Thursday, April 3, 2014

Rakyat Malaysia antara warga asing diserang Taliban di Kabul

Rakyat Malaysia antara warga asing diserang Taliban di Kabul
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan bahawa seorang rakyat Malaysia adalah antara warga asing yang diserang Taliban dalam sebuah rumah tamu di Kabul pada 28 Mac lepas.

Dalam kenyataannya di sini, Wisma Putra menyatakan rakyat Malaysia itu, yang merupakan seorang daripada pekerja sebuah kumpulan bantuan antarabangsa, telah pun pulang dengan selamatnya ke Malaysia.

Justeru itu, Wisma Putra sekali lagi meminta rakyat Malaysia yang ke luar negara terutamanya negara berisiko tinggi, supaya mendaftarkan diri di kedutaan Malaysia di sana atau di pusat transit.

"Ini akan membantu pihak kedutaan dalam menyediakan bantuan konsul yang sepatutnya kepada rakyat Malaysia di luar negara," kata kenyataan itu.

Tugas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut merangkumi Afghanistan.

Rumah tamu itu diduduki sekumpulan anggota sukarelawan dan pekerja sebuah kumpulan bantuan antarabangsa sebelum ia diserang.

Pihak Taliban mendakwa pihaknya bertanggungjawab di atas serangan itu.


No comments:

Post a Comment