Friday, June 13, 2014

Uqasha Senrose Bertudung Bukan Kerana Terpaksa

uqasha

Ketika imej bertudung yang digayakan oleh pelakon Uqasha Senrose seperti yang dikongsi di laman sosialnya menjadi tanda tanya dan persoalan dikalangan peminat, pelakon ini akhirnya membuka mulut dan mengesahkan sendiri bahawa dirinya sudah mula berhijab sejak hampir sebulan yang lalu. 
 
uqasha
Memetik laporan GUA, Uqasha turut menafikan dakwaan perubahan ini dilakukan kerana lelaki mahupun atas desakan daripada orang lain.
 
uqasha 3
"Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini.
uqasha
 
"Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya."
 
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada Uqasha. Semoga penghijrahan yang dibuat ini akan kekal dan seterusnya menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat dan peminat.

 

No comments:

Post a Comment