Monday, March 31, 2014

Belon Udara Panas Mendarat Cemas


belon udara panas
Belon Udara Panas Mendarat Cemas | Sebiji belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di sini Ahad.
Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi Ahad.
“Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya,” kata kenyataan itu.
AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment