Wednesday, April 30, 2014

5 REAKSI OBAMA MAKAN BUDU KELANTAN !



Dalam menanti kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan pertama ke Malaysia selama tiga hari ini, kita tanyakan kepada para pembaca, apa yang anda ingin melihat Presiden Obama mencuba semasa berada di Kuala Lumpur. Semestinya bukan perkara yang boleh didapati di negara Asia lain dan menariknya jawapan yang diberikan adalah ramai ingin melihat Presiden Obama makan budu!

Mereka yang berasal dari negeri Kelantan mesti bangga dengan hasil survey ini.

Kami tidak pasti seandainya makan malam yang bakal dihadiri Obama malam ini akan menghidangkan budu (yalah, takut sakit perut pula warga Amerika Syarikat), tetapi kita fikirkan sendiri bagaimana rupanya reaksi yang pasti diberikan Presiden Obama jika dihidangkan budu.

"I love Malaysian food. Of course I'll try!"





Tuesday, April 29, 2014

MH 370 ~ Akhirnya Jawapan Pasti Timbul…!

Hari ini adik ipar Amerika si PM Australia mengumumkan la bahawa…

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Isnin mengakui bahawa 'kemungkinan besar' tiada sebarang serpihan daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan ditemui.Bagaimanapun beliau mengumumkan usaha carian dalam air akan dilakukan dengan lebih intensif.

"Saya kini perlu mengatakan kepada anda bahawa ia adalah sangat tidak mungkin pada peringkat ini kita akan menjumpai apa-apa serpihan MH370 di permukaan laut," katanya pada Isnin.

Dah hampir 50 hari terus tak nampak batang hidung kapal terbang MH370, yang sebok dicari bijik hitam yang entah dimana, namun kenyataan Tun M dibawah ini merupakan jawapan kepada banyak persoalan yang sering kita lontarkan..! 

Itu sebab tulisan dalam bahasa Inggeris nya telah di 'block' oleh puak iblis ni..!

layan

KREDIT UNTUK FB SAYA SAYANG TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD

MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut 'dilumpuhkan' (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah 'dilumpuhkan' (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah 'dilumpuhkan' sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut bertanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS telah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah berkelakuan luar dari kebiasaan. Siapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation.

Pesawat Ringan Terhempas Di Pengkalan Chepa, Jurutebang Pelatih Terselamat

piper-warrior-terhempas-pengkalan-chepa (1)

Pengkalan Chepa – Sebuah pesawat ringan jenis Piper Warrior II milik syarikat latihan penerbangan Asia Pasific Flight Training (APFT) terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu pada tengah hari Isnin.
Seorang juruterbang pelatih yang menerbangkan pesawat itu secara solo bagaimanapun terselamat.
Mangsa, Shangkar a/l Muthoo, 20, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan patah kaki kanan.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu apabila mangsa dipercayai cuba melakukan pendarat cemas berikutan pesawat mengalami masalah mekanikal.
Juruterbang tersebut kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
piper-warrior-terhempas-pengkalan-chepa (2)

piper-warrior-terhempas-pengkalan-chepa (3)
p/s- banyak pulak kes kapal terbang terhempas ni lepas Mh370 

Adam dan Fiza sah bercerai talak satu

Adam dan Fiza sah bercerai talak satu

SHAH ALAM: Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Adam dan isterinya, bekas ahli kumpulan Elite, Fiza akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi. 

Lafaz talak itu dibuat Adam atau nama sebenarnya, Mohd Aizam Mat Saman, 31, terhadap Fiza di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi pada jam 1.05 petang. 

Sebelum prosiding bermula, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, memohon kepada mahkamah untuk mengadakan perbicaraan tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum. 

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.
P/s-kalau sudah tiada jodoh...nak buat mcmn..

