Monday, June 23, 2014

Ibu Kantoi menipu Hidup sengsara..anak dikurung sampai kering

Kecoh juga sejak semalam dengan kisah penemuan seorangremaja OKU berumur 15 tahun yang dikurung ibunya dalam bilik yang dipenuhi najis dan sampah. Keadaan menyayat hati remaja tersebut mendapat simpati dari seluruh rakyat Malaysia yang mengetahui berita tersebut.
ibu remaja oku ditahan reman



Remaja malang itu ditemui anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati). Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan. Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah. Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.
Ibu remaja berkenaan kini sudah ditahan polis malam tadi. Menurut sumber berita, wanita berkenaan akan ditahan reman hingga Rabu ini. Ramai yang menyalahkannya ekoran apa yang berlaku kepada remaja berkenaan. Bagaimanapun wanita itu tampil dengan kenyataan seperti membela dirinya dan meminta agar tidak dipersalahkan.  Wanita itu yang dikenali Lola, berusia 40 tahun ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan mengatakan keadaan hidupnya yang susah dan tiada pihak yang sudi menjaga anaknya yang dikategorikan sebagai OKU tersebut.
Namun akhirnya wanita tersebut kantoi. Seorang pengguna laman sosial Facebook telah mendedahkan akaun Facebook milik wanita tersebut dan segalanya terbongkar. Gambar profil Facebook wanita tersebut jelas menunjukkan gaya pemakaian wanita tersebut tidak menggambarkan kedaifan yang dialaminya. Juga dijumpai beberapa keping gambar remaja OKU tersebut pada tahun 2013 yang kelihatan sihat dan terurus tidak seperti dijumpai baru-baru ini.
Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai, pagi semalam, kini semakin pulih. Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan. Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, yang melawat remaja itu, hari ini, berkata keadaan remaja itu lebih terurus. Katanya, rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang.
Tiada niat untuk mendedahkan aib sesiapa, cuma ammboi rasa apa yang dilakukan wanita ini sememangnya tidak boleh dimaafkan. Alasan yang beliau berikan pasti semua pembaca lain juga tidak boleh terima. Jika benar sibuk sekalipun, takkan nak tukar baju anak pun tak sempat? Jika benar sibuk sekalipun, tak akan sampai anak kurung kering tak makan? Jika benar kesempitan hidup, tak akan sampai membiarkan anak dalam keadaan seperti itu?
Oh, banyaknya persoalan yang ammboi tujukan kepadanya. Sudah tentu beliau tak akan menjawab. Semoga perkara ini dijadikan iktibar untuk seluruh rakyat Malaysia. Jangan terlalu tidak menjaga tepi kain orang… Inilah padahnya- ammboi dot com


No comments:

Post a Comment