Monday, June 2, 2014

PENGARAH DEDAH PERANGAI SEBENAR LANA, RITA, ROSNAH MAT ARIS



Kata-kata hikmah jangan menilai seseorang daripada luaran mungkin ada benarnya walaupun ada orang cakap ungkapan itu seakan tak relevan lagi pada masa kini.

Jika melihatkan kepada penampilan daring Lana Nodin, Rosnah Mat Aris dan Rita Rudaini sebelum ini, tak siapa menyangka yang mereka rupa-rupanya sangat menjaga solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam.

Perkara ini didedahkan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan tiga aktres itu dalam penerbitan drama.

Menerusi status Facebook, Shahrulezad menyatakan rasa kagumnya di atas sikap Lana, Rita dan Rosnah yang sentiasa menjaga solat walaupun mengetahui rutin penggambaran drama yang sentiasa tidak menentu masanya.

Disebabkan kesukaran pelakon wanita untuk mendirikan solat di lokasi penggambaran, Shahrulezad telah berpesan kepada juru mekap artis untuk memberikan laluan kepada aktres-aktres mengerjakan kewajipan mereka terlebih dahulu barulah meneruskan penggambaran walaupun pihak produksi mengejar waktu dalam menyiapkan sesuatu babak drama yang dilakonkan.




Bila lihat Lana Nordin kat skrin tv skrg buat saya rasa sedikit kagum dgn dia. Dalam segala kutukan yg dia terima disebabkan imej seksi nya itu tapi bila di set lokasi saya dia amat menjaga waktu solatnya walaupun terpaksa dimekapkan berulang ulang kali siap dgn bulu mata palsu setiap kali hendak masuk set selepas solat. Sedikit pun dia tak komplen. Rita Rudaini pun sama. Seorang yg sgt menjaga solatnya. Dia akan gelisah bila waktu solat hampir berlalu. Yer lah waktu shooting kan tak menentu dan sentiasa terkejar kejar scene. So yg selalu jadi masalah ialah artis wanita ler sbb terpaksa tergesa gesa nak buang mekap dan pakai semula.Oh yer Rosnah Mat Aris pun sama jugak dan beberapa artis artis yg lain.

Kalau artis lelaki senang jer. Boleh solat di mana saja. Tapi artis perempuan ni sedikit susah. Kadang kadang terkial kial mereka fikir nak solat di mana sekiranya set ditepi jalan atau di dalam hutan. Tu yg kadang kadang ada sesetengah artis wanita terpaksa mengqadakan solat mereka bila balik rumah. Bayangkan bila penat seharian di set shoot sampai lewat malam. Balik umah kena qada solat pulak. Ada tu yg cerita dekat saya pernah sampai tertidur tidur derang dalam solat sebab keletihan. Dah tak pasal pasal kena qada balik. Kesian kan.

Sebab tu saya dah pesan dengan krew saya terutamanya mekap artis supaya beri laluan pada artis artis perempuan yg nak bersolat. Memang leceh sebab nak buang mekap dan pakai semula berulang ulang kali tapi demi membantu mereka menjalankan kewajiban itu adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. Kita akan tunggu mereka bersiap tanpa syarat walaupun kita cemas mengejar waktu.
Apa apa pun saya senang dgn perubahan ini. Telah mula ramai artis artis kita yg mula menjaga solat mereka meskipun keadaan kerja mereka yang tak menentu dan selesa…
Alhamdullilah… - Shahrulezad Mohameddin.

Itulah jangan ingat, walaupun selebriti sentiasa dilimpahi keglamoran, jangan ingat mereka tidak patuh kepada suruhan-Nya dalam mengejar bekalan untuk akhirat kelak. 

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

No comments:

Post a Comment