Wednesday, April 2, 2014

Tiada perkara mustahil

Kuala Lumpur: Harapan untuk mengesan kotak hitam penerbangan MH370 di Lautan Hindi tetap ada walaupun sesetengah pihak termasuk saintis laut dalam berpendapat ia seolah-olah mustahil.
Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, peluang untuk menemui kotak hitam itu tetap ada dengan syarat serpihan atau objek milik MH370 ditemui. 
Foto
PEGAWAI Pemerintah kapal KD Lekiu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Jamsari Tahir (tengah) meninjau bilik kawalan pusat teknikal di pangkalan HMAS Stirling Rockingham, Australia, semalam.
“Walaupun jangka hayat bateri kotak hitam berakhir, kita masih mempunyai harapan jika objek atau serpihan ditemui disahkan sebahagian daripada MH370,” katanya yang dihubungi semalam - Harian Metro

No comments:

Post a Comment