Kota Bharu: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mempercayai bahan bercetak mahupun portal yang ditulis berdasarkan spekulasi semata-mata.
Beliau berkata, laporan begitu seperti yang dikeluarkan portal berita luar negara, Daily Mail tidak seharusnya dipercayai bulat-bulat tanpa merujuk fakta mahupun bukti sahih.
“Apa jua laporan dikeluarkan mana-mana pihak tanpa mengemukakan bukti yang sebenarnya hanya dianggap sebagai penulisan berbentuk spekulasi.
“Jadi berita seperti ini kita hanya boleh baca, tetapi tidak boleh dipercayai,” katanya selepas Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat Bersama Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Daily Mail yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atas juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Khalid juga mahu rakyat berhati-hati ketika membaca laporan berkaitan insiden MH370 berikutan terlalu banyak spekulasi ditimbulkan masyarakat dunia.
“Seperti mana yang kita ketahui, anak-anak dan isteri mangsa sudah menafikan laporan berkenaan, tetapi ada pihak yang membuat laporan sebaliknya.
“Saya lihat wartawan terbabit memang tidak beretika dan sengaja menulis itu dan ini dengan mendakwa kenyataan berkenaan dikeluarkan sumber tertentu dan kemudiannya dinafikan.
“Tindakan mereka sama sekali tidak boleh diterima, apatah lagi dicontohikerana menyalahi etika kewartawanan sebenar,” katanya.
“Macam saya kalau ada yang boleh saya umumkan, maka saya akan umumkan.
Tetapi dalam hal ini, kita semua harus faham perkara masih dalam siasatan dan kita bimbang ia akan menjejaskan siasatan kita,” katanya.
Menurutnya, atas sebab itu, pihak berkuasa mengambil pendekatan tidak mengeluarkan kenyataan sekiranya boleh menjejaskan siasatan dan pihak tertentu.
“Kita bimbang jika terlebih cakap nanti akan menjejaskan pendakwaan terhadap mana-mana pihak di kemudian hari dan sebab itu kita tidak dapat menjelaskan berkenaan hasil siasatan kita.
“Percaya kita tidak mengenepikan tanggungjawab kita dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.
“Percaya kita tidak mengenepikan tanggungjawab kita dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata, terdapat peningkatan di kalangan anggota PDRM yang menghidap penyakit berbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi - Harian Metro
No comments:
Post a Comment