa yang jadi kepada sebuah lagi kapal terbang yang kali ini sah terhempas. Tapi cara penyampaian dia, memang amat menyedihkan.
Kalau dahulu, masa kejadian MH370, pada ketika menonton Astro Awani, aku duk nangis teresak-esak. Sedih kot!! Aku tak kenal sapa sapa pun dalam MH370, tapi depa semua manusia, depa orang Malaysia, ada juga orang Penang, apalah yang jadi kat depa?
Tapi kali ini, aku tak menangis langsung. AKU DUK MERATOIH DEPAN TV!! (Meratuih dalam Bahasa Penang maksudnya duk membebel).
“Apalah kerajaan kita ni? Security kita lagu mana ni? Awat depa duk buat lagu ni? Apa nak jadi kat kita ni? Abihla Melesia……kita nanti kena tembak anytime punya….mampuihla kita semua,” begitulah lebih kurang cara aku duk meratuih dengan baju kelawar aku.
Laki aku duk makan nasik kandar buat bodo saja. Dia dah biasa dah tengok aku lagu tu. Nasib dia macam TV kat rumah aku juga. Tapi dia baguih, buat masa ni, dia masih boleh tahan dengan style bini dia ni. Dia masih hidup dengan aku lagi.
“Aik dah nak tidok?” tanya suami aku bila dia nampak aku dah bangun nak naik bilik.
“Nak tidok la…tensyen ni semua……serrr….serrr…tak tau la apa nak jadi…..,mnhkjhkjhkgjhf kjhkjhi……..”begitulah aku duk merapu sambil berjalan naik ke atas. Yes, aku terus naik ke atas. Dan landing atas tilam yang empuk dan tidur. Telefon aku letak kat tepi katil.
Aku tidur lena takdak apa apa mimpi.
“Sayang…bangun…sahur….”suami aku mengejut aku. Jam menunjukkan pukul 5.15am. Aku macam malaih gila nak bangun sahur pagi tu. Selalunya aku tak makan pun, aku cuma bancuh air kopi dengan bancuhan colegen Glow Diamond. Kecantikan dari dalaman katanya. Memang baguih pun minum colegen ni. Bertenaga di bulan puasa. Tapi pagi tu aku malaih gilaaaaaaaaaaaaaa nak bangun.
Laki aku duk gerak banyak kali, tapi aku duk kata….”insat insat….lima minit….” lagu tu la aku tak bangun langsung. Sedak-sedak dah azan subuh. Jam menunjukkan pukul 6am. Aku pun bangun la buat-buat lembik. Laki aku dah takdak atas katil, dia ada kat bawah la tu. Aku capai telefon aku untuk tutup alarm snooze aku tu semua.
And aku pun baru baca notifikasi kat henfon aku.
Wassap aku ada 500 lebih mesej baru!!!!! (termasuk dengan mesej groupla) Wooo banyaknya. Dalam keadaan separuh sedar, mamun. Aku pun baca Wassap.
“Babe, u know the news already?”
“Jumie….hang jawab mesej aku okay”
“Jumie……betul ka tu Kimi Asmaa?”
Aku macam what?????? Kimi??? Asmaa? Asmaa kawan baik/musuh ketat aku dari form 3 kat sekolah Senjojes. Kimi ialah suami dia. Kimi seorang pilot. Pilot dengan MAS. Pilot yang memang bertugas untuk laluan antarabangsa.
Aku memberanikan diri buka mesej Wassap group kami (aku, Asmaa dan the gang). Aku baca mesej dari Nonie (dia punya mesej paling ataih sekali).
“Salam, Asmaa’ requested for us not to share in any social media that we are by any chance related to Kimi or Asmaa. She is trying her best to avoid the media but since it’s an international issue, the press is trying hard to get something from victim’s family for circulation purposes. All she and the victims’ family needs most at this moment is just some privacy and the du’as from everyone. Thank u.”
AKU TERUIHHH RASA MACAM BARU HABIS MARATHON 18KM!!!!
“Abanggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!” suara aku memecah suasana hening subuh kat rumah kampung yang hanya kami berdua yang duduk. Berdentam dentum bunyi kayu tangga dan lantai kayu memberikan petunjuk suami aku sedang bergegas ke bilik kami, kepada aku. Secepat mungkin dia mai kat aku….dia pegang tangan aku
“Awat….awat?” dia tanya.
“Abang……………….Kimi Asmaa……..” aku duk menangih dah macam Mak Bu Gila. Suara aku dah la garau diwaktu pagi.
“Awat…pasaipa….relakk….relak….”
“Kimi dalam flight semalam….yang dalam berita kita tengok tu…”
“Innalillah Hiwa Inna Ilai Hirojiun,” Khafi terus peluk aku. Aku duk nangis teresak-esak. Aku rasa laki aku pun nangis juga time tu. Dia memang kuat touching. Tapi tak tau la dia nangis ka tak. Sampai hari ni aku tak tanya kat dia.
“Sat…sat…nak call Aishah,” kata aku sambil mengelap muka yang basah. Aishah ialah kembar Asmaa.
“Hello Aishah…..”
“Helloo….haa….Jumie….” aku dengak suara Aishah aku teruih meraung. Aku tak tau apa aku cakap dengan dia. Tapi kata-kata Aishah memang tenang, firm dan jelas. Tapi aku rasa suara itulah yang paling berhantu yang aku pernah dengar setakat aku hidup 29 tahun ni. Tak perlu hilaian pontianak. Tapi suara tenang, firm dan jelas itu memberikan butiran yang mengesahkan yang sebuh mimpi paling buruk telah dan sedang berlaku kepada Asmaa, kepada dia, kepada kami.
Kami cakap pendek sahaja. Lepas letak phone. Aku duk nangis lagi.
“Abang….Ya nak pi kat Asmaa…..nak pi kat Asmaa,” aku meraung macam budak budak.
“Haa…boleh…boleh. Sayang telefon boss,”
Aku tak heran la waktu tu pukul berapa. Aku terus call boss aku.
“Hello Madam….” aku mulakan bicara dengan suara yang tenang. Aku cuba tak menangis.
“Yes Jumie…..”
“Madam……..did u read my SMS to you last night?”
“No sorry i did not read my dear,” suara boss aku sangatlah keibuan.
“Madam, another Malaysian plane crashed. In Ukraine. And one of the co-pilot is my best friend husband. May I ask your permission to take emergency leave today. I want to be with my best friend madam….” haaaaaaaaaaaaaa time ni aku dah menangih dah balik. Tak boleh tahan dah.
Boss aku benarkan aku untuk aku bercuti pada hari itu. Jumaat, 17 Julai 2014.
FLIGHT TERTUNDA
Khafi terus cargas amik beg dan menyiapkan baju-baju yang aku nak pakai and bawak ke Kuala Lumpur while aku membuat tempahan tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur. Tapi sebab masa tu dah 7am something, so the earliest flight yang aku boleh dapat adalah pukul 1250pm. Takpalah.
Beg dah siap. Aku bawak satu ja beg pack. Cukup pakaian untuk 3 hari. Tapi aku tak tau apa la yang laki aku pack kat aku. Aku bawak ni ja. Senang nak bergerak pi mana-mana. Takdak fensi mensi semua. I just want to be with Asmaa. Pukul 9.30am, kami keluar rumah. Before nak pi airport, aku nak pi jumpa mak aku dulu, Kak Edeh.
