Tuesday, April 1, 2014

Hukuman Penjara + Denda Azizul Raheem Awalluddin (10 Bulan Penjara + RM18,362) & Shalwati Norshal (14 Bulan Penjara + RM33,900)

Hukuman Pasangan Malaysia Sweden
Hukuman Penjara + Denda Azizul Raheem Awalluddin (10 Bulan Penjara + RM18,362) & Shalwati Norshal (14 Bulan Penjara + RM33,900) : Akhirnya pasangan malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal telah dijatuhkan hukuman penjara dan denda bayaran tunai atas kesalahan yang telah dilakukan.
Kesalahan apa? Hukuman atas kesalahan penderaan Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal terhadap anak-anak daripada “kaca mata” dan penilaian Mahkamah Sweden.

Hukuman Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal

Hukuman kepada Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah Solna Sweden. Hakim Daerah Mattias Möller cukup mempercayai kanak-kanak untuk dijadikan saksi dan Hakim Daerah Mattias Möller meneganggap tidak mungkin anak-anak kepada Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal sanggup memberikan keterangan palsu untuk menghukum ibubapanya sendiri tanpa asas.
  1. Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara & bayar denda 67.200 SEK (RM33,900 )
  2. Azizul Raheem Awalluddin dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara & perlu bayar denda 36,400 SEK (RM18,362)
  3. Walaubagaimanapun, 3 bulan daripada jumlah hukuman yang dikenakan kepada kedua-dua pasangan Malaysia di Sweden ini akan dikurangkan selama 3 bulan mengambil kita tempoh tahanan sejak Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal ditangkap
Pasangan Malaysia DiSweden ini walaubagaimanapun tidak mahu membuat rayuan walaupun Datuk Seri Anifah Aman telah membuat kenyataan sebelum ini yang mana kerajaan Malaysia sedia membantu untuk hantar rayuan.
  • Hukuman telah dijatuhkan. Moga ada hikmah disebalik semua ini. ujian atau musibah yang diberikanNya. Allah sahaja yang tahu.
  • Untuk yang melihat, jadi tauladan, pengajaran dan peringatan kita semua - Berita Semasa

Gambar Penjara (Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal ) Pasangan Malaysia di Sweden


Gambar Penjara Sweden

No comments:

Post a Comment