Tuesday, April 15, 2014

Punca Bas Ekspres Transnasional terbalik di Betong



Punca Bas Ekspres Transnasional terbalik di Betong adalah dikatakan Bas tersebut dipandu laju dan memotong beberapa kenderaan lain menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas di satu selekoh menyebabkan 3 maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam Jumaat.




Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33,  seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31 dan  isterinya Zarifah Alias 26.Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 8

Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.



Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh, katanya. - Bernama.


No comments:

Post a Comment