Wednesday, June 4, 2014

Mati ditetak di belakang sekolah

Foto
Klang: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala oleh orang awam di kawasan pagar belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Lelaki berusia 20-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada bahagian lengannya. 
Siasatan polis di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. 

Polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah berdasarkan kesan tetakan di bahagian kepala mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh -Metro


No comments:

Post a Comment