Kak Edeh ni memang sayang kat Asmaa Aishah. Bayangkan Asmaa Aishah memang dari kecik (sampai lani depa kecik) duk mai menyibuk kat rumah aku hari hari lepas balik sekolah. Bila lari dari sekolah pun, depa mai rumah aku. Mak aku memang dah anggap depa macam anak sendiri dah pun. Asmaa and Aishah kehilangan mak kandung depa masa umur depa 15 tahun, and sebab tu mak aku sangat sayang kat depa ni.
Aku jumpa Kak Edeh kat kantin sekolah St Xavier, mak aku pengusaha kantin sekolah.
“Mak tak boleh nak call Asmah la. Tak boleh,” kata mak aku. Suara dia sebak. Mulut dia macam ke bawah sikit. Sedikit bergetar. Menandakan dia mencuba sedaya upaya untuk tahan dari menangis.
“Mak jangan menangih kat sini. Nanti Jumie menangis jugak,” kata aku tegas. Aku buat muka garang.
“Takpa mak tak payah call Asmaa lagi. Kita jangan ganggu dia lagi,” pesan aku.
“Tapi mak hantar SMS kat dia tadi. Tak tau la dia dapat ka dak,” mak aku pun tunjuk henfon Nokia dia kat aku. Mak aku ni memang tak pandai pasai henfon ni semua. Tapi, memang baru dua tahun ni dia baru dah tau hantar SMS. Khafi yang ajar dia.
Aku pun baca mesej yang mak aku hantar “Salam takziah untuk Asmah dan keluarga. Mak Jumie.” standard SMS orang tua tua. Ringkas. Tapi sayu okay.
Lepas salam dengan mak aku. Aku dan Khafi berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Lepas check in apa semua bagai, aku duk baca wassap message dan apa bagai kat laman sosial. At this moment of time, Asmaa dan Aishah dah delete Facebook account depa.
Aku duk balaih mesej-mesej daripada kawan-kawan semua. Pada masa yang sama, aku draft satu mesej template memberitahu apa yang jadi dan hantar kepada semua rakan-rakan Senjojes kami kat Facebook dan Watsapp. Makluman itu juga lengkap dengan pesanan, harap jangan tulis apa-apa di laman sosial. Aku rasa itu adalah mesej kedua terpenting, yang paling penting adalah DOA UNTUK ASMAA KUAT.
Flight aku kena delayed untuk lebih kurang 30 minit. Membuatkan perasaan aku jadi lebih gundah gulana. Aku cuba cari gambar Asmaa or Abderahman yang aku simpan dalam henfon aku. Tak banyak. Ada la dua tiga. Tapi yang paling aku suka, gambar Abderahman sebelah kartun ikan. Gambar tu Kimi yang edit. Abderahman memang comei gila. Muka dia memang fotostet sebijik muka Kimi.
Last aku jumpa Abderahman and Asmaa, just dua minggu sebelum ni. Asmaa and Abderahman, Aishah and Imaan and Ezrin mai lepak kat rumah aku di Penang.
Abderahman baru 9 bulan. Tapi dia KUAT dan besar. Tak nampak macam 9 bulan. Sangat active. Tapi sangat senang dijaga. Dia tak merengek nangis nangis. Dia suka ketuk-ketuk. Pastu kalau kita tengok muka dia, dia mesti akan senyum. Budak ni memang bijak. Tapi, Abderahman tidak akan faham yang dia telah kehilangan insan yang paling terbaik dan terpaling penting dalam hidup dia sekarang. Ya Allah Ya Rabbi.
Dalam melankoli aku, tudung, kasut slipper, seluar hitam dan baju longgar, beg galas, sedar-sedar aku dah selamat landing kat KLIA. Aishah and Syaz mai jemput aku. Kami terus pergi ke bilik Hotel Sama Sama, MAS bagi bilik khas untuk Asmaa dan keluarga.
Aku sempat bersembang dengan Syaz, dia ni junior kami kat sekolah, tapi dia rapat dengan kami, tapi Syaz ni jugak ialah second cousin aku. Tok kami adik beradik.
“Awat hang tak call aku semalam?”
“Aku ingat hang tau….” jawab Syaz.
“Gila ampa ni serr. Aku pagi ni baru tau. Aku macam kena rasuk teruih,”
“Tulaa…sorry wehs. Tula pagi ni hang call aku, baru hang menangih. Aku bagitau kat depa ni, kita dah habih ayak mata….Jumie baru nak menangih….” kata Aishah. Aku rasa macam nak tendang Aishah sikit time tu.
Macam nila kami. Kami satu gang memang cakap kasar. Bukan style cakap KL KL I you I you ni semua. Kami lagu ni la. Hang maki aku. Aku maki hang. Kalau jumpa asyik lawan sapa boleh bagi malu kau kau. And selalunya Asmaa la paling terror bagi aku termalu. Sebab dia paling banyak ingat benda benda bodoh yang aku buat time sekolah dulu.
Dia paling sangat suka ungkit cerita aku contiang (conteng) meja aku kat sekolah dulu. “JUMIE LOVE ABANG. JUMIE LOVE ABANG” ABANG tu aku punya crush masa sekolah menengah. Dia budak satu kampung dengan aku. Aku punya conteng meja tu sampai PK HEM mai panggil aku. HAHAH celaka sungguh Asmaa ni. Banyak lagi kenangan bodo yang kami lalui dorang. Tak masuk lagi kejadian lari sekolah yang entah berapa ribu kali kami buat. Bukan sebab kami nak pi buat benda jahat apa ka, kami selalunya lari sekolah sebab nak pi makan puree (Indian food) dekat Hospital Besar Pulau Pinang dekat dengan sekolah kami. Asmaa memang funny gila.
Ya Allah macam mana nak jumpa Asmaa ni.
LEMBEK LEMAH KOSONG DAN AYAK MATA
Aku masuk bilik hotel tu. Hanya ada aku, Aishah, Syaz, Ezrin, Nonie…and there she is…Asmaa was lying down with her Abderahman on the bed. Asmaa tak tidur, dia duk menitiskan air mata. Bukan menangis. Tapi just sangat lembek, sangat lemah, kosong, ayak mata. Abderahman tidur nyenyak dalam pelukan Asmaa.
Aku tak terus berpusu-pusu nak peluk Asmaa ka apa ka. Aku bubuh beg aku kat tepi. Aku duduk sengap kat tepi. Kami semua sengap. Tak tau nak cakap apa. Aku pun jadi bodoh sat. Nak pi peluk Asmaa macam mana. Okay ka nak pi peluk dia? Dia bagi ka aku mai? Dia tau dak aku nak mai ni?
Tiba-tiba Asmaa buat eye contact kat aku. Dia teruih hulurkan tangan dia. Dia nak capai aku. Aku terus bangun dan peluk Asmaa. Kepala Asmaa tekap kat perut aku. Ya Allah, kuatkan kawan baik aku ni. Kuatkan aku jugak Ya Allah.
“Takpaa…..takpa…..” itula saja kata-kata yang paling selamat untuk aku cakap kat Asmaa. Aku tak menangis. Aku usap kepala Asmaa.
Beberapa jam pertama bersama Asmaa. Dia tak mau buat apa-apa. Even mandi dan makan pun dia tak mampu. Macam buruh paksa yang baru sahaja habis bina jambatan maut selama lima hari. Tak makan tak minum. Segala tenaga dalam diri Asmaa macam kena sedut keluar. Segala semangat yang ada dalam hati Asmaa dah macam kena vacuum. Aku rasa jiwa Asmaa pun dah terbang keluar dari jasad dia.
