Pengakuan Aishah, Pasangan Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalluddin & Shalwati Nurshal Terkejut & Sedih : Anak-anak zaman sekarang, Terlalu inginkan & dahagakan kebebasan, sehinggakan tidak dapat membezakan kasih antara ibu sejati & ibu saudara.
Sementara ibu bapa kita sedang hidup inilah kita sayangi mereka, usahlah ditangisi lagi apabila mereka sudah tiada. Nasihat Berita Semasa buat anak-anak yang sedang membesar dan baru hendak mengenal dunia luar, sayangilah ibu bapa selagi mereka ada. Jika sebelum ini terdapat permohonan maaf daripada anak lelakinya (DI SINI), terbaru langsung dari Sweden….
Terbaru, apa yang berlaku sepanjang perbicaraan pasangan Malaysia di Mahkamah Sweden telah mendedahkan pengakuan anak perempuannya, Aishah melibatkan ibubapanya sendiri iaitu Encik Azizul Raheem Awalluddin & Puan Shalwati Nurshal
Luahan Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Terhadap Ibubapanya (Encik Azizul & Puan Shalwati Nurshal)
- Aishah berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudara yang bernama Puan Shalena Hisham Makhzan sebagai ibu kandungnya yang sebenar
- Aishah juga berasa rapat dengan adik-beradik perempuan Puan Shalwati Nurshal, dan merasakan mereka seperti ibunya yang sebenar.
- Aishah tidak berasa dekat dengan ibu sebenarnya
- Ketika mendengar ucapan nak perempuannya di mahkamah daerah Solna, Puan Shalwati Nurshal berasa cukup sedih dan hiba sambil membetulkan tempat duduknya,
- Manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin kelihatan sugul apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut naka prempuannya sendiri sambil menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
- Apabila ditanya, Aishah mengakui yang beliau juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik
- Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah. “Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. “Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.
- Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
- Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2014 yang lalu.
- Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan- Berita Semasa
No comments:
Post a Comment