Wednesday, April 16, 2014

UAI : HUKUM BERCIUM SELEPAS NIKAH DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI

UAI : HUKUM BERCIUM SELEPAS NIKAH DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI | Zaman moden dikala ini ramai pengantin cuba mencari kelainan ketika mereka disandingkan mahupun di nikah seperti menyambut majlis mereka sehingga membazirkan wang ringgit semata untuk menyambut majlis mereka di kolam renang, hotel atau tempat yang sewaktu denganya.

Semasa Admin berjalan-jalan di Utube.com terserempak dengan ceramah UIA mengenai hukum muah-muah dengan isteri  serta beberapa hukum yang lain. Berikut merupakan beberapa soalan yang ada dalam cerita ceramah tersebut.

1. Ketika pulang dari haji, seorang jemaah mencium isterinya dihadapan khalayak ramai.

2. Setelah mengadakan majlis nikah, apakah hukum mencium isteri dihadapan khalayak ramai dengan kehadiran mereka yang bukan mahram.

Dalam perbincangan kali ini, Admin akan memberi beberapa ulasan berdasarkan apa yang Admin faham dan pengalaman Admin sendiri.


Jawapan Soalan 1
Menurut UIA, hukum mencium isteri ketika ini adalah tidak mengapa, tetapi bergantung dengan tempat yang dicium jemaah tersebut. Seperti pembaca tahu, bercium dengan isteri ini ada beberapa tempat yang biasa, seperti ciuman ditangan, pipi atau dahi dan yang paling terkenal adalah ciuman di bibir. Ciuman ditangan adalah tidak mengapa tetapi selain dari tangan, ia jatuh kepada hukum Menggugurkan Maruah. Kalau di kawasan awam, adalah tidak sesuai untuk mencium tempat selain dari tangan kerana atas sebab yang sama dan ini termasuklah berpegang tangan atau berkepit seperti belangkas (kata UIA). Ada juga disebutkan bahawa mencium pasangan di hadapan anak adalah tidak boleh.

Ulasan Admin :

Pada tanggapan Admin yang sekadar berfikiran logik, ciuman selain dari tangan menampakkan keperibadian pasangan tersebut sekali pun pasangan tersebut bergelar suami isteri tetapi ini mendorong kepada jatuhnya hukum Adab Dikhalayak Ramai seperti kata UIA. Berkepit macam belangkas bila orang tanya, dijawab "isteriku aku punya sukalah". Hal ini jelas menampakkan keperibadian. Pesan Admin Romentik biar bertempat.

awapan soalan 2

Secara amnya, kita tahu bahawa tujuan lain bagi Nikah adalah menghalalkan hubungan pasangan dalam ertikata lain, membatalkan air sembahyang, namun begitu adalah lebih sesuai proses ini dilakukan didalam bilik tidur. Tetapi majoriti majlis nikah zaman sekarang meletakkan ciuman didahi sebagai sesuatu kewajipan bagi mereka berbanding dizaman P.Ramlee dahulu yang mana ciuman ditangan sudah cukup sebagai simbolik dalam majlis tersebut. Zaman sekarang, siap muah-muah didahi tempat khalayak lagi dengan beridolakan artis dalam majalah atas tanggapan "dunia dah moden". Terdapat lagi suatu istilah dimana nikah Pre-Wedding yang mana pengantin mengambil gambar seperti mereka telah sah sebagai suami isteri, jika hal ini lebih kepada pembaziran maka permudahkan kehidupan ikut kitab dan hadis kembali kepada kesederhanaan.

Ulasan Admin : 
Boleh dikatakan Admin yang seorang ini adalah seorang kaki gambar dan kadang kala di jemput untuk menggambil gambar dengan pakej nikah, pre-wedding dan wedding. Pada tanggapan admin, portrait ketika zaman perkahwinan adalah sesuatu yang tidak dimestikan tetapi jika berkeinginan juga untuk melakukannya hendaklah dalam istilah kesederhanaan. Kerap kali Admin memberi cadangan kepada pengantin untuk mengambil gambar pre-wedding ini setelah malam pertama mereka, dalam lingkungan kemampuan mereka dan atas niat sebagai menyimpan kenangan, that is why YUNA say "Picture Says Thousand word".

PERINGATAN : Admin masih banyak kekurangan dalam bab agama dan setiap ulasan yang admin bagi hanya sebagai pertimbangan dan fahaman admin atas mana yang baik dan mana yang buruk. TOLONG PERBETULKAN MANA YANG SILAP.


No comments:

Post a Comment