Kami yang ada dalam bilik tu memang tak tau nak buat apa. Kami takut, serba salah, kesian, sedih semua perasaan bercampur aduk macam rojak Pasembor Gurney. Tiba-tiba Asmaa sendiri bersuara,
“I need someone to talk to. Can I have session with a counselor or anyone,” suara Asmaa tenang. Asmaa pun terus menghubungi seorang pegawai liaison MAS yang ditugaskan khas untuk membantu dia. Nama dia Puan Niza.
Pada masa yang sama, aku jugak cepat-cepat hubungi kawan aku nama dia Kak PJ. Kak PJ atau Facebook dia P Jinn Lau. Dia seorang pegawai psikologi yang bertugas dengan Bukit Aman. Aku bagitau juga hasrat Asmaa. Aku bagitau Asmaa dah bagitau pihak MAS, tapi counselor tu tak mai pun lagi. Kak PJ dengan pantas memberikan respon kepada aku. Dia nak call aku, tapi aku mesej kat Kak PJ,
“Kak PJ. Boleh tak kita mesej-mesej sahaja dulu. Sebab I duk ada dengan Asmaa at the moment,”
Yes. Memang sepanjang tempoh aku ada dengan Asmaa, aku tak jawab apa apa call pun. Aku just WASSAP sahaja.
Makluman Kak PJ bahawa bantuan akan sampai secepat mungkin kepada Asmaa membuatkan hati aku sangat happy. Memang tak sampai beberapa minit, Puan Niza sampai kat bilik hotel kami dengan seorang wanita berjubah hitam dan bertudung bawal bunga-bunga kecik. Aku yang membantu untuk sambut mereka di pintu.
Dia hampiri Asmaa kat katil. Dia pegang tangan Asmaa. And depa mulakan sesi. Dalam keadaan berbisik. Aku tak dapat dengar langsung apa yang kakak tu cakap kat Asmaa. Tapi, macam satu mejik duk mai, Asmaa dari mengangguk, pastu pelan pelan dia bercakap dua tiga patah. Lepas tu, Asmaa teruih duk luah semuanya.
Satu pasai Asmaa kalau ampa nak tau, kalau dia emosi, dia akan cakap orang Putih. And ekspresi ayat Inggeris dia memang sedap dan menusuk kalbu. Aku masih ingat dua tiga ayat yang dia cakap kat kakak tu “He is the perfect husband and the perfect father that Abderahmahman could ever had….”
Aku terpaku. Aku tengok kat Nonie. Nonie yang sedang menetek Seth duk menangis style teruk punya!!!! Deni serrla. Aku amik Seth and aku dukung Seth sat. Tapi siriesly, dalam bilik itu. Kalau ampa dalam bilik itu. Kalau ampa sedang mendengar kata-kata yang keluar dalam mulut Asmaa. Ampa boleh ka tahan daripada tidak menangis? Ampa pun sudah dah suami kan? Ampa pun sudah ada anak kan?
Aku tengok kakak kaunselor tu. Dia tenang sahaja mendengar setiap kata-kata Asmaa dengan penuh empati. Dia tidak menangis lansung. Aku pun tak menangis. Aku tak mau menangis. SATU, sebab aku tak mau Nonie gelak kat aku. DUA, sebab aku nak jadi kuat untuk Asmaa. Aku mai sini bukan untuk menangis bersama Asmaa. Aku nak jadi tukang lap ayak mata Asmaa.
Selepas sesi kaunseling itu, Asmaa dah sedikit lebih hidup.
MAKAN PASIAK
Dia dah mau bercakap dan bersembang dengan kami. Kami nak kena paksa Asmaa makan pulak. Memang dia tak mau makan. Tapi dia kena makan sebab dia menyusu Abderahman. Kalau dia tak makan macam mana? Makcik dan pakcik dari keluarga Asmaa yang tinggal sekitar Kuala Lumpur mai hantar macam-macam makanan berbuka puasa untuk kami di hotel.
Tapi aku sangat respect dengan keluarga Asmaa. Depa semua ramai mai kat hotel. TAPI DEPA SEMUA TAK MASUK BILIK ASMAA. Depa semua duduk kat lobi dan standby sahaja. Kalau depa nak antar apa-apa, its somehow depa mai antar kat pintu sahaja or kami turun bawah dan amik kat depa. Depa tak mau ganggu Asmaa.
Kami bergilir suap nasi biryani ke mulut Asmaa.
“Aku tak mau makan….rasa macam pasiak……” kata Asmaa.
“Takpa. Makanla. Pasiak pun pasiakla. Hari ni kita semua makan pasiak dulu k,” aku memujuk Asmaa.
Telefon Asmaa tidak henti-henti bordering. Yes, Asmaa dah delete Facebook account dia buat sementera waktu ketika itu, tapi henfon dia tak boleh nak off. Sebab dia perlu membuat dan menerima panggilan penting dalam tempoh ini.
Siapa yang tak telefon dia? SATU DUNIA CUBA UNTUK CALL DIA. U name it. CNN. BBC. BERNAMA. Macam-macam. Aku rasa Saji pun mungkin akan cuba call Asmaa. Ampa tau tak macam mana no telefon Asmaa boleh dicapai oleh semua orang? Kerana ada satu makhluk Allah yang kurang akalnya, pi share senarai nama MAS Crew dalam MH17 melalui laman sosial. Yang terbaiknya adalah, pada senarai itu TERDAPAT NOMBOR TELEFON ASMAA DISEBELAH NAMA AHMAD HAKIMI BIN HANAPI, CO- PILOT dengan catatan WIFE.
And u knowlah kan? Once its on the internet it will be on the internet. Makhluk yang yang pi share benda ni pun, mungkin dia punya niat nak share senarai nama cabin crew tu. Tapi dia punya cuai, dia tak pi padam nombor telefon Asmaa tu dulu.
Inilah bahayanya kita senang lenang duk pi share apa-apa secara senang lenang tanpa memikiak secara panjang dan bijak sana. Aku sendiri dapat gambar senarai nama itu dalam Wassap group. Memang aku terkejut bila tengok no telefon Asmaa terpampang untuk tatapan dunia.
Asmaa terpaksa cancel semua call daripada pihak pihak yang tidak berkenaan especially wartawan kerana ini bukan masanya untuk bersoal jawab lagi. Benda ni berlaku tak sampai 24 jam lagi.
REMINISCING
Esok pagi, sesudah sahur dan subuh aku teruih mandi dan bersiap semua. Standby pakai jubah semua meletops. Dalam beg aku, laki aku pack, sehelai jubah, sehelai baju kurung, kain batik dan tuala kecik.
Esok pagi, sesudah sahur dan subuh aku teruih mandi dan bersiap semua. Standby pakai jubah semua meletops. Dalam beg aku, laki aku pack, sehelai jubah, sehelai baju kurung, kain batik dan tuala kecik.
Aishah tanya, awat hang ni subuh subuh dah mandi semua? Aku kata “Biakpila awat ang penyebok. Bukan hang kena bagi mandi aku pun,”
Sebenarnya, memang aku saja nak mandi semua siap awal-awal. Supaya kalau Asmaa ka sapa-sapa nak minta tolong apa-apa aku dah ready dah. Tak maula satgi adik beradik and saudara Asmaa mai bilik, aku style duk selekeh tak mandi lagi. Aku bukan bercuti kat sini. Aku mai untuk tolong Asmaa.