MH370: Dr Mahathir isytihar tak mau lagi naik pesawat Boeing

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak mahu terbang menggunakan pesawat buatan Boeing melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan.
Beliau merujuk kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) Mac lalu yang menjadi misteri sehingga kini.
Dalam tulisan terbaru di blog peribadinya, chedet.cc, kata Dr Mahathir, sebagai pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri tersebut dan mempertahankan MAS yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak, mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan di atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.
“Saya sangat kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” tulis Dr Mahathir dalam blognya Jumaat.
“Saya kecewa kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat tersebut berpunca daripada pengeluarnya, Boeing.”
MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing petang Khamis lalu.
Insiden tersebut tercetus ekoran ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.
MH370 hilang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas, dan tiada sebarang isyarat kecemasan atau amaran diterima Menara Kawalan Udara.
Teori alat pengesan dimatikan sendiri oleh individu dalam pesawat MH370 diperkatakan sejak awal kehilangan, bagaimanapun Dr Mahathir membidas Boeing kerana mengeluarkan sebuah pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya daripada dikesan.
“Bagaimana Boeing boleh mengeluarkan pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya?” katanya.
“Boeing mesti jelaskan mengapa semua alat pengesan pesawat boleh dilumpuhkan, boleh gagal.
“Sama ada teknologinya sangat lemah atau tidak selamat. Saya tidak akan terbang dengan menggunakan pesawat Boeing lagi melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengulangi kehairanannya dan berkata mustahil MH370 hilang secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan dengan teknologi dan satelit canggih yang dimiliki ketika ini.

mahathir-tambak-johor
“Saya percaya terdapat peralatan dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan, mungkin dengan GPS (Global Positioning System).
“Kamera rumit yang dikendalikan satelit pengintip oleh sesetengah negara boleh mengambil gambar orang di bumi dan mengenalpastinya. Sudah pasti kamera dapat melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter panjang tersebut,” kata beliau.
Menurut Dr Mahathir lagi, syarikat Boeing juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam misi mencari dan menyelamat tersebut, walhal sepatutnya mereka yang bertanggungjawab untuk menjejak semula MH370.
“Boeing dan pihak berkuasa negara pengeluar yang sepatutnya mencari pesawat tersebut. Mungkin jenis pesawat tersebut juga perlu dihentikan.
“Tetapi Boeing tidak menunjukkan sebarang minat dan mengeluarkan kenyataan yang secara praktikalnya salah,” kata beliau.
Dr Mahathir juga tidak mempercayai teori yang mengatakan juruterbang dan pembantunya melakukan tindakan membunuh diri dan sengaja membiarkan pesawat terhempas.
“Juruterbang MAS dilatih sebaik mungkin. Walaupun juruterbang mahu membunuh diri, pembantunya dan anak kapal tidak akan membenarkan ia berlaku tanpa menghalangnya.
“Namun, tiada seorang pun, tiada seorang penumpang yang melakukan sesuatu. Mungkin mereka pengsan kerana kekurangan oksigen,” kata Dr Mahathir.
Bagi Dr Mahathir, syarikat penerbangan negara tersebut tidak wajar dipersalahkan.
“MAS menerbangkan pesawat yang dijangka melengkapkan tugasannya. Tetapi pesawat tersebut tiba-tiba berkelakuan ganjil.
“Siapa yang bertanggungjawab? Bukan MAS, tetapi pastinya pengeluar pesawat – Boeing Aircraft Corporation,”

Isu Palsu Kubur Bercahaya...




Ini sensasi tentang kubur bercahaya ...inilah kebenarannya.


GAMBAR PALSU KUBUR BERCAHAYA


BERITA PALSU KUBUR BERCAHAYA



P/s -dunia sekarang isu kematian pun nak disensasikan...al fatihah untuk si mati.....

Friday, April 25, 2014

Wanita mengandung bunuh diri

Seremban: Seorang wanita sedang mengandung maut selepas terjun sambil membawa beg tangannya dari tingkat enam tempat letak kereta Terminal One di sini, kira-kira 4 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Loh Kwee Moi, 43, dipercayai mati di tempat kejadian.
Saksi kejadian dikenali sebagai Sopian, 22, berkata dia sedang berjalan dari tingkat dua pasar raya di bangunan sebelah untuk mengambil kereta di parkir Terminal One apabila nampak wanita terbabit mahu terjun daripada tingkat enam.

