Tuesday, April 1, 2014

Analisa Tengku Razaleigh : Lelaki Kelantan Pemalas & Tidak Bertanggungjawab VS Wanita Kelantan Cantik & lemah Lembut! Respon Anda?


Pemalas Lelaki Kelantan
Analisa Tengku Razaleigh. Lelaki Kelantan Pemalas & Tidak Bertanggungjawab VS Wanita Kelantan Cantik & lemah Lembut! : Sebelum ini Berita Semasa pernah kongsikan di sini, penilaian dan kajian oleh kalangan tokoh ekonomi yang mengatakan rakyat Kelantan lebih kaya berbanding negeri lain 
Walaupunbagaimanapun apabila dikira berdasarkan gaji yang diterima kalangan yang bekerja di Kelantan paling rendah di Malaysia.
Terbaru Tengku Razaleigh yang merupakan anak jati negeri Kelantan tampil berbekalkan pengalaman bercampur gaul dan hidup bersama rakyat Kelantan baik lelaki Kelantan atau wanita Kelantan, KU Li mendedahkan sikap dan karakter yang cukup berbeza antara lelaki Kelantan VS wanita Kelantan

Pandangan Gambaran Tengku Razaleigh Kepada Lelaki Kelantan

  1. Lelaki Kelantan Malas
  2. Lelaki Kelantan tidak bertanggungjawab
  3. Lelaki Kelantan menjadikan wanita atau isteri mereka sebagai “ketua” keluarga dengan bekerja mencari rezeki serta memenuhi keperluan hidup keluarga
  4. Lelaki Kelantan aka suami acapkali melepak di warung, menghabiskan waktu dengan aktiviti tidak bermanfaat.
  5. Tengku Razaleigh cukup terasa setiap kali ada kalagan yang menghina lelaki Kelantan tetapi terpaksa menerima kerana sememangnya terdapat lelaki Kelantan yang begitu sikapnya
  6. Pemimpin masyarakat dahulu memberikan analogi yang cukup ekstrim dengan menyamakan lelaki Kelantan dengan ‘bapa ayam’ yang hanya suka berseronok & melepak sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada keluargaPandangan Gambaran Tengku Razaleigh Kepada Wanita Kelantan
  1. Wanita Kelantan hebat kerana berjaya menikmati kebebasan yang merupakan sesuatu perkara yang dituntut dan diperjuangkan oleh wanita Barat
  2. Wanita Kelantan digambarkan gigih berniaga dan bercucuk tanam
  3. Pemimpin masyarakat dahulu memberikan analogi wanita Kelantan ibarat seorang “ibu ayam” kerana urusan menjaga anak; mencari makan dan sebagainya dipikul oleh mereka
  4. Disebabkan inilah juga wanita Kelantan menjadi gigih, berani dan cekal
  5. Wanita Kelantan yang kebanyakan daripada mereka lemah lembut dan mempunyai rupa paras yang cantik
  6. Wanita Kelantan mampu membuatkan lelaki daripada negeri lain cair akan jauh hati kepada mereka. Ini hakikat yang diakui Ku Li
  7. Sifat nekad dan keberanian yang dimiliki wanita Kelantan menguatkan tekad mereka untuk “berdikari” - Berita Semasa

No comments:

Post a Comment