Asmaa seem to be more alive than yesterday. Bila dia tengok aku dah siap, dia pun kata kat aku “Jumie pun kita pi kat lounge kat luar tu. Aku nak jalan-jalan,” so kami pun pi dukung anak-anak semua.
Asmaa kata dia tidur lena semalam. Alhamdulillah. Takdak mimpi atau apa apa pun. Abderahman pun tidur sangat lena. So semasa kami di executive lounge, Abderahman and Imaan (anak perempuan Aishah yang sangat comel dan mempunyai bentuk rambut yang sangat unik) punyala eksaited pagi tu. Duk nak berjalan sana sini and of course seperti biasa Abderahman duk suka nak ketuk-ketuk apa sahaja yang dia suka ketuk.
Dalam kesibukan aku melayan budak budak ni, aku Nampak Asmaa mai kat kami dengan senaskah surat khabar.
“Asmaa…..hang boleh ka?” aku tanya sebab surat khabar itu penuh dengan berita dan gambar mengenai nahas MH17. And mungkin juga cerita mengenai Kimi yang Asmaa masih tidak ready untuk tatapi.
“Its okay Jumie. I have to. I have to.” Jawabnya sambal membelek setiap helaian surat khabar itu. Tidak lama lepas itu, Asmaa menitiskan air mata. Tapi sekali lagi, dia bukan menangis meraung, teresak-esak, tersedu sedan. Dia hanya tunjuk, menitiskan air mata. No sound at all. Even bunyi tarik hingus.
“Im just reminiscing the moments that I shared with him, that’s all. Don’t worry about me. I’m okay,”
Ya Allah. Memang perempuan ini sangat kuat. Maybe dia tak cakap secara lisan kat aku yang dia redha dengan segala ketentuan yang telah Allah beri kepada dia pada saat ini, tapi melihat Asmaa sekuat ini. Dia memang redha. Iman Asmaa sangat kuat. Asmaa tau, Kimi sekarang berada dengan Dia sekarang.
Hari kedua kami diminta untuk bertukar hotel. Kali ini di Hotel Putrajaya Shangri-La. Ketika proses pindah hotel ni, aku dan Asmaa terpisah. Aku dah check in masuk hotel semua dah. Asmaa pula macam mana ka kena pi berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak and Datin Seri Rosmah Mansor.
Abderahman steady ja buh tangan atas bahu PM. Gilaa cool!! Thanks Arafat bagi gambar ni.
NAGA SMAUG
Aku kat hotel duk sakik kepala migraine. Tak pasai-pasai aku migraine yang amat durjana. Oh ya. Aku memang ada migraine. Tapi aku tak suka pi klinik and kena injeksyen apa semua. Aku lagi suka minum ayak coke dan telan Panadol 2-4 bijik. Berlahak macam naga Hobbit Smaug pastu baru lega. Tapi migraine ni memang lain macam sakiknya. Aku telan diet coke dengan empat bijik Active Fast memang tak jadi apa pun. So aku pasrah main henfon aku.
And aku berhubung dengan sorang anak ayam aku nama Along. Esok (Ahad) aku dah nak kena balik Penang sebab Isnin aku dah kerja. Along tolong belikan tiket bus untuk aku balik. Aku minta tolong Along beli tiket awal pagi. Aku memang kalau boleh nak sampai Penang awal. So aku boleh rehat sat dan bertugas dengan jayanya pada hari Isnin.
Along pun dah belikan semua tiket. So cadangnya esok pagi Subuh, Along dan Rusdi akan amik aku dari Putrajaya dan bawa pergi stesen bas. Tapi malam itu, semasa sembang-sembang dengan Asmaa aku pun bagitaulah kat Asmaa.
“Wehs, esok bus aku pagi tau,”
“Pukui berapa?”
“8.15am”
“Gila. Awat awai sangat? Hang kerja hari Isnin pagi kan? Awat hang nak kena balik awai awai. Balik la lambat sikit,” Asmaa meninggikan suara dia. Dia memang macam furious sangat sebab aku nak balik awal. Tapi memang dia dah tau dah. Aku akan kena balik hari Ahad.
“Okay….sat sat. Aku balik petangla. Aku amik bus lepas buka posa macam tu?”
“Haaa okay…,” jawab Asmaa ringkas. Tapi dia tak tengok kat mata aku.
Aku pun terpaksa bersusah payah deal dengan Along melalui wassap mesej. Aku explain what happened. Aku cakap plan aku nak balik awal pagi tak jadi. Aku minta no akaun Along. Aku nak bayar duit tiket bus yang dia dah belikan.
“Akak….akak takpayahla bayar duit ni. Along memang dari awal dah niat nak tolong akak. Along tolong akak ni kira macam akak tolong Kak Asmaa juga. Along harap dapat tolong lebih dari ini, tapi harap akak sudi menerima pertolongan yang tak seberapa ni,”
Mesej dari Along ni memang membuatkan I olls rasa macam sayu sangat. Dalam keadaan macam ni, budi bicara seorang hati yang bernama manusia memang amatlah bermakna. Pertolongan yang dihulurkan tidak mengharap apa-apa balasan. Along ialah seorang bekas pelajar USM yang masih berhubung baik dengan I. Dia tidak pernah mengenali Asmaa kecuali daripada cerita-cerita I. Tapi bantuan yang diberikan memang membuatkan I rasa terharu.
I don’t have to explain panjang-panjang semua. Dia terima semua apa sebabnya.
HANYA UNTUK ASMAA
Aku mai sini, aku nak tolong Asmaa. Tugas aku adalah tukang teman, tukang kemas, tukang angkat, tukang peringat dan segala jenis tukang yang aku mampu tukangkan. My focus is Asmaa sahaja. Tapi pada masa yang sama aku cuba untuk menjadi gate keeper yang berhati mulia di hati antara Asmaa dan rakan-rakan lain yang sedang berusaha untuk mendapatkan a little bit of Asmaa.
Mana yang mampu, aku jawab. Yang mana tak mampu, aku hanya sandarkan sedikit harapan agar mereka faham. Tapi siriesly, dalam keadaan macam ni ada juga yang dalam mereka sedari membuatkan urusan aku sedikit terganggu.
Ada yang tertalu-talu menelefon aku dan expect aku jawab. Aku tak boleh nak jawab call telefon. What do you expect? Aku jawab panggilan hang dan sambil berdiri posing depan Asmaa dan aku pun menjawab segala soalan hang itu dengan nada selamba “Ha….Asmaa okay. Dia hari ni tak berapa lalu nak makan sangat. Tapi better sikit dari semalam. Anak dia pun okay,”
Ampa nak aku jawab call ampa depan Asmaa macam tu ka? Ataupun nak aku berlari-lari anak ke luar hotel semata-mata nak jawab call ampa. Lani aku nak tanya balik, sapa important kat sini. Asmaa or ampa?
Aku bukan nak marah and fire orang tak pasai-pasai. Nak bagitau mai sat kat ampa, aku duduk dengan Asmaa nak masuk 3 hari dah tu, 3 hari aku tak call dan dengar suara laki aku langsung. Everything mesej sahaja.
Aku sangat suka kawan-kawan yang bila depa tau ja pasai ni, depa balaih ringkas ja “Thanks Jumie. Kita sama sama doa okay. Kalau hang perlukan apa-apa bantuan, bagitau aku k,”
HAAAAAAAAA SENANGGGGGGGGGGGGGG!! Habih cerita. Memang ramai yang buat macam ni. Aku rasa amat tenang sangat.
