Thursday, April 17, 2014

Teruja Sambut Anak Pertama, Isteri Kedua Ashraf Muslim Buat Photoshoot Anak

Teruja Sambut Anak Pertama, Isteri Kedua Ashraf Muslim Buat Photoshoot Anak

Menjadi  seorang ibu tentunya menjadi saat-saat paling indah dan bermakna dalam kehidupan seorang wanita. Justeru, ramai ibu bapa di luar sana yang merakamkan foto-foto indah diawal kelahiran anak mereka.
Seperti pasangan lain, pelakon kacak Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah turut merakamkan saat-saat manis bersama anak perempuan mereka.
Melalui laman sosial Instagram milik Wan Sakinah, beberapa keping foto anaknya ketika menjalani sesi photoshoot telah dimuat naik dan dikongsi bersama peminatnya.
Teruja Sambut Anak Pertama, Isteri Kedua Ashraf Muslim Buat Photoshoot Anak

Bertuah sungguh puteri sulung Ashraf Muslim ini, mana taknya, kecil-kecil lagi sudah ada sesi photoshoot yang diambil oleh jurugambar profesional bagi mengabadikan kenangan si comel ini.
Malah, dia turut berkongsi foto romantis mereka bertiga. Wah, bahagia sungguh nampaknya pasangan ini selepas kelahiran bayi sulung mereka.
Peminat juga turut teruja dengan foto-foto bayi comel ini dan ada juga yang turut mendoakan agar kebahagiaan mereka sekeluarga akan terus kekal.
Kalau nak tahu, Sarah Ashraf telah selamat dilahirkan pada 5 April lalu di Tropicana Medical Centre.Kami sediakan koleksi foto-foto anak Ashraf Muslim khas buat tatapan anda.
Screen Shot 2014 04 15 at 3.54.28 PM
Screen Shot 2014 04 17 at 12.22.54 AM
Screen Shot 2014 04 17 at 12.49.58 AM

Screen Shot 2014 04 17 at 12.49.30 AM

Screen Shot 2014 04 15 at 3.53.44 PM


No comments:

Post a Comment