Wednesday, June 11, 2014

Pembinaan KLIA2 paling murah dan cepat di dunia - Aziz Kaprawi Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembinaan-klia2-paling-murah-dan-cepat-di-dunia-aziz-kaprawi-37526?cp


Pembinaan KLIA2 paling murah dan cepat di dunia - Aziz Kaprawi


KUALA LUMPUR: Malaysia telah berjaya melakukan pencapaian  terbaik di dunia dalam pembinaan Lapangan Terbang, Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)  kerana ia adalah projek yang paling murah dan paling cepat.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi kejayaan itu berjaya dicapai meskipun projek klia2 itu  telah tergendala beberapa kali dan kos pembinaannya telah meningkat daripada anggaran asal.

Abdul Aziz berkata kos pembinaan klia2 adalah paling murah di dunia sekiranya diukur mengikut kos pembinaan untuk seorang (contruction cost per pax) iaitu sekitar RM89 sahaja.

“Kos pembinaan untuk seorang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok (Thailand) ialah RM333 dan di Terminal Heathrow (Britain) ialah RM717.

“Dalam soal masa, klia2 adalah yang paling cepat di dunia kerana hanya mengambil masa 4 tahun untuk dibina.  Lapangan Terbang Suvarnabhumi mengambil masa 4.75 tahun,  lapangan terbang di Berlin mengambil masa hampir tujuh tahun dan Terminal Heathrow mengambil masa hampir enam tahun,” katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang ingin tahu bagaimana persepsi orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan negatif terhadap klia2 kerana pelbagai masalah yang dihadapi oleh projek itu, dapat diubah.

Antara masalah yang mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak adalah kos asal untuk klia2 iaitu RM1.7 bilion, telah melambung mencecah hampir RM4 bilion.

Abdul Aziz menjelaskan antara sebab peningkatan kos adalah kerana kerajaan terpaksa menampung kos tiket ke klia2 yang tidak dinaikkan.

“Kos tambahan adalah kerana melibatkan keperluan untuk rakyat. Kalau naik ERL dari Kuala Lumour ke klia2, tiket tiada kenaikkan harga. Harga itu ditanggung oleh kerajaan, iaitu harga  sama seperti sampai ke KLIA,” katanya.

Sebelum itu, semasa menjelaskan secara terperinci kos-kos untuk pembinaan klia2, Abdul Aziz menerangkan bahawa bagi pembinaan terminal,runwaydan infrastruktur berkaitan, nilai kontrak yang diberikan oleh MAHB (termasuk kos-kos lain seperti pengurusan projek, bayaran perunding, dan projek penswastaan) adalah RM3.38 bilion.

“Bangunan Terminal klia2 diberikan kepada UEM-Bina Puri JV dengan nilai kontrak RM1.14 billion, pembinaanrunway3 dengan sistemtaxiwayoleh KUB Berhad adalah RM247 juta.

“Aircraft stands diberi nilai kontrak RM543 juta, kos pembinaan infrastuktur dan utiliti adalah RM222 juta.

“Nilai kontrak untukparellel taxiway to runway 2dancross taxiwayialah RM161 juta.

“Bagi pembinaan aset-aset kerajaan yang berkaitan dengan pengoperasian klia2, jumlah kos yang ditanggung oleh MAHB ialah RM582 juta.

“Jadi, jumlah keseluruhannya adalah RM3.962 bilion,” katanya - Awani


No comments:

Post a Comment