INTEGRITI
Aku berhubung juga dengan seorang sahabat, ampa mesti kenai dia. Hilal Azmi. Dia adalah newscaster di Astro Awani.
Memang dari awal aku dah mesej dengan Hilal. Aku update semua aktiviti aku dengan Hilal sepanjang di sini dengan pesanan yang AMAT KERAS sejak awal lagi kepada beliau, “Kalau hang nak interview aku, aku tak mau. And please tolong jaga sat privacy Asmaa. Hang jangan duk buat apa-apa report pasai ni,”
Sebagai seorang journalis seperti Hilal, aku amat hormat integrity kerja yang dia pegang. Dia tak bukak langsung butiran tentang Asmaa. Di saat semua pihak sedang berusaha sekeras-kerasnya untuk mengejar headlines, Hilal lebih pentingkan ruang diperlukan dalam jiwa seorang insan bergelar manusia dalam situasi getir ini.
“Jumie, aku dah beli tiket kat hang. Butiran dia hang boleh check kat email k,” itulah mesej yang aku dapat dari Hilal. Tanpa aku minta apa-apa, dia terus beli tiket kapal terbang untuk aku balik ke Penang pada Ahad malam.
Ya Allah yang Rabbi. Aku sangat terharu. Ucapan terima kasih yang aku bagi kat dia rasanya amatlah terlalu kecik. Aku bagitau kat Asmaa yang aku akan pulang esok malam. Flight pukul 8.50pm. Asmaa tak tengok muka aku, tapi dia kata “Ha…okay okay,”
Hari Ahad pagi, seperti biasa aku dah siap sesudah subuh. Pagi itu, aku, Asmaa dan Abderahman berjalan-jalan keliling kawasan hotel ditemani oleh sahabat baik Kimi, Shahir. Shahir juga seorang juruterbang MAS. Aku seronok tengok Asmaa bersembang dengan Shahir. Dia sembang memang rambung gila. Dia sembang macam biasa. Dia sembang pasai hal-hal yang hal seperti property, kereta, dan segala macam hal hal yang disukai oleh Kimi.
Aku dapat rasa yang Asmaa mesti rasa macam sangat happy sebab dapat sembang dengan orang yang amat rapat dengan Kimi. Shahir dan Kimi memang close friend. Depa banyak kali fly sekali. Shahir ada banyak kenangan yang dia kongsi bersama Kimi.
KIMI SANGAT HEMSEM
Asmaa tak boleh sembang hal hal ni dengan aku. Sebab aku tak rapat sangat dengan Kimi. Kimi sangat hemsem. So biasalah, kalau orang yang hemsem-hemsem ni, kita secara otomatik akan jadi sopan bila depan depa kan? The only orang hemsem yang aku tak berapa sopan bila depan dia adalah Khafi. Kenangan aku dengan Kimi adalah sangat sedikit dan memang rasanya macam takdak apa langsung.
Kenangan paling besar antara aku dan Kimi adalah masa Asmaa dan Kimi mai rumah aku kat Ayer Itam, Penang. Depa mai amik aku dan Khafi pi makan Padang Brom. Naik BMW baru Kimi time tu. Tapi Asmaa yang bawak. Bayangkan perasaan aku dan Khafi kat belakang. Seorang manusia yang mempunyai nisbah size 1:1 dengan seekor Minion sedang mengendalikan sebuah motorcar besar berkuasa kuda. Aku ingat lagi, Kimi memang tak cakap banyak. Samala dengan Khafi. Khafi pun memang tak cakap banyak. So kami duk perli Kimi and Khafi time tu “Awat ampa dua tak bercakap. Ampa dorang duk Bluetooth ka?”
Ampa faham tak lawak IQ tinggi kami.
Sampailah waktu petang. Lebih kurang jam 4.00 petang. Aku pun dah nak bersiap untuk balik ke Penang. Beg semua aku dah kemas. Nak mandi and bersiap. At 5.30pm, anak ayam aku Fazli and Mijan nak mai amik, bawak buka posa dan terus check in kat flight.
Masa aku tengah bersiap, aku pun cakap kat Asmaa yang sedang bergegas nak ke Dewan Persidangan kat dalam hotel tu juga, sebab nak jumpa dengan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, “Wehs…jom salam siap siap. Aku nak balik dah satgi,”
“Ala….aku pi jumpa menteri sat ja. Satgi aku balik,” jawab Asmaa pantas and terus keluar bilik bersama Abderahman and adik ipar dia. Aku ni pun ingat takdak apa la. Kepala otak duk ingat nak balik dah. Duk pikiak satgi nak masuk KLIA 2 yang aku tak pernah sampai. Lepas aku dah bersiap, aku dapat mesej daripada Fazli dan Mijan yang dah ready kat car park. Before i leave, I wanna meet Asmaa first. So i went to the Dewan Persidangan.
Ramai pegawai MAS dan pihak kementerian yang duk standby di depan pintu masuk dewan. Bukan semua orang boleh senang masuk ke dalam perjumpaan ini. Especially wartawan. Tapi mungkin ramai pegawai MAS dah familiar dengan muka aku yang duk ada dengan Asmaa, so depa bagi aku masuk. Aku pun duduk kat kerusi paling belakang kat dewan tu. Asmaa duduk sebelah Menteri. Dia nampak aku. Teruih dia bangun dan duduk sebelah aku.
“Wehs hang nak balik ka?”
“Ha la…kawan aku dah mai,”
“Kalau hang balik….semua orang dah tinggal aku. Aku sorang-sorang,” penyataan Asmaa membuatkan tangan aku menggeletar. Ayak mata Asmaa bergenang. Muka dia yang putih melepak tu dah jadi warna pink. Lutut aku bergetar.
KALAU HANG BALIK…SEMUA ORANG DAH TINGGAL AKU
Aku terus tunduk ke lantai dan tengok pada handphone aku.
“Okay okay…insat insat…..”
Aku tak tau nak kata apa dah. Aku terus keluar dari dewan. Aku called Nonie.
“Nonie….Asmaa tak bagi aku balik….macam mana…..” aku menangis teruih. Nonie pun jadi panic dengar suara aku menangis.
Aku call Kak PJ.
“Kak PJ. I have to go back. Its not Im leaving her forever. I cannot make decision,” aku duk mengadu kat Kak PJ sambil menangis teresak-esak. Memang aku tak boleh tahan langsung. Aku tak mau orang tengok aku nangis. Aku duk berdiri menghadap dinding. Aku rasa lepas tu, beberapa pegawai MAS nampak aku sedang menangis sambil cakap telefon. Depa mendekati aku.
Ada yang cuba tenangkan aku dengan cuba meletakkan tangan kat bahu aku. Aku ingat, aku tepis tangan dia. Bukan sebab aku tak selesa dia peluk aku. If i can hug just anyone…i will hug! Tapi aku tak mau peluk sebab aku tak mau bagi Asmaa tengok aku dalam keadaan lemah macam tu. Shahir dan Redza, kawan baik Kimi pun mai kat aku. Depa pun duk tanya kenapa kenapa.
Aku dengan duk menangis tak cukup nafas. Aku menangis bukan sebab aku sedih. Tapi aku dalam dilema. Aku tak tau macam mana nak buat keputusan. Aku nak kena call sapa dulu? Sapa boleh tolong aku? Aku rasa sangat toya. Adakah aku seorang yang toya kerana meninggalkan kawan baik aku dalam keadaan macam ni. Oh toyanya aku rasa.
