1) Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200.
Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran. - Fizo Omar
2) ‘Reseller’ menyebabkan harga tudung Fareeda mahal dengan menjual semula dengan harga RM300 dan sebagainya.
Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi,” - Fizo Omar
3) Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif
Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.- Fizo Omar
4) Hanya Orang Berkemampuan Sahaja Layak Pakai Tudung Fareeda
“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan ‘fesyen ikut kemampuan’ dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham,” - Fizo Omar
No comments:
Post a Comment