Tuesday, April 22, 2014

SHAM JAWAB DAKWAAN LIAR BEKAS ISTERINYA, FARAZILA



Assalamu'alaikum wbt.

Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

BACA SINI: BEKAS ISTERI DEDAH SIKAP SEBENAR SHAM KAMIKAZE?

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. 


Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Maka itulah jawapan balas dari Sham Kamikaze. - My Media Hub

No comments:

Post a Comment