Tiba-tiba Asmaa pendek ni mai berdiri tepi aku lagi macam seorang yang amat garang.
“Hang call boss hang, mai aku cakap dengan boss hang,”
“Takpa….takpa…..sat…sat…” jawab aku sambil beredar jauh sikit dari Asmaa. Di belakang aku, aku dengar macam Asmaa duk meratoih apa la kat orang lain. Dari jauh aku duk dengar dia “How could she leave me at this moment of time!!” betul ka Asmaa kata macam tu aku pun tak tau. Sampai lani aku tak tanya kat Asmaa pasai benda ni.
“Hello Madam,” aku called boss aku lagi. Dalam tangisan teresak-esak aku cerita semua kat Madam.
“My dear. Please take a long breath. Be calm….Dont worry Jumie. U need to be with her. So stay with her okay. But please take care of yourself,” itulah kata-kata dari boss aku. Ya Allah perempuan ini memang sangat baik. Aku bertugas bawah boss aku ni tak sampai setahun pun lagi. Tapi dia memang banyak tolong aku. Dia tau banyak cerita aku.
Lepas letak fon dengan Madam. Aku pun lap muka aku dengan tudung. Aku pi kat Asmaa yang sedang berdiri menanti bersama keluarga Kimi.
“Asmaa, aku tak jadi balik. Boss aku bagi aku stay,”
“Haa okay, aku nak pi buka posa kat rumah Kimi tau,” jawab Asmaa.
“Okay, wehs aku pi buka posa dengan kawan aku boleh? Depa duk tunggu aku dari tadi,”
“Haa pi la…malam ni kita jumpa,”
Tu ja percakapan ringkas kami. Hampa faham dak kami dorang ni style lagu mana lani? Kami takdak nak mushi-mushi peluk cium drama #BFF taik kucing semua. Asmaa pun beredar dengan keluarga Kimi.
Aku duk lap ayak mata aku lagi. Shahir duk berdiri depan aku, “Jumie. Im happy u stay. I suka u ada dengan Asmaa,” Shahir ni duk bagi aku lagi touching pulak. Okay dah dah. Aku pun telefon Fazli dan Mijan. Suruh depa amik aku kat depan lobby.
FAZLI DAN MIJAN
Dengan rasa bersalah aku pun masuk dalam kereta Fazli. Depa tunggu aku duk berdrama semua lebih kurang sejam dah.
“Wehs mak ayam…………………….awat hang pakai tudung?” exclaimed Fazli. Oh yes, sejak first aku keluar rumah tu, aku pakai tudung siap siap. Aku rasa macam better aku pakai siap-siap. Aku tak tau aku nak kena pi mana-mana ja nanti. Kalau nak kena pi masjid ka apa ka, semua dah ready kan?
“Mak tak bawak hairdryer semua apa nyah. Macam mana nak buat rambut kepok-kepok semua bagai. Pakai tudung bawal ni ja. Senang. Adijuma gitu,” kata aku kepada Fazli dan Mijan. Tapi jawapan aku itu dibalas dengan pandangan sinis. Celaka sungguh dua anak ayam aku ni.
“Hang jadi balik ka ni?” tanya Fazli.
“Tak jadi. Dont ask,” jawabku.
“Okay. Mak ayam!! Jom kita pi bukak posa. Tapi aku tak mau tanya dan aku tak mau tau apa apa pasai MH17, MH370 atau apa apa MH ni semua. Aku tau dah hang bergelumang pasai semua ni dah berapa hari. Lani kita cakap pasai benda lain okay. Hang kena relaks otak hang,” kata Fazli dengan gaya tangan lentik dia semua.
Aku senyum kecil sampai memandang ke aras tingkap. Ya Allah, Fazli memang pondan celaka. Tapi tak sangka hati dia sangat angels. Dia bagi aku ruang yang aku tak pernah terfikir aku perlukan. Malam tu kami pun berbuka puasa di sekitar Alamanda.
The first person aku nak kena bagitau yang aku tak jadi balik ialah Hilal.
“Hilal. Im so so sorry. Aku tak jadi balik. Asmaa tak bagi aku balik,” aku tulis mesej kat Hilal.
Long pause from Hilal. Dah lama lepas tu. Aku dapat mesej dari Hilal.
“DAH AGAK!”
Tapi Hilal pun sama macam Along. Dia tak bagi aku bayar apa-apa pun. Dia kata dia nak tolong aku, tolong Asmaa. Period.
Sampai dah nak dekat Isya dah apa semua punya duk happy enjoi dengan Fazli and Mijan. Baru aku teringat nak call laki aku!! Ya Allah. Laki aku tak tau yang aku tak jadi balik.
“Abang, Ya tak jadi balik tau,”
“Yaka. Boss tau tak? Dia bagi ka?”
“Semua settel dah. Takpala. Nanti Ya call abang. Lani ya nak pi balik hotel dah,” kata aku cuba nak cepatkan tamatkan perbualan telefon kami.
“HEY! SAT! SAT!” suara laki aku tinggi. Aku terdiam sat.
“Hang cerita semua kat aku. Aku nak tau. Aku tak kisah. Kita kena buang kerja pun takpa. Kita kena ada dengan Asmaa. Asmaa perlukan kita. Aku tau apa yang Asmaa rasa. Aku dah lalui. Lani hang tolong cerita semua apa jadi kat sana. Aku nak tau saja,” suara En. Khafi sayu. Aku tau dah. Dia duk nangis la tu. Laki aku memang touching.
Ya Allah. Ampa semua mesti tau kan, tahun lepas. Khafi kehilangan ibunya yang tersayang. Sehari sebelum hari raya. And mungkin luka yang Khafi lalui berlainan dengan luka yang Asmaa kena. Tapi luka tetap luka. Nanah tetap nanah. Sakit tetap sakit.
Aku tarik nafas panjang dan cerita A- Z semua yang jadi kat sini. Khafi dengar dengan tenang.
“Takpa. Lani hang duduk sana. Jaga Asmaa. Jaga diri hang. Esok call boss hang. Kalau boleh minta tolong Asmaa call and cakap dengan Madam. Apa-apa nanti bagitau kat Abang,”
Aku kembali ke hotel lebih kurang pukul 9.20 pm. Memang agak lewat. Sebab aku duk sembang dengan Khafi semua. Sampai kat bilik, Asmaa dah tidur. Aku pun mandi apa semua dan baring kat tepi katil. Aku pun tidor.
Esok pagi, lepas sahur dan Subuh, aku pun nak mandi. Asmaa pun dah bangun.
“Wehs hang jangan la mandi awai-awai. Relak la…….” kata Asmaa.
So aku pun lepak sebelah katil. Kami pun sembang panjang. Sepanjang 3 hari kami bersama. Aku tak tau langsung cerita apa jadi kat Asmaa. Macam mana dia dapat the news. Sapa dia call dulu. Bukan aku ja, Aishah sendiri pun tak tau. Kami semua tak tau nak tanya kat Asmaa semua macam mana. Soalan-soalan yang satu dunia teringan nak tau tentang Asmaa dan Kimi, soalan-soalan yang satu dunia teringin nak tanya kat Asmaa tentang Kimi, semua soalan itu langsung tidak terlintas dalam hati dan kepala otak kami.
Aku rasa kejadian semalam, drama Sepanyol kami dorang. Maybe Asmaa macam baru sedak yang selama berapa hari aku ada dengan dia, dia tak spend time pun sangat dengan aku. Bukannya aku nak balik tu sebab merajuk Asmaa tak layan aku…Its not like that. Tapi pagi tu, aku dan Asmaa sembang panjang gila pasai Kimi.
