Wednesday, April 16, 2014

PEPERO BUKAN PEMEGANG SIJIL HALAL MALAYSIA - JAKIM



Sebut saja Pepero, pastinya penggemar coklat mengenali produk yang hangat di pasaran pada ketika ini. Mungkin juga tidak ramai yang mengenali produk keluaran dari Korea Selatan ini. Akan tetapi, produk makanan Pepero ini menjadi kegemaran orang Malaysia pada ketika ini. Mana taknya, asal ada rakan-rakan yang pergi ke Langkawi, pasti ada yang akan memesan Pepero.

Untuk pengetahuan, Pepero ada dijual di Cold Storage. Tetapi, info ini sudah tidak berguna lagi. Buat penggemar Pepero, anda perlu berhenti membeli produk ini serta merta.

Ini kerana, Pepero tidak mempunyai sijil halal dari JAKIM. Maka, adalah wajib kita meninggalkan makanan yang tidak mempunyai status hal. 

Sebelum ini, pihak pengeluar Pepero iaitu Lotte telah memaklumkan bahawa Pepero adalah berasaskan tumbuhan dan tiada langsung dari bahan-bahan larangan. Bagi Lotte, Pepero selamat untuk dimakan dan halal.

Berikut merupakan kenyataan dari Halal Korea mengenai maklumbalas dari syarikat pengeluar Pepero:




Meskipun Halal Korea mengesahkan Pepero halal untuk dimakan, namun adalah lebih baik kita tinggalkan saja melainkan mereka memohon sijil halal dari JAKIM.

Berikut pula adalah penjelasan dari pihak JAKIM:


JAKIM sahkan Pepero tidak memiliki sijil halal.

Sehubungan dengan penjelasan itu, pihak pengedar produk terbabit telah menempatkan produk Pepero di bahagain Non Halal.




No comments:

Post a Comment