Katanya, dia menjerit bagi menghalang wanita itu terjun tetapi tidak dipedulikan mangsa.

Foto
Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

SubhanaAllah!.. Kubur jenazah seorang ibu tunggal beranak dua, Adzlin Lin Halimi bercahaya.

Berkat Amalan Zikir, Kubur Ibu Tunggal Adzlin Lin Halimi Bercahaya

Gambar yang tersebar di media sosial ini mungkin juga merujuk kepada refleksi (balikan) cahaya pada penutup papan keranda dan kain kafan yang putih namun dari mata kasar dan aspek lainnya memang ada kelainan.

Tetapi adakah penutup papan keranda dan kain kafan putih boleh menyebabkan refleksi cahaya kekuningan pada siang hari?. Anda fikirlah sendiri.

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar. 

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya.

Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. 



Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan. - malaysianreview.com

SUASANA CEMAS DALAM PESAWAT FIREFLZ SEMALAM TERSEBAR [3 FOTO]



Gambar dari pesawat sia baru-baru ni, turbulence agak dahsyat
Rilek jangan kecoh-kecoh, jangan panik semua. Harap bertenang..'Pada pandangan aku, ini situasi biasa dalam penerbangan terutamanya semasa melalui cuaca buruk. Ia dinamakan 'Air Pocket' dimana ia boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan apatah lagi membabitkan pesawat kecil seperti Fireflyz. Dalam bahasa mudahnya turbulence.. terjadi sebab kapal terbang tu against the power of atmosphere.




Thursday, April 24, 2014

Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu



Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu | Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya

dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.


Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.  Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Misteri Kehilangan Ustazah Akhirnya Terjawab!

Misteri Kehilangan Ustazah Akhirnya Terjawab!

Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.
Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.
“Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut.
Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.
“Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.
Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.
“Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.
Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri,” katanya.
Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.
“Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

LINDA HASHIM SELAMAT BERSALIN, UMUM NAMA ANAK?

Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Rabu. Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, isterinya yang kini berada di Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami dengan selamat awal pagi tadi dan semuanya berada dalam keadaan baik,” katanya dipetik mStar Online.


anak beego dan linda hashim jelita clarissa

Dalam pada itu, Beego memberitahu, dia dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud ‘Jelita Yang Jelas’. Jelita Clarissa dilahirkan secara normal. Pelakon itu juga memberitahu dia dan isterinya menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain berasa cukup gembira dengan kehadiran Jelita kerana ia melengkapi rumah tangga mereka.
“Perasaan saya sangat terharu apabila pertama kali lihat Jelita malah saya dan Linda menangis, syukur semuanya selamat dan berharap Jelita akan dipelihara kesempurnaannya oleh Allah,” jelasnya yang berkahwin pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

3 FOTO: KISAH MENYAYAT HATI HERO DAN HEROIN TRAGEDI FERI SEWOL KARAM DI KOREA SELATAN

Selain daripada tragedi kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri, dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi feri Korea SelatanSewol yang karam. Feri berkenaan membawa 476 penumpang menuju ke pulau percutian Jeju di selatan, termasuk 323 pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon di Ansan. Ia karam beberapa jam selepas anak-anak kapal membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 9 pagi Rabu lalu.

Sehingga kini (semalam) angka kematian akibat bencana berkenaan disahkan meningkat kepada 58 apabila penyelam akhirnya menemui laluan ke dalam kapal yang tenggelam, mempercepatkan penemuan 19 lagi mayat dalam apa disifatkan sebagai permulaan kepada usaha mencari besar-besaran yang suram.  Sebanyak 244 orang masih hilang. Sebelum ini, penyelam gagal memasuki feri, kata pegawai, kerana arus yang sangat kuat dan jarak tahap penglihatan yang tidak baik kerana cuaca buruk.

feri sewol karam

Dalam pada itu, ada kisah yang menyayat hati berkaitan dengan tragedi berkenaan. Menerusi sumber info, Jung Cha-wol, salah seorang pelajar yang berada dalam feri Sewol sewaktu ia karam telah menyerahkan jaket keselamatannya pada seorang rakan yang sedang lemas, dan terus menyelam untuk menyelamatkan yang lain. Jung Cha-Wol dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum hari ulang tahun kelahirannya yang ke-17.