Asmaa tunjuk macam-macam gambar personal Kimi and Abderahman dalam henfon dia. Yang dia tak bubuh kat Instagram.
Ya Allah, Kimi memang sangat sayang pada Abderahman. Bayangkan, kalau berjalan, tak payah bawak stroller pun sebab dia sanggup dukung dan pegang Abderahman ke mana-mana. Pastu, Asmaa tunjuk aku satu video.
“Masa ni Abderahman tak boleh tidur. Dia cranky pasai pa tak tau. So Kimi dukung anak dia ni…..hang tengok ni,”
Asmaa pun play video tu.
Nampak kelibat Kimi yang tinggi lampai dalam video tu. Dia dukung Abderahman. Tak nampak muka Kimi sangat sebab cahaya lampu tidur agak malap. Dalam video itu, terdengar suara Kimi sayu dan perlahan mendodoikan zikir Hasbi Rabbi kepada anaknya.
“Hasbi rabbi….Jallallah…hasbi rabbi ghairullah…mafi qalbi…ghairullah….”
Aku pegang paha Asmaa. Aku menangis teruih. Gila sapa boleh TAHAN?? Itulah antara video yang Asmaa share dengan aku. Ada juga video Kimi bagi Abderahman mandi, Kimi potong rambut Abderahman. Kimi dukung Abderahman sebelah tangan sambil sebelah tangan duk buat kerja kat computer. Kiranya kalau Kimi kat rumah (not flying), dia pegang anak dia 24/7. Makan bersama, buat kerja bersama, main bersama, tidur bersama.
Memang seronok bersembang dengan Asmaa time tu. Masa kami duk sembang dorang tu, aku tanya kat Asmaa
“Wehs Asmaa. Hang boleh dak call Boss aku. Cakap dengan dia,”
“Haaa boleh!! Mai mai!!” Asmaa muka eksaited. Masa aku duk mesej and try nak call Madam, Asmaa duk kata kat aku
“Aku nak pujuk suruh dia bagi hang duduk dengan aku sampai raya,” kata Asmaa. Deni gila.
Aku dapat cakap dengan Madam. Aku bagitau kat Madam yang Asmaa nak cakap dengan dia. Madam pun kata “Sure…sure…..”
Asmaa pun amik fon dan terus pergi ke balkoni. Gitu nak cakap dengan boss aku kena berprivesi bagai. Tapi aku dengar ayat pertama dia sahaja. “Hello Madam. Thank you so much for letting your staff to be with me. I really need her right now,”
Masa tu suasana jadi SAHDU sat. Asmaa beredar ke balkoni. Aku berikan dia ruang. Lepas 2 minit macam tu, dia masuk balik bilik. Sambil membuat posing ganas, dia pass balik fon aku sambil berkata
“Boss hang kata, hang dah kena buang kerja. So hang duduk dengan aku sampai bila bila. HAHAHAHA,”
“SIYE,” kata aku kat perempuan gila tu.
Tak lama lepas tu, aku dapat mesej daripada boss aku.
“Jumie please stay with her till Tuesday. That is the least thing we can do,”
STAYING ALIVE
Hari Sabtu itu, Asmaa memang sangat ceria. Asmaa buat macam-macam lawak jenaka dengan aku. Aku rasa macam inilah Asmaa normal (justifikasi normal adalah subjektif) yang aku kenal. Masa aku tengah mandi, Asmaa duk main suis lampu toilet sambil menyanyi “HAAAA HAAA HAAA HAAA HAAA STAYING ALIVE….HA HAAA HAAA STAYING ALLLLIIIIIIIVEEEEEE AAIVVVVV” #discolight
Sebelum ini, aku pernah luahkan perasaan aku kat Khafi. Aku kata, sebenarnya aku sangat jeles bila tengok selepas kawen ni, Asmaa lebih rapat dengan Nonie tak elok tu, Shaanaz and Diyana Tajul.
Memang aku amat jeles sebab aku sayang kat Asmaa. Tapi aku simpan dalam hati saja. Dulu kami punya rapat macam mana kan. Maybe sebab kami sama-sama dah dewasa. Asmaa lani more spiritual. Aku pulak tiba tiba jadi more pondan. Bukan kita tak sehaluan dah. Cuma….jadi macam jauh sikit. Asmaa pulak dah mengandung dan beranak, sama dengan Nonie, Shanaz and Diyana semua. Aku ni takdak apa nak share pasai mengandung dan anak-anak ni.
Aku duk ingat aku dah hilang Asmaa. Aku duk ingat Asmaa dah tak perlukan aku. Tapi tak. Aku tak sangka, dalam ramai-ramai kawan. Asmaa nak ada dengan aku.
Tengahari itu, Hilal Azmi mai jumpa aku kat lobi hotel. Depan pintu masuk utama lobi hotel, nenjia pihak hotel letak notis punya besar terang dan nyata. NO PRESS ARE ALLOWED. Hilal nervous nak mai jumpa aku. Dia takut nanti kena sekat ka apa ka. Security memang ketat gila.
Selepas apa yang terjadi kepada tragedi MH370, MAS lebih bersedia untuk menghadapi dan meng-handle krisis seperti ini. Pengawal keselamatan MAS ditugaskan di pintu masuk utama hotel kami menginap. Depa akan tapis dan memberitahu pegawai liaison yang berkenaan mengenai setiap pelawat yang datang masuk ke hotel untuk memastikan agar hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang dibenarkan sahaja boleh melawat keluarga mangsa. Prosedur memang ketat.
So aku pi tunggu siap-siap kat lobby. Tapi bila pengawal tengok aku dengan Hilal, depa tak tanya apa-apa.
“Hilal…aku nak peluk hang boleh dak?” tanya aku bila first jumpa Hilal.
“Wehs aku memang nak peluk hang,” aku pun peluk Hilal. Kami pun bersembang panjang. Almost sejam juga. Aku cerita apa yang Asmaa alami especially butiran tentang betapa pentingnya untuk berikan ruang yang secukup-cukupnya untuk Asmaa.
“Hilal. Thank you so much sebab hang tak open langsung cerita pasai Asmaa,” siriesly. Nak ikutkan connection Hilal dengan aku adalah sangat epic kot. Tapi Hilal tak amik advantage pun atas kejadian ini. Tapi ada juga orang yang tak jumpa Kimi 12 tahun tiba tiba mengaku dia kawan Kimi dan sanggup share gambar dia dengan Kimi zaman sekolah semua dengan pihak media.
“Wehs. Takdak apa la. Hang tau dak. Memang ramai orang duk cari Asmaa. Memang Asmaa sorang yang takdak sapa dapat contact dia. Aku pun buat sengap ja kat office,” jawab Hilal. Memang seronok dapat cakap dengan Hilal hari tu. Dia ni dah la hemsem. (I love Khafi I love Khafi)
“Hilal. Kalau hang boleh tolong sebarkan mesej ini lagi baguih. Bagitau kat orang awam semua, tolong bagi ruang kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi ini. Benda ni terlalu sensitif,” itulah pesanan aku kat Hilal.
