Wednesday, April 2, 2014

MH370: PDRM rakam percakapan 160 individu

MH370: PDRM rakam percakapan 160 individu
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil 160 individu dengan merakamkan percakapan mereka bagi membantu siasatan dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata  beliau tidak menolak kemungkinan akan memanggil lebih ramai lagi individu yang membuat laporan polis bagi memastikan siasatan berjalan lancar, lebih telus dan berhemah.

Ditanya, spekulasi yang menular di laman sosial yang semakin rancak sejak akhir-akhir ini katanya pihak polis memantau spekulasi mengenai pesawat Boeing 777-200er itu dalam bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, semua pihak dinasihatkan bijak membezakan antara fakta dan spekulasi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan karnival kesihatan sepanjang hayat anjuran IPK Kelantan dan Jabatan Kesihatan Kelantan.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalalaluddin Abdul Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Dato' Dr Ahmad Razin Ahmad Maher - Awani

No comments:

Post a Comment