Selain daripada tragedi kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri, dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi feri Korea SelatanSewol yang karam. Feri berkenaan membawa 476 penumpang menuju ke pulau percutian Jeju di selatan, termasuk 323 pelajar dari Sekolah Tinggi Danwon di Ansan. Ia karam beberapa jam selepas anak-anak kapal membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 9 pagi Rabu lalu.

jung cha-wol dan park ji-young
(Gambar) Pengorbanan Jung Cha-Wol (kiri) dan Park Ji-Young (kanan) pasti akan diingati.

Park Ji-young, 22, bekerja di kafeteria feri Sewol pula menyelamatkan begitu ramai nyawa dalam masa yang singkat sebelum lemas dalam air yang sejuk 2.7 kilometer dari pulau Gwanmaedo. Dia membantu memakaikan jaket keselamatan kepada penumpang-penumpang dan sedangkan dia sendiri tidak memakai jaket keselamatan. Dia memastikan kesemua mereka menaiki bot penyelamat. Apabila diminta untuk menaiki bot penyelamat bersama penumpang yang diselamatkannya, Ji-young menolak dengan berkata:
“Selepas selamatkan semua orang, saya akan keluar. Krew perlu keluar paling lambat.”
Ji-young merupakan seorang anak tunggal.




Wednesday, April 23, 2014

BAS 2 TINGKAT TIDAK DIPERLUKAN DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR: "Saya tidak melihat keperluan bas dua tingkat di Malaysia,"

Itu pendapat salah seorang Panel Penasihat Bebas bagi Siasatan Tragedi Bas Terjunam di Genting Highlands 21 Ogos 2013, Datuk Abd Radzak Abd Malek.  

Jelasnya,bas dua tingkat tidak sesuai untuk perjalanan jauh sebaliknya hanya sesuai digunakan sebagai bas henti-henti.

"Bas dua tingkat saya tidak teruja. Beritahu saya kenapa perlu bas dua tingkat di Malaysia tetapi kalau di Kuala Lumpur lain, Ampang Jaya berhenti, dekat Petaling Jaya berhenti, Sungai Way berhenti," katanya semasa menjadi tetamu program Analisis Awani.

Mengulas mengenai 51 cadangan penambahbaikan pengangkutan bas oleh badan bebas itu, beliau berharap kerajaan tidak bersikap menunggu kemalangan berlaku, baru bertindak melakukan siasatan termasuk menggantung lesen pemandu bas.

Bagi mengelak kemalangan melibatkan bas, beliau yang juga Presiden Institut Pakar Logistik dan Pengangkutan Malaysia, CILTM berkata, satu gerak kerja yang konsisten perlu diwujudkan bagi mengaudit keseluruhan aset-aset bas mana-mana syarikat bas terlibat.

"Dalam pandangan kita (panel bebas) beri ia termasuk faktor manusia, kenderaan, jalan raya, dan peraturan,kepada siapa persoalan ini perlu ditujukan,"katanya.

Langkah itu penting memandangkan ia melibatkan nyawa penumpang yang tidak sepatutnya dipandang sepi.

"Malangnya apabila (syor) diwar-warkan kepada umum oleh Pemangku Menteri Pengangkutan tapi benda berlaku sedangkan di dalam 51 cadangan termasuk rangka tindakan dan sebagainya, kalaupun tak mahu dilaksanakan keseluruhan tapi rekemendasi itu adalah perkara cukup mudah untuk dilaksanakan," ujar beliau.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada mekanisme yang berkesan dalam mengawal had laju sesebuah bas.