Malam itu aku dapat mesej dari Hilal. Dia bagi link artikel yang dia publish selepas jumpa dengan aku tengah hari tadi. Ampa boleh baca kat sini : Ahli keluarga mangsa MH17 rayu diberi ruang untuk bertenang
Aku share link ini dengan Asmaa. Masa tu hati aku macam nervous jugak. Dia okay ka? Satgi dia tak suka pula apa yang Hilal tulis. Tapi after reading the article. Asmaa bagi komen ringkas
“Inilah artikel yang paling betul aku baca sepanjang kejadian ni,”
AKU BALIK PENANG
Hari Ahad, kebetulan. Kami semua tak boleh puasa. HAHAHA. Ini hari terakhir aku nak balik ke Penang. Masuk tengahari. Aku dan Aishah membuat pakatan jahat. Kami call room service. Kami order makan tengahari yang sangat banyak. Aku order nasi goreng, char hor fun, seafood platter, pizza dan untuk Asmaa, nasi putih dengan sup tulang!
Makanan sampai. Kami berempat makan gila babi dalam bilik hotel. Ini first time aku tengok Asmaa makan dengan lahapnya. Im soooo happy for her!! Lepas bersiap, aku pun salam dengan Asmaa semua. Aku nak balik. Flight aku pukul 6.20pm. Aku akan sampai Penang exactly beberapa minit sebelum buka puasa.
Dalam keadaan kelang kabut sebab aku nak amik train sahaja pi KLIA. Asmaa nampak okay. Dia benarkan aku balik this time.
“Jumie…nanti kalau Kimi sampai sini. Hang janji mai kat aku k?”
“Okay aku janji,” aku kata kat Asmaa. Insya Allah.
Sebelum aku keluar hotel. Kakak Asmaa, Khairiyah mai kat aku. Dia salam dengan aku dan dia hulurkan aku sesuatu kat tangan. Aku tengok. Dia bagi aku duit.
“Khairiyah. Apa ni. Tak maula…..”
“Takpalah Jumie amikla. Khairiyah takdak apa nak bagi,”
Aku tengok muka Khairiyah. Aku nak nangis dah lagi. ARGHSSSHHRRSSSS. Aku tak mau argue dengan Khairiyah lagi. Satgi dia nampak muka aku.
“Terima kasih Khairiyah,”
Aku pun belah. Actually aku dah macam dah lewat dah nak pi train station. Nak pi KLIA lagi. Dengan baju yang sama aku pakai masa mai hari tu. Dengan tudung bawal. Aku berlari dalam perjalanan aku. Kalau terlepas flight ni macam mana pulak. Tapi alhamdulillah, aku sempat masuk kapal terbang aku semua. Kali ini, Nonie dan Shahir tolong beli flight kat aku. Insat kalau aku ada rezeki lepas ni aku nak bayak balik kat depa. Jugak untuk Hilal dan Along. Kalau ada rezeki aku nak bayak balik kat depa ni semua.
PENANG TOUCH DOWN
Aku selamat sampai Penang. Aku check in dalam Facebook. Orang semua mesti pelik. Sebab aku, sebagai seorang DUTA FESBUK TIDAK RASMI DAN BLOGGER PICISAN tidak update apa-apa pun kat laman sosial aku. Tapi aku ada check in kat Alamanda dan aku check in kat Airport Penang. Orang mesti duk ingat i pi berjalan. Ada juga orang duk ingat i pi shopping kat Alamanda sempena raya.
Khafi mai amik aku kat airport. Masuk ja kereta. Aku kata kat Khafi,
“Abang jom pi Queensbay,”
“Buat apa?”
“Pila buat apa pun….bukak posa kat Sushi ka….Pi Habib ka tengok barang emaih,” kata aku berseloroh.
Khafi terus memandu. Pastu dia marah aku
“Hang ni pasaipa. Gila ka? Dah la baru balik. Dah nak pi Queensbay dah. Balik la rumah dulu. Rehat-rehat apa semua,” marah Khafi dengan garangnya. Muka dia siries.
Pastu aku tak tau pasaipa. Aku menangis. Aku menangis style teresak-esak punya.
“Abang! Ya penat tau tak. Abang tak tau berapa hari Ya duduk dengan Asmaa. Hari hari Ya tengok Asmaa. Asmaa makan. Asmaa tidok. Asmaa tengok gambar Kimi. Asmaa menangis. Asmaa sedih. Tengok Abderahman. Abang tau dak sedih dia macam mana. Ya tensyen gila. Kat sana Ya kena kuat. Ya tak boleh nak menangih. Ya kena kuat. Ya duk tahan berapa hari. Salah ka Ya nak pi Queensbay ja pun. Bukan buat apa. Yang tu pun susah ka nak mintak,”
Aku menangis teresak-esak punya. Aku pun tak tau pasaipa aku macam ni. Macam budak budak yang manja gila. Aku macam budak budak yang duk minta perhatian. Aku minta perhatian dari laki aku. Khafi berhenti kereta kat area Tokong Ular. Dia pegang tangan aku. Dia pujuk aku. Dia kata sorry dan pujuk aku untuk balik rumah dulu. Dia kata, nanti lepas aku dah hilang penat semua dia bawak aku pi makan Sushi. Aku memang suka makan Sushi. Bila makan Sushi muka aku akan bersinar-sinar. Dia tau.
Khafi cium tangan aku.
Aku rasa, aku jadi macam ni sebab aku rindu kat Khafi. Aku rindu Khafi beribu ribu persen. Dan dalam keadaan macam ni, aku syukur sebab aku masih ada Khafi dengan aku. Khafi boleh pujuk aku. Khafi boleh cium aku. Khafi boleh peluk aku. Khafi boleh sayang aku. Syukur Alhamdulillah, aku boleh bercakap dengan Khafi. Aku boleh tengok Khafi lagi. Syukur, aku masih ada suami aku.
Oh ya, ampa lani duk kemaruk layan Zul Ariffin kat drama Rindu Awak 200% kan?
Asmaa sekarang sangat rindu kat Kimi. Dan rindu Asmaa untuk Hakimi, lagi berjuta juta persen. Hanya Dia yang tahu.
The end.
Ini beberapa gambar kenangan kami.
Terima kasih sebab sudi baca cerita kecik aku ini. Hari ini, 22 Ogos 2014, kita bersama berkabung. Bersamalah kita sedekahkan Alfatihah untuk Kimi dan semua yang terkorban dalam MH17.
Inilah sahaja cerita kecik yang aku nak kongsikan dengan ampa semua. Banyak yang aku pelajari dalam tragedi ini. Frasa ‘dunia ini hanya pinjaman’ betul betul kena setempek kat muka aku. Rasa macam satu cop bara api besi ditekap kat dahi aku. Cop bara api ni terus tinggalkan satu parut besar kat dahi aku. Tiap tiap hari, tengok muka kat cermin. Aku akan ingat. Itulah yang aku rasa. Cerita kecik aku ini boleh terjadi kat sapa-sapa sahaja, tapi Allah dah tetapkan benda ni jadi kat aku.
Ucapan terima kasih sebanyak-banyaknya untuk semua kawan-kawan jauh dan dekat yang tolong aku dan Asmaa. Yang tolong dengar luahan hati, yang bagi sumbangan kewangan, yang tolong sampaikan khabar, yang banyak memberi tapi tak mengharap apa apa balasan, yang memberi sokongan, yang memberikan ruang, yang memahami, yang tidak lupa bertanya khabar, yang bagi kata-kata semangat. Dan yang tak henti henti berdoa. HANYA ALLAH yang boleh balas balik jasa baik ampa semua.
Love,
Jumie Samsudin
#ItsOkayAllahAda
Jumie Samsudin
#ItsOkayAllahAda
ulasan menarik
ReplyDelete