Tuesday, June 3, 2014

Moyang 82 tahun sambung belajar:


KUALA NERUS - Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini.
Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.

No comments:

Post a Comment