Wednesday, April 2, 2014

NASIONAL Lebuh raya KB-Kuala Krai mula dibina

Kota Bharu: Kerajaan Persekutuan menunaikan janjinya dengan membina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 kilometer (km) bernilai RM1.8 bilion, yang akan bermula Jumaat ini.

Ia dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama dari Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu sepanjang 12.5 km dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sebelum diteruskan dengan fasa kedua Kadok ke Bukit Tiu, Machang (28.5 km) dan fasa ketiga dari Bukit Tiu ke Kampung Dusun Damar, Kuala Krai (32.5 km). 


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merasmikan pecah tanah lebuh raya berkenaan berkata, pelaksanaan projek itu adalah satu daripada tujuh janji Barisan Nasional (BN) yang akan dilaksanakan di Kelantan. 

Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dulu, kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu saja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini.
Foto

RM2.5b biayai 116 projek 

“Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membiayai 116 projek pembangunan di Kelantan dan daripada itu terdapat 77 projek yang sudah siap sepenuhnya (66 peratus) dan baki 33 projek pula dalam pelbagai peringkat seperti reka bentuk, perolehan dan dalam pembinaan. 
“Kira-kira 50 daripada 116 projek pembangunan di Kelantan adalah membabitkan infrastruktur jalan dan jambatan iaitu membina jalan baru, naik taraf jalan, membina dan membaikpulih jalan sedia ada dan membina jambatan.

“Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan RM26 juta setahun bagi menyenggara 1,261.22 km jalan Persekutuan sedia ada di Kelantan.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyediakan infrastruktur berkualiti kepada rakyat terutama rakyat Kelantan,” katanya berucap pada perasmian berkenaan, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai berkenaan, sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan.

Bercakap kepada media kemudian, Muhyiddin berkata, tiada perbincangan antara Kerajaan Pusat dan negeri mengenai Lebuh Raya Rakyat yang dilaporkan mahu dibina kerajaan Kelantan sebelum ini- Berita Harian

No comments:

Post a Comment