"Kenapa begitu murah nyawa mereka pandang, 4 bulan mesyuarat diadakan dengan semangat kuat jangan berlaku perkara macam ni, tetapi tetap berlaku (kemalangan),"tegas beliau.

Sebelum ini, 51 cadangan disyorkan panel bebas berkenaan selepas tragedi bas terjunam di Genting Highlands 21 Ogos tahun lalu. - ASTRO AWANI

ALVIN TAN & VIVIAN LEE SELAMAT, DAKWAAN DIGUGURKAN KERANA MEREKA BUKAN ISLAM



Mahkamah Rayuan semalam menolak dakwaan mengikut Kanun Keseksaan terhadap dua blogger kaki #seks kerana ia tidak terpakai terhadap orang bukan Islam.

Tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki berkata, dakwaan mengikut Seksyen 298A tidak terpakai terhadap Alvin Tan (Tan Jye Yee) dan Vivian Lee ( Lee May Ling).

"Kami membenarkan rayuan (mengetepikan dakwaan) kerana kami terikat dengan keputusan Mahkamah Agung pada 1998," katanya.

Timbalan Pendakwaraya Wan Shahruddin Wan Ladin berkata, Putrajaya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. – 21 April, 2014.

p/s: undang-undang Malaysia, terlalu mudah untuk dipermainkan...

10 KISAH SERAM & MISTERI DARI MUZIUM MELAKA


KISAH 1

Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada masa itu aku kena stay up. Sudah 3 hari bahagian atas di tutup. Nak repair and nak ubah letak cara patung-patung dan repair lighting.

Aku sebagai kurator, nak tak nak kene tunggu kontraktor selesaikan kerja.

Jam 10 malam, Melaka lengang. Maklumlah, hari berkerja. Masa tu aku nak turun bawah. Nak keluar.
Dekat luar muzium, ala-ala macam tempat dek kapal aku pusing nak amik kasut dan pakai. Tiba tiba ada orang memanjat tangga.

Berpakaian segak, bertanjak, bertengolok dan bersongket! Naik dan lihat aku. Dan terus masuk dalam muzium!

Aku terus cabut! Tak tutup pintu. Tau dek bos, mati aku.

Pagi esok, aku first sampai. Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat lautan! Maksud aku mengadap. Tangan Magelan menunjuk arah sungai Melaka. Cepat-cepat aku taruh ke dalam. Aku rasa macam Ben Stiller dalam cerite Night at The Museum.

KISAH 2

Ini kisah bersambung dengan kisah yang pertama.

Sejak kejadian itu, aku takut nak ke muzium itu. Tetapi apakan daya atas sebab kerja.

Suatu malam, aku terpaksa dan ini semua salah kawan aku, Ali yang tertinggal blue print di dalam. Bos nak blue print malam tu. Katanya nak tunjuk kat MB Melaka untuk mintak dana. Aku dan Ali segera. Masih awal kira 2 jam 1040 malam.

Ali ke dalam, aku tunggu luar. Aku nyala rokok dan tunggu.

PAPPP!!!

Bahu aku di tepuk! Belakang aku ada lembaga berbadan besar sama macam malam itu! Bertempik di telinga aku:

"Labuhkan sauhhh!!

Aku tertelan asap rokok dan terus berlari ke bawah. Sampai di bawah.elok je aku tengok Ali tunggu kt kereta

"Aku dah panggil ko masa keluar. Aku ingat ko dengar. Aku rasa seram,  tu yang aku turun cepat"ujar Ali

Dalam hati aku menyumpah seranah 

KISAH 3

Hobi aku download movie dan jual pada teman ofis. Kadang-kadang siap amik job downlodkan cerita korea untuk kakak-kakak di opis. Hasil bleh dikatakan lumayan. Aku maksimakan kepandaian aku dalam bab komputer. Aku suka melepak dengan kawan aku yang menjadi Jaga/pak guard di salah satu istana

Eh. Silap. Muzium di negeri melaka, Besar muziumnya.  Sebab utama, sebab situ wifi laju giler! dan aku tau pasword!

