Wednesday, April 23, 2014

BAS 2 TINGKAT TIDAK DIPERLUKAN DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR: "Saya tidak melihat keperluan bas dua tingkat di Malaysia,"

Itu pendapat salah seorang Panel Penasihat Bebas bagi Siasatan Tragedi Bas Terjunam di Genting Highlands 21 Ogos 2013, Datuk Abd Radzak Abd Malek.  

Jelasnya,bas dua tingkat tidak sesuai untuk perjalanan jauh sebaliknya hanya sesuai digunakan sebagai bas henti-henti.

"Bas dua tingkat saya tidak teruja. Beritahu saya kenapa perlu bas dua tingkat di Malaysia tetapi kalau di Kuala Lumpur lain, Ampang Jaya berhenti, dekat Petaling Jaya berhenti, Sungai Way berhenti," katanya semasa menjadi tetamu program Analisis Awani.

Mengulas mengenai 51 cadangan penambahbaikan pengangkutan bas oleh badan bebas itu, beliau berharap kerajaan tidak bersikap menunggu kemalangan berlaku, baru bertindak melakukan siasatan termasuk menggantung lesen pemandu bas.

Bagi mengelak kemalangan melibatkan bas, beliau yang juga Presiden Institut Pakar Logistik dan Pengangkutan Malaysia, CILTM berkata, satu gerak kerja yang konsisten perlu diwujudkan bagi mengaudit keseluruhan aset-aset bas mana-mana syarikat bas terlibat.

"Dalam pandangan kita (panel bebas) beri ia termasuk faktor manusia, kenderaan, jalan raya, dan peraturan,kepada siapa persoalan ini perlu ditujukan,"katanya.

Langkah itu penting memandangkan ia melibatkan nyawa penumpang yang tidak sepatutnya dipandang sepi.

"Malangnya apabila (syor) diwar-warkan kepada umum oleh Pemangku Menteri Pengangkutan tapi benda berlaku sedangkan di dalam 51 cadangan termasuk rangka tindakan dan sebagainya, kalaupun tak mahu dilaksanakan keseluruhan tapi rekemendasi itu adalah perkara cukup mudah untuk dilaksanakan," ujar beliau.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada mekanisme yang berkesan dalam mengawal had laju sesebuah bas.

"Kenapa begitu murah nyawa mereka pandang, 4 bulan mesyuarat diadakan dengan semangat kuat jangan berlaku perkara macam ni, tetapi tetap berlaku (kemalangan),"tegas beliau.

Sebelum ini, 51 cadangan disyorkan panel bebas berkenaan selepas tragedi bas terjunam di Genting Highlands 21 Ogos tahun lalu. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment