Monday, March 24, 2014

BONGKAR !!! SIAPA SEBENARNYA IBRAHIM MAT ZIN 'RAJA BOMOH' PESAWAT MH370


BONGKAR !!! Siapa sebenarnya Ibrahim Mat Zin 'Raja Bomoh' Pesawat MH370 | Biodata Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Sedunia penjejak pesawat MH370 yang hilang. Nama Ibrahim Mat Zin kini semakin melonjak naik apabila individu tersebut mendakwa dirinya sebagai raja bomoh dan tiba di KLIA dalam usaha menjejaki pesawat MH370 menggunakan upacara ritual. Namun tindakannya mengadakan upacara seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.



Biodata Raja Bomoh Pesawat MH370 
Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin

Umur: 80 Tahun

Warganegara: Malaysia

Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

Pengalaman Bomoh: 50 Tahun

Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)


Kejayaan Kareer Bomoh:  Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam

Kronologi Kareer Bomoh:
2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

Gambar Raja Bomoh Pesawat MH370











No comments:

Post a Comment