Tuesday, April 15, 2014

Kenapa Scha & Awal Mengalir Air Mata Kerana Anak??

Scha & Awal Mengalir Air Mata Kerana Anak. Ya, Naluri Ibu Bapa Kan?

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata bagi menambah seri kepada mahligai yang dibina. Begitu juga pasangan romantis yang sering menjadi perhatian iaitu Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Diam tak diam, kandungan Scha kini sudah memasuki usia 6 bulan dan pasangan ini turut berdebar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka ini.
Terkini, melalui laporan Malaysian Digest, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata dia dan suami begitu teruja apabila kandungannya bergerak.
Scha & Awal Mengalir Air Mata Kerana Anak. Ya, Naluri Ibu Bapa Kan?

Saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap. Contoh dia sapa, “Assalamualaikum, hari ni buat apa?”.
Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia terkejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab moment tu sangat menyentuh hati kami.
Dalam pada itu, Scha memberitahu jantina anak dalam kandungannya masih tidak diketahui walaupun sudah dua kali membuat imbasan.
Sudah dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki.
Bagaimanapun, pasangan bahagia ini belum membuat persiapan penuh bagi menyambut kelahiran pertamanya itu. Sebaliknya, Scha berkata Awal yang lebih beria-ria mahu membeli segala kelengkapan.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Scha dan Awal, kami harap dengan kelahiran anak ini nanti, ikatan perkahwinan mereka bertambah utuh. Jom lihat dulu foto terbaru baby bump Scha.
Screen Shot 2014 04 11 at 11.40.48 AM
Screen Shot 2014 04 11 at 11.41.03 AM
Screen Shot 2014 04 11 at 11.41.17 AM

Screen Shot 2014 04 11 at 11.42.33 AM

Screen Shot 2014 04 11 at 11.41.59 AM

No comments:

Post a Comment