Malam tu, Adi, kawan aku tu ajak g ronda. Aku malas, tengah download dan kira-kira 5 minit, aku jadi bosan. Jadinya aku pun mencari Adi.
Kami berborak dan Adi ajak masuk dalam. Tiba di dalam, aku ni dari dulu nak pergi ke bailarung istana. Nak duduk kat kerusi sultan. Haha! Ada patung-patung sedang mengadap sultan konon-konon nak bagi ufti. Dah malam, aku masuk dan terus naik ke kerusi sultan.

Adi hanya senyum dan aku malam itu sangat cabul. Aku usap-usap rambut 'sultan' dan siap bertitah kononnya dengan delegasi dari Arab. Sambil aku memakai tanjaknya. Ketat, sudah dijahit mati.
"Beta tak nak matawang buaya kamu pak aji. Beta mahu Ipad dan telaga minyak. Hahaha" berdekah-dekah aku ketawa.

Sejurus dari itu, terasa ada angin sayup-sayup masuk ke perkarangan istana. Terus aku cuak! Dan tiba tiba ada suara seperti berbisik di cuping telinga aku

"Diperkenankan. Daulat tuanku"

Spontan aku tertolak mannuquien 'sultan' dan terjatuh! Dan tanjak sempat aku buang
Dan terus aku lari memanggil Adi. Dan sempat aku pandang ke belakang,
Perlahan-lahan 'Sultan' itu bangkit dengan sendiri. Seperti di bangunkan oleh tangan ghaib.

KISAH 4

Masih di tempat yang sama. Selepas kejadian itu, Adi mohon aku jaga tingkah laku. Aku akur dan download movie. Tiba waktu rondaan, aku memang follow Adi, takut!

Ronda

Kira kira 20 minit, kami terpaku. Di hadapan pintu keluar. Berselerak kepala kepala manuquien. Kepala patung dan dapat aku lihat kesemua  patung dalam tu. Semuanya headless!

Cepat-cepat aku lihat Adi membaca ayat kursi dan terus menarik aku. Perlahan-lahan kami keluar. Tiba di bilik pengawal:

"Dah selalu ar aku kena Lan. Kurator bagi tahu aku, ada sesetengah baju yang patung tu pakai memang baju zaman-zaman diorang. Siap ada yang dibasuh sebab ada kesan darah dan ada yang dijahit sebab ada kesan tusukan tombak. Salah satunya, tanjak 'sultan' tu. Itu memang penah dipakai oleh tuanku sultan melaka.." Ujar adi

Dan aku memang terkedu mendengarnya.

KISAH 5
Malam tu aku download movie lagi. Nak cakap serik, tak jugak. Dah memang minat aku download. Padahal malam tu aku xde keje pun dalam muzium. Malam tu aku bawakan Adi KFC sebagai tanda terima kasih bagi aku lepak situ memalam.
"Bagusla ko datang. Takla aku sunyi sambil pelahap KFC" ujar Adi. Habis je makan, macam biasa aku teman dia meronda. Seram, tetapi kami buat tak tau je.

Sampai di bailarung istana tu, terkejut!

Kesemua patung-patung kepalanya mengadap ke belakang! Badan mengadap kami. Aku diam, rasa nak lari. Dan Adi suruh aku suruh betulkan balik. Katanya, ini keje aku utk jaga harta muzium dan pameran.

Adui! Perlahan aku melangkah tali keselamatan DILARANG MASUK. Aku terus ke patung 'Hang Tuah'.

Perlahan-lahan aku pegang kepalanya dan semasa nak pusing. Memang ketat. Dan tiba tiba, mata ni menangkap sesuatu. Seakan-akan senyum dan matanya ke arah aku!

Arghhhh! Lari!

Adi lagi best. Lari dulu.

KISAH 6
Serik! Aku selepas kejadian malam tadi yg pusingkn kepala tu. Kena pergi ke muzium TLDM. Ada barang baru nak masuk, so aku in charge.
Jam 2 pagi, aku keluar masuk. Yang sebenarnya nak push OT. Sedang leka aku membelek-belek handfon, bunyi kaca pecah.

Cepat-cepat aku ke dalam. Sebab dlu ada kejadian anjing liar masuk.abis kena samak. Siap jahanamkan barang

Alangkah terkejutnya aku sewaktu itu, bunyi itu datang dari tengah muzium. Dekat pameran uniform polis dari dulu hingga sekarang. Yang ada dalam balang kaca tu bukannya patung.

Tetapi ada 6 ekor pontianak berambut panjang sedang berdiri tegak.
Pantas! Aku lari! Panggil kawan, ajak teman.

KISAH 7
Setengah org suka bila bos arahkan utk outstation. Tapi aku suke. Tapi bila tahu kene buat ujian radiasi utk pameran keranda di muzium negara. Lemah badan aku. Tp seronok dapat jalan-jalan.

Tiba di KL, satu keranda pun tak ada. Diorang kata malam nanti baru sampai. Tiba waktu malam, satu-satu keranda di bawa masuk dengan berhati-hati. Yang bestnya, ada seorang senior kurator di duduk kat pintu masuk kami selia urusan pindah masuk keranda. Khusyuk membaca ayat Qursi serta ruqyah. Serius, kami yang ada di situ seram.
Die hanya senyum dan berkata, benda ni orang yang dah pergi. Benar. Masa aku buat radi. (Utk nak tengok berapa lama artifak ni wujud) memang ada yang sampai 100 tahun.

3 hari pembukaan, takda apa yang terjadi. Aku masih di KL. Esoknya, hari ke 4 kawan aku yang bertugas kena.
Katanya ada satu bilik tu. Kacanya asyik berkabus bila malam hari. Padahal tak pasang aircond dan yang best sampai nampak peluh-peluh kat cermin. Tetapi bukan sejuk, tapi panas!

Kawan aku masuk, dia kata macam dalam oven! Bilik tu panas, kami talakan kipas pun masih panas. Bila siang, tak ada pun berkabus tingkap cermin. Alih-alih, kami buat diam je. Oh ye. Itu keranda batu orang asli.

KISAH 8

Masih setting pameran keranda. Ketika itu kawan aku ronda-ronda. Lalu di kawasan keranda zaman-zaman England. Zaman Victoria. tiba tiba berdikit. Bunyi macam pintu kayu di selak.

Kawan aku paling terkejut. Ada objek perempuan berpakaian corset dan dress zaman-zaman Victoria. Masuk dalam keranda tu dan sempat senyum kat member aku. Katanya kawan aku. Muka minah tu macam dalam cerita The Adam Family.

KISAH 9
Malam tu malam minggu. Aku pulak yang terkena.

Malam tu aku lepak dengan senior kurator, Haji majid. HM dia ni memang dah lama dalam dunia muzium dan arkelogi. Masa zaman punggah PerakMan.dia pun ada.
"Aku ni lebih ke arah sudut-sudut kerohanian. Benda dalam musium ni. Ada yang berpenjaga. Aku tau semua. Sebab aku banyak kali jmpa."

KISAH 10

Last day aku di KL. Kena lagi malam tu. Masa tu ada HM. Macam biasa. Aku kene amik wuduk before nak sembang dengan dia.

"Senang nanti nak Yassin kalo jadi apa-apa"senyum je HM time bercakap hal ni. Masa nak pergi, kene lalu beberapa pameran. Selesai! 

Depan pintu toilet. Ada keranda batu. Yang di susun-susun. Ada tangan berdarah-darah terkapai-kapai dari celah batu. Aku terus lari. Dengan selamba HM tegur aku

"Hahaha. Ko panggil semua kat depan tu. Penat aku tiap4 malam agkat kubur batu malam-malam. Suke benor berjalan nya."
Aku menyumpah seranah dalam hati.
Ko kental Haji Majid
Ko kental! 

Diceritakan oleh The Flash