Tuesday, April 1, 2014

Nasihat Kepada Kami Sendiri & Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Serta Anak-anak Lain

Bagi Berita Semasa sendiri ibu kandung tetap ibu kandung, tidak akan sama dengan mak saudara. Bagi Berita Semasa sendiri, Aishah terlalu muda untuk berfikir panjang untuk setiap perlakuan yang dibuat. Insyaalah, apabila adik Aishah besar kelak dan bakal bergelar ibu kelak, adik Aishah akan tahu juga akhirnya pengorbanan ibu bapa kita selama ini.
Dalam pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu bijak mengawal sikap amarah setiap kali mengawal tingkah laku anak-anak. Ada timbang rasa dalam setiap tindakan dan perlakukan terhadap anak-anak. Walaubagaimanapun….
  1. Ibu marah rotan tetap dia sayang kita, tetapi orang lain tidak pernah jentik kita sebab apa jadi pun dia tidak kisah.
  2. Ibubapa walaupun tegas pasti mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
  3. Ibu pukul sebab tidak solat, mengaji salah sebutan tu mmg wajar asalkan jangan cedera.
Agama kita islam memang dah bagi panduan. Cuma kadang-kadang ibubapa yang melaksanakan tanggungjawab didiklah anak-anak, dengan ada pertimbangan positif untuk membentuk anak-anak dengan cara Islam yang sihat dan dapat diterima akal .
Apatah lagi, pasangan Malaysia di Sweden ini Puan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin pasti sedar tinggal di negara luar seperti di Sweden senang terdedah dengan unsur negatif yang terlalu banyak jika tidak diawasi dan dikawal. Berita Semasa pasti itulah sebab, Puan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin agak tegas lebih-lebih soal agama.
Anak-anak ada yang tidak boleh nampak lagi kebaikan cara ibu bapa mereka mendidik, tanggungjawab ibu saudara Aishah (Puan Shalena Hisham Makhzan) sekarang pun kenalah tolong dan bantu kembalikan kepercayaan dan kasih sayang anak-anak ini kepada ibubapa mereka.
Ya…..ingatlah. Mak saudara ada ramai di luar sana. Tetapi ibu anda hanya ada satu di dunia. tidak akan boleh ditukar ganti. Wallahualam. Apa pendapat anda & respon balas anda pula?- Berita Semasa

No comments:

Post a Comment