Wednesday, April 16, 2014

FAKTA MENARIK MENGENAI MALAYSIA

1. Hutan hujan Tropika di Malaysia berusia kira-kira 240 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling TUA di dunia, malah dikatakan sudah wujud pada zaman dinosaur.

http://www.tawaunetwork.com/

2. Gua Mulu dipercayai adalah gua terbesar di Asia iaitu kira-kira 700 meter dalam, kira-kira 70 meter tinggi dan purata lebar sekitar 300 meter. Ruang dalam Gua Mula boleh memuatkan kira-kira 40 kapal terbang Boeing 747.

http://www.tawaunetwork.com/


4. Sungai Rajang di Sarawak adalah sungai terpanjang di Malaysia dengan ukuran kira-kira 563 km. Ukuran tersebut adalah sejauh Muar, Johor hingga ke Butterworth, Pulau Pinang.

http://www.tawaunetwork.com/

5. Gua Gomantung yang terletak di Sabah menjadi habitat lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung layang-layang ( bird nest ) itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga kira-kira RM8750 sekilogram untuk dijadikan sup.

http://www.tawaunetwork.com/

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang berupaya mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang dan sejuta tan kargo setahun.

http://www.tawaunetwork.com/


7. Orang Utan paling banyak dijumpai di Malaysia iaitu Sabah. Haiwan ini hanya wujud di dua tempat di dunia iaitu Kepulauan Borneo Sumatera, Indonesia dan tidak ada di tempat lain.

http://www.tawaunetwork.com/

8. Pulau Batu Hairan yang terletak kira-kira 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah adalah antara pulau-pulau yang terbaru wujud di dunia. Pulau seluas kira-kira 0.77 hektar itu ditemui pada 14 April 1988.

http://www.tawaunetwork.com/

9. Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu di dunia sebelum diatasi Indonesia pada tahun 2009. Pada thaun 1994, Malaysia mengeluarkan sebanyak kira-kira 51 % daripada pengeluaran minyak sawit dunia iaitu sebanyak kira-kira 7.2 juta tan.


http://www.tawaunetwork.com/

10.  Kedah memiliki kira-kira 99 buah pulau.

http://www.tawaunetwork.com/

11. Tanjung Piai yang terletak di Pontian Johor merupakan tanah paling selatan di benua Asia.


http://www.tawaunetwork.com/

No comments:

Post a Comment