KUALA LUMPUR: Pelan catuan bekalan air peringkat ke empat bermula pada Jumaat sehingga 30 April.
Ia akan melibatkan beberapa kawasan baru di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Sementara itu, kawasan terbabit catuan fasa satu hingga tiga sebelum ini turut dilanjutkan sehingga hujung bulan ini .
Tinjauan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kalangan pengguna sudah mengambil langkah-langkah bagi mendepani catuan yang berterusan tetapi mereka, terutamanya peniaga, memohon agar isu itu ditangani secepat mungkin,
Pemilik restoran di Pantai Dalam ini pula terpaksa berbelanja lebih untuk membeli tong untuk menyimpan air, di samping menggunakan peralatan pakai buang.
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, catuan terpaksa dilakukan kerana paras air di kesemua empangan di Selangor, masih rendah walaupun hujan berlaku di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini.
Perluasan catuan air akan menyaksikan bekalan air untuk lebih 63 peratus akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kuala Lumpur dan Selangor dicatu- Awani

P/s Catuan air ni mendidik kita supaya tidak membazir air
No comments:
Post a Comment